Sunday, December 18, 2011

Rezeki

Hujung minggu yang singkat. Musim monsun timur laut sedang melanda. Sejuk. Memang sejuk. Anak asyik nak tidur. Ibu asyik nak jamu mata online window shopping. Hehehe.

Berita semasa heboh tentang peningkatan gaji staf kerajaan. Kalau ada, Alhamdulillah. Memang ada tapi untuk Gred DS macam kabur, tidak jelas. Gaji guru naik banyak, heboh di fb. Ye guru kan ramai, kalau tak naikkan gaji, mereka pengundi majoriti. Hehe. Apa2 pun bersyukur dengan rezeki yang Dia bagi. Tiap orang Ada bahagian masing2.:)


Medina dah mula weaning semalam. Purée epal untukmu sayang. Ibu nak beli pisang tapi ibu banyak sangat perkara nak urus hingga lupa beli. Hihihi. Nanti lepas ni kita cuba pisang ye. Medina suka epal..bersemangat dia makan. Abis comot bip dan baju. Hari ni ibu pakaikan bip getah Bumble Bee. Yang griptight tu. Mujur Ada beli hari tu, lebih sesuai dan mudah nak lap. Sesuai dengan jiwa ibu medina yang tak berapa rajin. Kihkih.


Catatan dah nak berakhir. terima kasih buat suami kerana hadiah smartphone ini semasa melahirkn Nur medina..ternyata sangat berguna kini. Masa suami beli, saya tak berapa puas hati, macam membazir je bukan murah. Tapi kini saya sedar sebagai ibu berkerjaya, ia memang mudahkan kerja.. Terharu rasanya. Ok. Have to stop, nak temankan medina..


Thursday, December 15, 2011

AnugerahMu

Perasaan menjadi seorang ibu adalah satu nikmat terbesar dalam hidup. Syukur Alhamdulillah.. Anugerah yang sangat berharga, ia mengubah diri ini sedikit demi sedikit. Aku sangat bertuah Dan berterima kasih padaNya. Kekalkanlah anugerahMu ini ya Tuhanku:(

Tuesday, December 13, 2011

Monday, December 12, 2011

Oh kerja!

Borang SKT sudah melambai2 untuk diisi..ok publication tahun ni tak ada. Saya rasa sungguh worthless..huaaa. Kadang2 saya rasa give up. Saya rasa saya sudah mencuba. Sesungguhnya rezeki jodoh ajal semuanya di tanganNya..

Sunday, December 11, 2011

Long lost and found again

Tajuk bukan main lagi. I mean this blog, mcm terabai betul. Tapi tak apa blog terabai, jgn anak dan suami terabai ye kawan2.

Sekarang susah nak ber blog di laptop,setting blogger dh macam pelik sikit. Saya nak umumkan kuliah sudah hampir tamat...sungguh gembira. Eceh tetiba. Mood sekarang adalah mood hujung tahun. Mahu cuti2 Malaysia..almaklumlah nak habiskan cuti. Konon macam cuti berlebih2.

Cakap pasal cuti saya nak cerita atau ulas tentang hotel de Palma inn shah alam. Saya ke sana 2 minggu lalu atas urusan kerja..Angkut anak sekali..Dan tentulah suami juga..kalau tak siapa nak jagakan anak.. Ni gambar medina masa baru sampai kt hotel tu. Nampaknya medina sorang je happy..:p

Sungguh terkujat melihat bilik yang lebih kecil dari sekangkang kera. Cadar pula buruk Dan Ada banyak kesan kotor. Memanglah murah 150 je satu malam tapi agak-agakla kan. Sungguh serik nak bermalam kat situ lagi. Memang lesson learnt, pilih yang mahal sikit asalkan selesa. I forgot shah Alam is a big city. Mungkin dah terbiasa kat Kuantan resort harga yang sama boleh dapat bilik yang luas sampai boleh main kejar2. Kami pergi berkumpulan..semua tak puas hati..mujur satu malam je. Tapi sarapan dia okla..not bad..Cuma bilik je macam tak nak bagi orang sewa..:p

Yang penting medina happy:) ni first time dia bermalam kat hotel..okla tu nak..ibu kecik2 dulu tak pernah pun tidur hotel. Hehehe.


