Monday, August 14, 2017

Niagara falls in summer










Fall 2016




Musim luruh yang dirindukan..😅 I was 30 weeks pregnant last year.. ni kawasan university, i asked hubby to take my picture.. pokok maple ni salah satu pokok yang paling awal bertukar warna dan seterusnya luruh dan botak setiap kali musim luruh..


This is the beautiful view when we drive to Muskoka..hubby captured this while I was driving. Subhannallah cantik sangat kan ciptaanTuhan.. it even prettier in live 😊 i know I'm gonna miss this a lot...



One of the park in Muskoka that we stopped for a lunch picnic with our friends. I was 32 weeks pregnant and feeling like a mama whale 😂 but still strong instead. I even panjat bukit tinggi hari hang sama ni ok..gambar di bawah..

Daku dan perut boyotku bersama anak2 di tepi tasik yang sejukkkk sebab angin kuat..ya Allah sejuk tapi sangat indah..masih terbayang2 tempat ni cantik sangat...


Ni gambar lepas picnic lunch tu..all of us Phd students in Ontario Canada..


Ni gambar kat puncak..kuat tak aku panjat? Boleh nampak view kat tasik dari sini. Actually I was sulking with my husband on that time..hua3..sebab tu kuat semacam panjat bukit 😂 kalau tak asyik whining sakit situ sakit sini..haihh manja sangat..patutla Adam manja kemain...

To be continued...

Wednesday, April 26, 2017

I come back...



Assalamualaikum...



Wow...it has been a few months i did not update anything. Truth was I am so lazy and I just get back from a long holiday (which is only in my mind lol). Now I feel energised to get back to work
and finish my stuff. U know that postpartum depression one might have after giving birth?No worries I dont have one but almost got it lol.



There ahosrtcomings during my pantang month and for now I dont want to recall it just yet. I cant write long for now but I'll come back soon. I need to asah my writing talent again as I have papers to deliver even though nobody is asking.

Saturday, September 24, 2016

By His grace..



Alhamdulillah I am done with my Qualifying exam yesterday.


Rasa macam sangat tak percaya sebabnya dah lama sangat tunggu waktu ni..Ya Allah, terima kasih kern mempermudahkan segalanya untukku...T - T



Perasaan berdebar dah beberapa minggu ni akhirnya hilang juga...alhamdulillah. Now looking forward to work harder but first, let's take a short break with my little family.

Planning to celebrate this with my husband and kids...nak bawa diorang jalan2 tengok fall foliage...Ya Allah syukurnya rasa...


Those heartbreaks, late nights, extra hours, working weekends pay off...alhamdulillah!


Tapi semua ni bukan sebab aku tapi kerana rahmat ALlah yang terlalu banyak. Aku memang tawakkal betul2 pada Dia...sebab aku rasa aku tak mampu..T-T

Alhamdulillah walaupun committee member macam muka tak puas hati je...tapi akhirnya aku lulus juga. Alhamdulillah...T - T


Terima kasih suami yang tak jemu2 bagi semangat saat aku rasa tak berdaya untuk melangkah...T-T dan kawan2 yang sentiasa ada..alhamdulillah.. member lab pn datang bagi semangat semalam..memang bagus diorang ni bagi kata2 positif...terharu rasanya...kalau sorang2 tak tahu la apa jadi..T - T



Muskoka fall colors...cantik kan?teringin nak pergi...nak bawa anak jalan2..inshaAllah..


Monday, September 5, 2016

Bahagia sedikit atau banyak


Assalamualaikum semua....


Dah lama tak menulis...memang hidup segan mati tak mau blog nih. Hari ni sedang berjuang di ofis menyiapkan report sambil masih teraba2 modelling apakah yang aku nak buat nih.
Adoi.



Tabiat aku memang macam ni gaya...time busy terlajak la time tu jugak terasa nak update blog. Masa degree dulu, time nak exam final lah time tu jugak aku terasa nak membaca novel.
Memang gini gaya budak malas. :P hihihi masa master pun serupa...tapi masa tu zaman blogger...keja kau pagi2 belek blog orang je. Nasib baik master aku habis juga pada masanya. Kih3.


Summer tahun ini tak banyak yang menarik terjadi. Kami banyak jumpa kawan2 berkumpul untuk makan2 je...sebab itulah aku semakin menggebus dengan jayanya. Tak dapek kato apo dah.
Tahun ini tiada trip ke Tobermory, Niagara atau lain2...hanya ke Ottawa pada awal musim panas... kesian anak2 tak berjalan ke mana...habis2 pun bawa ke mall berdekatan rumah. Maafkan ibu dan ayah
wahai anak2...terima kasih atas pegorbanan kalian. Nampaknya ibu pun sudah tak mampu berjanji kerana ibu sendiri tidak pasti bila ibu akan ada kelapangan untuk bersiar2..


Dalam fikiran macam2 kemungkinan yang terbayang. Masa depan keluarga kami, masa depan anak2. Namun aku yakin akan perancangan Tuhan. Biarlah sesusah mana...kami akan pastikan anak2 bahagia... T - T

Perempuan mengandung memang macamni emosi dia...kejap happy kejap gloomy...tanpa perlu ribut atau taufan...


