Hmm.Last nite at home.Huuu..malas betul nak ke kuantan semula.Huaaaa.
Tapi takla sedih sangat sebab minggu depan balik semula ke kampung.Lagi seminggu lebih je lah kat sana.
Empat hari di rumah...syukurlah ada banyak perkara juga selesai.Kalau lebih daripada satu tu dikira banyak la kan?kihkih.
Sehari sebelum balik kampung hari tu memang penat betul.Ye lah balik dari kerja terus ke bandar kuantan menyelesaikan beberapa urusan.Antaranya servis kereta.Dah nak cukup 70k km,jadi kena tukar timing belt.Adeh..
Lepas tu bergegas2 pergi beli bakul2 untuk hantaran.Padahal boleh je beli nanti2 sebab bukan nak kahwin esok pun kan.Namun begitu, aku dah serik nak tangguh2 sebab nanti yang kusut masainya siapa? akuuu jugak.Haha.Jadi, jangan bertangguh dah kali ni.Lagipun cuma tinggal sebulan lebih sikit je sehingga majlis ku nanti.Lalu penuhlah bonet kereta ku dengan barang2 tersebut.
Sebaik tiba di kampung aku terus minta tolong abang ipar ambikkan borang daripada imam masjid tempat nak nikah nanti.Mujurlah kat kelate ni tak perlu ikut waktu pejabat untuk ambik borang nikah..alhamdulillah dah dapatg borang tersebut.Cuma tinggal tandatangan wali je lah sekarang ni.Insyaallah sempat diselesaikan dalam masa seminggu dua ini.Lagipun pak imam kata lambat2 pun tak apa.Eceh.
Lepas tu..hari jumaat ke Pasir Mas melawat dusun arwah atuk sambil menjemput saudara mara dan adik beradik di sana.Memang tak sempat rehat2 dan rileks kat rumah dah walaupun bulan puasa.Redha je lah kan..nak tunggu bila lagi.Setiap hari ada nilainya tersendiri begitu juga setiap saat yang berlalu.Eceh..berperumpamaan pula.Kihkih.
Lepas tu, sempat la sentuh satu bakul hantaran..hias ikut taste sendiri je lah.Seronok dapat buat tu cuma lambat sikit la..maklumlah amatur kan.Haha.Nak buat banyak2 belum sempat.Setiap hari ada je perkara yang perlu diberi perhatian.
Alhamdulillah cenderahati untuk rakan2 juga dah selamat dibeli.Memang seperti yang dibayangkan dalam imaginasi.Ewah.Beli kat pasar siti khadijah je.Tak larat nak pergi Rantau Panjang atau Pengkalan Kubur..lagipun rasanya harga tak jauh beza lah.Sempat aku rambang mata tengok tudung warna warni macam2 pattern...tapi tak beli pun.Nanti2 lah.Tudung nikah pun tak sempat nak beli lagi.
Hari sabtu pagi aku pergi ke butik pengantin jmpa Kak Lyn.Fitting baju nikah..tersuka la plak.Ok2..jemu eh dengan cerita baju nikah yg tak habis2 nih?kih2..abaikan.Baju sanding dan baju songket aku tak fitting pun sebab kak lyn kata confirm muat.Oklah..dah puas hati dengan semua yang dibincang dengan kak lyn.Lepas raya nanti kalau sempat nak pergi jumpa kak lyn lagi.Kalau sempatla kan.Aku pun tak dapat nak pastikan.
Jumaat ni nak ke bangi pula.Tak sabar pulak.Eceh..sempat lagi tu..:p padahal semak dengan kerja lagi sebenarnya.Ok,takyah pikir.hahah..
Bila balik rumah ni,mesti rasa tenang dan bahagia semacam.Yelah..tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula tempat bermain.Kata orang tua-tua macamtu lah.Rumah ni memang banyak memori.Memori yang manis la semestinya kan.Zaman kanak2 yang best dan bermakna sangat.Terima kasih arwah mak dan ayah kerana membesarkan diriku dengan semua keindahan tersebut.I'll never forget how did i begin.Never.Here is my root.
Tapi kat mana2 pun mesti ada saja lah manusia yang memang tak bahagia lihat orang lain bahagia kan.Yang mereka tahu hanya buat orang rasa teruk, buruk dan tidak termotivasi sekali.They just know to make us feel bad.Tapi dengan aku maaflah.Salah orang.Sebab kalau nak condemn apa yang aku buat,atau apa yang aku beli tak bagus,tak sesuai dan sebagainya memang silap lah ye.Walaupun aku ni jenis belasah aje tak cerewet apa semua tapi aku masih tahu buat justifikasi.Silap besar lah kalau nak kata aku buta tentang semua tu.Huhu.Mula2 rasa geram lah juga tapi bila fikir rasional,abaikan je lah.Terima kasih aje lah di atas cadangan2 tu semua.Dah terlambat sekarang sebab saya dah bulatkan hati dengan alasan saya yang tersendiri.Oh,tolong jangan bandingkan saya dengan anak2 jiran sekampung yang lain,boleh?Sejak bila ada persamaan antara kami sehingga boleh dibanding2kan? Tak adillah kalau kita nak buat perbandingan tapi parameter kajian adalah tak serupa sama sekali.Tak mengapa,maafkan saja lah sebab mereka tak belajar statistik atau cara nak buat perbandingan yang wajar.kan?:D
Aku rimas betul kalau orang datang kat aku nak cerita hantaran anak orang itu berapa puluh ribu,orang ini berapa belas ribu.Nampak sangat cetek.Maaflah,tu je perkataan yang sesuai.Jangan sampai silap menilai kebhagiaan sebuah rumahtangga daripada nilai hantaran tu sudah lah kan.Pelik aku dengan mereka yang selalu claim diri cukup ilmu agama tapi..tak tahu nak jaga hati jiran.Bukankah menyakitkan hati jiran tu pun dikira berdosa juga? Mereka main cakap je bila ada masa nak bercakap.Cakap tak pandang kiri kanan dah.Suka hati awak la labu.Eceh.
Oh ye, tadi dah buat HiV test kat klinik kesihatan.Lawak jugak sebab orang kaunter tu pulak belanja aku,jadi aku tak payah bayar seringgit.kihkih.Rezeki nak kahwin lah kot? keputusannya? alhamdulillah -ve! :)
Fuh panjangnya melalut.Oklah..boleh stop dah.Nak kemas bilik yang penuh dengan barang2 kahwin [aku kahwin ke barang yang nak kahwin ni?]

teaser fitting ari tuh.Eceh inagt best la ke nak letak teaser2 nih.Wakakaka.Saja nak meriahkan gambar..:p
Till then.Wassalam..