Nak pergi bercuti kat langkawi tapi tiket tengah mahal. Ada browse tiket airasia 10 sen tu tapi masa tu tak boleh nak book, credit card tak Ada. Esoknya dah sah2 la gagal sepenuh2nya.

Dah lenguh tangan menaip.. Sekian dulu. Nak mandikan medina.

Testing

My first post via smart phone..hopefully this app will make me post here more often;)

Thursday, December 1, 2011

Test

Everytime i start to blog here, i went clueless on what to write. Like so many things i have left. Beside being an almost a multitasker [not fully yet], i went forgetful also.Hahaha

Wednesday, November 9, 2011

Quick one





Adoilah blog ku yang terbiar...Hajat di hati nk update perkembangan medina kat sini tapi mcam angan2 je lah nampaknya.


Aidiladha berlalu dengan tenang. Alhamdulillah dah selesai akikah nur medina.Lega. Raya tahun ni memang bermakna nak banding denngan tahun2 yang lalu. I dont know since when, i dont have hearts to celebrate raya. May be after late mom was gone. Followed by late ayah. Half of me seems gone with them. Last raya with both of them was in 2006. Just u imagine. After that, i dont bother about the meaning of celebrating any raya anymore.it's just not the same anymore.But alhamdulillah, afterall He replaced me with my husband and baby now...though it took 5 years to heal. Allah knows best.


Work wise macam sediakala, takkan habis. Jadi aku malas nak elaborate. Kalau ikutkan aku sepatutnya ada cita2 tinggi tapi cuma dalam hati sebab hati aku lebih banyak ingin luangkan masa untuk keluarga. Life is too short..it's not worthy to waste your life over something u know wont last.


Bila lama tak ber blog,jadi malas pula nak tulis panjang2.Idea stuck kat mana tah. Anak dah tidur. Hajat di hati tadi nak buat paper, tapi last2 tak buat2.Haih apo nak jadi. Sekarang rasa nak tidur plak. Hahaha. Apo nak dikato.

Friday, October 21, 2011

If not today, tomorrow

So this is it. One post in a month. Yes, blame me for not being wise in time management. My time is limited now. I wish i have more than 24 hours a day!


I do want to write.There's so many things winding in the mind. I know having a baby is not the concrete reason. Many others have baby but still can manage their time appropriately. I wake up early in the morning and my tasks wont stop until i sleep. Yes, i have gained my pre pregnancy weight, my weight before get married. Thank u to my baby. Haha. And guess what? she is now 6 kg! But i guess on this month check up she'll be heavier because i could hardly hold her anymore. Surrender ok.



In work wise, im in chaos. So many things to catch up. And i do feel bad for myself. I feel im not performing well, sometimes i m almost give up. I feel like to quit and stay at home with nur medina and wait for hubby to come home from work everyday. That would be a blissful life then, wouldnt that?hehe. No worries, im still at work and didnt write any resignation letter yet.If i compare myself to others, i feel left and dont progressed well. Hmm, maybe u just dont compare. That's it.


Im looking forward to spend time with my baby and hubby more than to think about work these days. Yeah work only end at office. But love for family, it is my life.


I would do anything to keep my family happy, even if im exhausted managing everything. I know it counts. If not now, in many years ahead. All i think is just to give the best. As best as i could. Insyaallah.


Till then, have to pen off..i got manuscripts to be marked and due date is next week. My time is very precious now..even 1 minute s count. Hoyeahh...yeah..yeah..:p have a great friday people!

Tuesday, October 4, 2011

Kesayanganku



Hi all.sorry for the long silence..

im so occupied with my work, baby, house chores and whatnot..ni pun curi2 masa.