Seburuk mana gambaran masa depan, hidup tetap perlu diteruskan. Bahagia tetap perlu dicari. Dunia tak akan berakhir di situ sahaja. Allah sudah menyediakan tentatif terbaik buat setiap hambaNya. Aku tidak begitu berharap dapat menikmati musim luruh dengan bahagia, cuma tidak salah jika aku menghargai setiap kurniaanNya di sekeliling ku. Orang lain merancang bercuti melihat pemandangan musim luruh. Kami tiada perancangan. Sejujurnya aku sudah jemu berharap untuk terlalu bergembira apabila milestone tercapai. Kini aku cuma bergembira dengan cara yang terlalu sederhana. Asalkan suami dan anak2 ada di sisi...itulah bahagia ku kini..



Fall colors in High Park..about 20 minutes from our home. Hopefully tahun ni berpeluan pergi dan bergambar kenangan..





Saturday, August 6, 2016

Semangat yang hampir hilang..

Untuk hilangkan rasa mengantuk di waktu petang pada musim panas yang lembap ini, marilah menulis sepatah dua kata di sini.

Bila membaca memang rasa mengantuk bertimpa2…x_x tapi apakan daya kena juga mneghadap kerana peperiksaan sudah tidak lama lagi….
Pada musim panas seperti ini, semua orang pergi berliburan atau pulang ke kampong halaman untuk merehatkan minda. Kami? Masih di sini tak mampu untuk bercuti kerana kerja yang tidak selesai2…dan juga disebabkan budget yang ciput…kui3.

Continued today..
I just finished meeting my supervisor with fellow graduate students and feel so gloomy (it’s always me all the time). Singgah washroom kejap ambik wuduk….sambil berjalan sambal mengenang nasib…rasa nak menangis pun ada..

Sampai kat bilik ada kawan satu lab (sebelum ni) sedang menunggu..a Canadian guy who is always nice to me. Agaknya dia perasan muka aku kelat2… sebelum ni masa aku masih kat lab atas bersama dengan semua student sv aku yang lain, dia la yang rajin menegur aku dan bersembang. Dia selalu kata aku ni rajin dan banyak belajar..walhal hakikatnya aku lagi banyak berangan je… malu je rasa… dia kata dia kagum aku boleh buat phd denga nada suami lagi dan anak2 nak kena handle.. dia yang masih bujang pun stress buat master….:D

Tak kisahla dia cakap tu sekadar nak sedapkan hati aku ke apa… tadi dia singgah bilik kitorang sebab nak luah perasaan agaknya. Dia datang lab pukul 1.30 a.m tapi tak dapat nak buat apa2…report nya tak siap2.. dia kata dia memahami la apa yang aku rasa sekarang ni. Tapi dia kata aku masih boleh senyum dan gelak2…(kat depan dia je, dalam hati hanya Tuhan yang tahu). Dan dia tak tahu aku dah plan nak menangis tadi lepas masuk bilik….tapi sebab dia ada, terbantutlah. Jenuh aku tahan air mata dari keluar…kalo dia tu kawan pompuan, agaknya aku dah nangis dah tadi.

Suami ku pergi mana tah dengan student arab tadi lepas meeting. Dia ok lah ada juga best friend….hmmm, nasib aku lah tak ada student pompuan yang sehati sejiwa. Habis2 pun nangis2 sorang je lah bila solat..tak apa la, aku yakin Tuhan Maha Mendengar. Sebenarnya aku malu bila Chris tadi kata aku ni learnt a lot sebab lately ni aku sangat malas…entahla semangatku hilang ke mana… memang awal tahun hari tu aku bersemangat…dari pagi sampai lewat petang aku menghadap simulation…kadang2 Chris tu juga jadi tempat aku bertanya, tapi sekarang semangat tu dah tak ada..
Aku tahu aku tak vboleh salahkn orang lain…semua ni dari diri aku sendiri…aku kena hadapi juga..kena kuat seperti kata suamiku…tapi sesungguhnya bukan mudah….T – T aku rasa loser sangat…tiap coursework yang aku ambil aku tak score…sekadar dapat B- yang sepatutnya aku kena dapat B+…untuk 4 subjek yang aku dah ambik.. cuba bagitahu aku bagaimana untuk aku kembalikan semangat ni..

Tuesday, May 31, 2016

Bukalah mata..



Last week I conducted a tensile test for my 3d printed specimen because I want to compare it with my previous samples that I prepared using compression molding.

The result should be higher for 3dp samples because the bonding between the molecules are stronger if we refer to its processing technique which is extrusion based.
But the ones that I got was a bit lower than the compression molded samples a few months ago (almaklum semangat yang hilang sebulan dua). Aku pun terusla rasa malas nak meneruskan
analisa data aku nih...sebab tak dapat sebagaimana teori.


Hari ni bila aku nak siapkan report, baru aku teringat bahawa sample yg latest ni aku letak satu layer je carbon fiber nya sedangkan yang lama tu aku letak dua layer. Patut le....adoiiii punyala
aku rasa tak best sebab result macam tak ok...



Alhamdulillah Dia buka jugak mata hati aku ni untuk ingat balik...kalo tak sampai bebila la aku rasa haru result yang aku dapat ni...


Tu lah dah lama sangat switch off button research thinking ni....hua3...bukan senang nak dapatkan semangat weh...percayalah..


Tengahari tadi pegi appointment 2st pregnancy check up...makan masa 3 jam jugak dgn macam2 test...buat ultrasound jgk...alhamdulillah baby nampak ok..semoga sihat sempurna ye baby...hehe
Ni bakal aktif juga nampaknya sebab masa nurse scan...dia melompat2 dalam perut..lol...



Okla tak leh nak melalut lebih...badan dah letih...kena sambung kerja...eok may be sv cari...atoii...