Ni minggu ke 3 kerja dan semalam hari pertama my baby casn accept bottle. Syukur. Semalam juga hari pertama di rumah babysitter. Dua minggu sebelum di burseri. Haru biru.Botol tak mahu, jadi ibu kena jenguk dia setiap hari kerana tak mahu dia lapar...kasihan anakku.


Sekarang rasa lega sedikit dia dah terima botol..


Update lanjut kemudian ye..itupun kalau ada kesempatan,.Saya skrg dh jadi multitasker.Tak sangka bila jadi ibu ni, otomatik pula jd multitasker.Satu pakej lah wa cakap lu. Tapi masih kalut dan kelam kabut. Itu mmg ta,k boleh buang dah.Kadang2 bawak breastpump, tapi tertinggal valve nya, kadang2 tertinggal storage bottle, semalam tertinggal laptop...lepas ni haku tak tahu nk tinggal ape pulak. sabo jelah..T_T


Saya tinggalkn anda dengan gambar kesayangan saya yg baru memasuki 3 bulan 2 minggu lalu..saya ada kerja research nk dibuat..T_T

Monday, September 12, 2011

Come back

Dah lama betul meninggalkan blog..bukan tak mahu tapi tak mampu nak menghadap lama lama macam dulu. Alhamdulillah puteri kecil kami membesar dengan sihat..

Bila dikenang diri sudah menjadi ibu, masih tak percaya..rasa baru semalam sah menjadi isteri..hari ni dah jadi ibu. Alhamdulillah untuk nikmat Nya yang tak terhingga ini.


saat menunggu ijabkabul..

oleh kerana dah penah cakap nk letak gmbar ms preggie..nah ambiklah tengok..hahaha..


masa ni dah 36 weeks preggie k...tunggu masa je..

dan akhirnya lahirlah Nur Medina..permata hati kami. Alhamdulillah. Life has totally changed after she came into our lives..but it's truly a blessing for me. Nikmat ini terlalu besar untukku..

Next week dah masuk kerja. Berat hati nak tinggal anak kat taska. Apakan daya...T _ T. Anakku itu dahla kuat menyusu..susu botol tak mahu. Kalau dia melalak nak susu time ibu tengah mengajar camano? Ya Allah permudahkanlah. So far Medina memang anak yang pandai behave..tak banyak ragam. Dia menangis kuat time lapar sangat atau ngantuk sangat je..tak pun dia tak selesa. She's my precious properties..eceh harta tu..Dalam lappy ni takde gambar dia..nanti la upload lain kali ye.

Tata. Si bambam dah nangis..

Wednesday, September 7, 2011

Eid mubarak



Salam aidilfitri dari kami sekeluarga...

Friday, August 19, 2011

2 bulan



nur medina 59 days..

Salam.. Haaih berkurun tinggal blog ni. Sekarang tak tahu nak mula dari mn. Masa ada tapi kesempatan tak ada. Si kecik ido lg, jadi bolehla berblog sekejap.


Jadi kta nak mula dari mana ye? kui3.


Alhamdulillah my baby is approachig 2 months already..esok genap 60 hari umurnya. Syukur kepada Nya yang mengurniakan kesihatan yg baik buat anakku..Medina membesar dengan sihat dan semakn tembam..perbezaannya dapat dilihat jelas. Badan dah ada pax...hahaha..geram nk gigit2 je.Mana taknya, kuat bf, kuat tido..itulah dia sehari2.Next week first time bawak medina jalan jauh...nak pergi seremban rumah nenek dan atuk medina. Sekrang kalo kluar setakat ke hospital je untuk check up..heheh.


Taknak tulis banyak taku x sempat save kalo dia bangun dan merengek.Just nk share gambar hari ni je la eh...

Tuesday, July 26, 2011

My baby

sorry for the long silence..ive been meaning to write but time is just so limited. baru nk online, my baby dh menggeliat dan minta perhtian. if not, the internet coverage wasnt so good. ish, geram. tengok, nk tekan caps lock pn dh xsempat.


Alhamdulillah my baby and me are doing fine. Medina's weighted 4.4 kg as two days ago at one month check up. She is doing soo good. Alhamdulillah...Tuhan memberi rezeki melalui susu ibu..thus medina sihat dan mem bambam each day. She is diffrent nw, of course. I love her to bits. She breastfeed a lot...tht's my girl..hehe.


dan medina tahu bila ibunya online, dia akan menangis atau ape2 je yg boleh menarik ibu dia dr laptop ni. hish, bijakya dia.



medina on the first day she was born..



spending the night at hospital with ibu n ayah

anyhow, will update more later..im just too occupied taking care of my little one..

Thursday, June 30, 2011

She was arrived!

Salam..

Our baby girl was safely delivered on 22nd June2011 at 11.05 am @ Perdana Specialist Hosp KB. Alhamdulillah..this is the biggest gif ever to us. Thanks you Allah for granting my wishes.. Nur Medina AAhmad Fadzil is a healthy baby..alhamdulillah..



Im still at resting..or may be better said nesting. I will find back the momentum to write..Badanletih sebab my baby suka bangun malam..untuk menyusu. Maybe i'll story about the journey later.

Tuesday, June 21, 2011

Admitted.

I am currently warded at Perdana Specialist KB. @ 38 weeks plus, my baby seems cant wait to see her parents.


The pain is not severe...yet. At least. Heee. Sempat berblog? kebosanan seorang diri di wad. Suami keluar sekejap. Contraction dah makin kuat dan kerap. Back pain is killing me. Tak boleh baring, lagi rasa sakit ada la. Baby's condition is fine. Alhamdulillah..



Doakan saya dan baby selamat..doakan kami..I just dont want to think about the pain. I just want to see my baby. Till then.

Wednesday, June 15, 2011

Full term, baby!

Entering 37 weeks..alhamdulillah everything still ok. Esok last day kerja, jumaat balik kb, sabtu ada temujanji dengan doktor di sana. INsyaallah semoga perancangan ini berjalan lancar.


Tadi baru selesaikan borang cuti bersalin, kena isi borang sebab mintak cuti maternity awal. Ye, sekarang ada pekeliling baru yang membolehkan kit acuti dua minggu awal dari EDD. Alhamdulillah. Mula2 dh pasrah bila HR kata tak boleh tapi bila semak pekeliling rupanya ada dinyatakan. Maknanya?orang HR tu sendiri tak alert walhal tu bidang kerja dia. Dia incharge bahagian cuti, mana boleh tak tahu? siap kata aku tanya siapa? ceitt, bikin panas je. Kalo tak boleh cuti awal, rugi la cuti rehat aku, lepas ni banyak lagi nak guna kan.


Minggu lepas pergi kenduri lagi kt Seremban, gigih tak ibu yang boyot ni?hehehe. Ade gambar bersama perut boyot tapi segan nak letak kat sini. Tunggu lepas bersalin seperti yang dijanjikan sebelum ni.


Minggu ni memang berdebar2 sebab doktor kata anytime je baby akan keluar sebab dah full term dah. Cuma last check up masa hari ahad, doktor kata baby belum engage lagi. Tapi sekarang tiap masa berjaga2, alert dengan sebarang tanda2 awal.. Suami memang balik tiap2 hari minggu ni, ada dia kurnag sikit risau waktu malam. Tinggal seorang dengan perut besar, mana lah tak risau..lebih2 lagi bila doktor kata anytime by now..memang berdebar sangat.



Esook kene pergi kerja lagi, masih drive sebelum ni tapi esok nak tumpang member opis je, rasa tak daya nak paksa diri drive dah. Memang tak larat dah. Masa kenduri sabtu lepas pun aku takda tolong banyak. Dan tak mahu paksa diri. Tapi kenduri meriah, seronok, baby dalam perut pun tendang dengan sangat aktif..dia suka kot ramai2 orang tanya pasal bila dia nak keluar jumpa ibu dan ayah dia...hihih. Tak duduk diam langsung sepanjang hari. Tapi masa on the way balik kuantan, perut asyik mengeras je, selang 5-10 minit tapi tak constant. So aku agak tu braxton hicks. False alarm, mungkin sebab aku aktif dua hari tu..jalan jauh..lepas tu turun naik tangga kat sana, bilik kn kat tingkat atas.


Kawan2 semua tolong doakan kami ye..im not sure whether i wud blog or not after this day sebab banyak urusan nak setelkan bila dah balik kampung. Coverage broadband kat sana plak faham2 lah macamana. Once dh selamat melahirkan, i will let all of u know. Just pray for me, for us..Dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki andai ada salah dan silap yang telah aku buat secara sedar atau pun tidak...Semoga Dia permudahkan segalanya..

Thursday, June 9, 2011

36 weeks..

Minggu yang letih dan semangat low.


Penat travel kot.Hadiri kenduri ipar di dungun, ganu. Tiap2 hari lelap kat ofis waktu tengahari. Dahsyat penangan travel bagi ibu2 mengandung kan.


Sekarang dah masuk 36 weeks..jalan pun dah rasa berat sangat, perut rasa sakit mungkin sebab menampung baby yang semakin membesar. Rasa makin tak sabar nak cuti. Bukan main semangat nak buat paper banyak2, sudahnya tak ke mana. Minggu ni tak larat sangat2. Minggu depan apatah lagi. Nak bernafas memang rasa tak puas sekarang ni. Nak jalan banyak2 pun tak daya dah. Mungkin sebab perut ku besar..huaaaa. Bersabarlah.


Belakang pun dah mula sakit2.Orang kata aku dah tak lama. Masa kenduri ari tu lah..ramai yang kata macamtu. Tak lama nk bersalin.Tapi aku menafikan dalam hati sebab rasa belum ready.Bila nak ready? Bila dah selamat berada di kampung. Hopefully. Aku berdoa banyak2 semoga perjalanan ini mudah..


Orang kata biasalah tu..mengandung..bila aku cakap tak selesa atau sakit sana sini.Memanglah perkara biasa, semua org mengandung.Tapi aku sedang menanggung kesakitan yang orang lain tak rasa.Sebab tu lebih baik diam dr berkata2.Semuanya baik dipendamkan.kalo ngadu pun kat suami je lah..walaupun dia pun x berapa boleh faham. Hanya yang menanggung yang akan rasa kan. Pengorbanan seorang ibu. Memanglah patut syurga tu di bawah tapak kaki ibu..


Perut dah rasa macam ada belon di dalam. Seriously, tak tipu..hehe.Kepada yang tidak mahu mengerti, biarlah..aku redha aje.Mungkin ini bahagian aku.Sebagai penghapus dosa2 yang lalu..


Tak sabar nak balik kampung, berehat dgn aman..tapi mesti merindu suami pula..yang jauh di mata.Sobsob. Semoga suami dapat menemani masuk labour room..itu doa ku juga.Dan yang paling penting bayiku sihat sempurna selamat semuanya.Amin ya rabbalalamin.


Countdown seminggu lagi untuk cuti.Weehoooo.

Wednesday, June 1, 2011

Untuk baby

35 weeks pregnant and still counting. Bbay items had been finalised..i guess. Just a few minor items left...ones that less important i think.

My nursing pillow has finally arrived..heee. Suke sangat. Comel kan..help me when i bf my baby soon ok.A very good bargain from enjoybreastfeed.com...:)




Set bersalin pun dah beli semalam...aduh sungguh besar cabarannya.Penat sangat semalam, balik dari kursus kt gambang terus pergi.Nobody influenced me to buy this Tropical Herb post natal care set, cuma terbaca many good reviews on it..so i was keen to try.Maklumlah, bersemangat nk berpantang secara konvensional. Walaupun hidup di zaman moden tapi yang ini masih kena ikut cara mak2 kita ye kwn2..hehehe.Jangan terlalu moden sangat,ececee.





Lastly, dah siap basuh baju2 dan pakaian baby...penat woo melipat..naik kejang badan..hihih.Tak banyak pun kan..saya masih amalkan bersederhana..hehe. Suami nak beli baju baby yang mahal2 tapi saya menolak. Lepas ni masih boleh beli baju cantik2 banyak2, kan2..heheh.Lagipun baby cepat membesar..Bagus tak bakal ibu ni?kihkih..kita tengok selepas ini, masih bolehkah melawan godaan nak beli baju baby yang comel2 amat kt pasaran dan juga online. Hehe.Barang2 untuk mewangikan baby pun dah siap sedia.Pendek kata semua yang perlu sudah ada, cuma dalam kepala ada beberapa barang yang tak berapa perlu yang saya mahu..bolehkah?kui3..saya nak swaddle canggih sehelai, tapi kalau ikutkan dah ada dah kain bedung kakak saya sediakan. Sebab tu saya masih berfikir nak beli ke tak..hehe.

Tuesday, May 31, 2011

Dear baby..

Dearest Ibu's little baby..

u are entering 35 weeks already...so fast time flies.Ibu can feel that u are getting bigger each day coz sometimes i cant hold my own body's load. And ibu get even more emotional by now. Maybe it's a mother instinct..


Upon seeing u a few days ago thru the 4d machine screen, ibu fall in love many times with u baby. Even though it's only in pictures. Ur ayah said u inherit much of ibu's face..and ayah quite dont like u to be disturbed in there when the doctor shake ibu's belly a bit so that u'll put away ur hands over ur cute face. See how lovely ur ayah is..u are not out yet but he's become very protective already...right baby..:)u are so lucky..


And starting from that day, ibu cant stop staring at ur print out picture or even in ibu's handphone.Ibu just feel soooo cannot wait to see u baby...cannot wait to hug u, to kiss ur chubby cheeks..seeing ur face made ibu love u and miss u even more, each time.



this is u when u are 34 weeks old in ibu's belly..u were weighted 2.3kg already baby!


Ibu is very excited to see u..and today ibu was having a very longg day just because to get the Tropical Herbs post natal care from Amway outlet.But ibu wasnt allowed to buy directly from the shop as ibu dont have the member's card.Luckily there was one nice chinese lady offered to buy the set using her member's card.Well, ibu was near to give up and decided to go home already on that time. Maybe she pity me or whatever the reason, ibu still thankful, at least there's someone to help.And when arrived home, ibu feel so tired...after a two days course at main campus..just u imagine..But, ibu can bear anything as long as u are fine in there baby..



Tomorrow would be another busy day for ibu..Another three weeks before maternity leave and going back to hometown.U are still very active in there and ibu just guess that u are not ready for labour yet. U really enjoyed in ibu's belly right baby?heee.



Dear Allah..i leave everything in your hands..save me, save my baby..let her be a healthy baby..amin.

Wednesday, May 25, 2011

APa2 je lah labu

Hi..im getting irritated today..because of small things. Yes, for u it might be small things but i dont know..maybe it's about the hormones.



I get irritated with few persons at my work place. Jarang aku nak irritate tak tentu pasal. BUt i think they are too much today. I put their names in my research proposal, yet it was so hard for them to come to me and sign it. Banyak la hensem muka tu kan. Dahla aku mengah2 ke sana sini nak setelkan proposal tu sebab kena hantar hari ni jugak. Dari pagi aku tunggu kat admin tapi tak datang2 jugak. Tapi aku sabar jugak, bila dh tengahri aku mula rasa mcm org bodoh je tunggu orang yang tak muncul2. Lepas tu ada hati suruh aku pulak datang lab diorang. Dahla jauh..kat blok belakang. Last2 aku tak pegi pun, lantak koranglah, ikut aku nak remove je nama diorang, belum tentu lagi diorang nak contribute pun. Hish hangin btul kalo aku ingat. Bosan jugak bila ramai bos ni, belah kanan nak aku buat camni yang belah kiri nak suruh aku buat cam lain plak. Tak suka la. Rasa nak cepat2 dapat pHD, selagi aku kat bawah, rasa macam diperkotak katikkan. Memang aku tak ada phD lagi kan...nak buat camana. Yang pasti, aku dah tak boleh nak bertahan duduk diam je, rasa ditindas. Padahla sama level je semua kan. Huh emo je kan. Ke aku nak berenti je dari univ nih? Hah hah hah.



Satu hal lagi sekarang aku memang tak cukup tidur...asyik terganggu je tidur..tak tahula kenapa..tak selesa sebab perut dh besar.Baby plak kalo mengiring sgt, dia tendang bantal,mungkin dia tak selesa, jadi kena mengiring 46 darjah je la..tu yg lenguh tu..Aku ni kalau tak cukup tido mula lah moody, tak best btul.


Facebook pun aku rasa nak delete je?apa pendapat anda?aku macam dah bosan dan fed up dengan facebook. Tapi aku selalu dok sorang, facebook je hiburan yang ada.Sebab dah bosan? sebabnya ada orang yang suka sceptical dgn life aku. Haih suke hati aku lah..aku tak kacau hidup dia pun. Lagipun aku takde update yang bagus2 pun, normal je aku rasa. Biasa2 je pun life aku, tak de ape yang pelik.Bukannya aku update status hari2 pasal aku beli kereta mewah ke, beli banglo ke kan. Whatever happens with my life, u dont have rights to judge.Bila dah terlebih fed up nanti, aku akan deactivate account tu,hambik tak payah nak ikuti perkembangan aku lagi dah. So u have no points anymore against me.Huh.



Makin dekat hari nak bersalin, makin halus je emosi nih. Mudah sangat terasa..i miss my husband. My baby is very active right now, dapat rasa tangan dan kaki dia gerak2.Memang rutin dia waktu malam macam ni bila tengah rehat2, dia akan main dengan aktif.Ish2..lasaknya anak ibu nh..



Nak stop dah..nak lipat kain yang selonggok ni.Esok keja lagi..arghhh malasnya..tak sabar nak cuti..

Tuesday, May 17, 2011

Third trimester..half way there.

I am officially 33 weeks plus! How time flies!!


Dah mula cuak nak bersalin. Suami dah mula risau2 sebab aku kan selalu ditinggal sendiri. Aku nak dihantar balik kampung awal. Aku pun nak tapi univ itu bukan aku yang punya. Ada prosedur. Cuti tahunan pun takkan cukup untuk menampung kehendak suami ku yang mahu aku pulang 4 minggu awal dari due date. :D


Setakat ini alhamdulillah masih larat lagi bergerak ke sana sini. I think my situation wont allow me to spoil myself. Anyway, at the worst condition, u'll always be able to stand anything even if u dont think u ever capable of doing. Aku ada pilihan ke? Nope. And alhamdulillah there's not much difficulties in my pregnancy so far..Thank you Allah..for made those things so easy for me.


Perut memang dah terasa berat..last friday pegi check up, berat baby dah 1.87kg. Alhamdulillah it's normal. But i cannot bear heat. 2 weeks ago, i thought that im going insane! it was that terrible! huaaaaa. Perut gatal sangat bila berpeluh..rasa tak tahan sangat.Nak nangis tau..gatal sangat:( Mujurla suami ada bedak berubat yang sejuk tu...bila sapu tu rasa lega kejap..takdela rasa macam menyucuk2 dah. Minggu ni dah beransur hilang dah..Semua pesan jangan garu nanti tinggal parut tak hilang..sebab tu rasa nak nangis tu.Bayangkan gatal tersangat tapi tak boleh garu.Sungguh seksa. Sebelum tidur pun kadang2 aku mandi dulu..tak tahan panas walaupun tidur bawah kipas. Minggu ni ok sikit..kurang panas lah..dan boleh tidur. Tapi lain pulak yang jadi. Tidur asyik terganggu dengan visit to the loo--huuu sabar je lah..memang etih pagi2 sebab tidur terganggu. Aku memang tak boleh kalau tak cukup tidur, semua jadi kacau..mood kacau, badan pun rasa letih semacam. Apa2pun, inilah dugaan untuk menjadi seorang ibu kan.Ni baru sikit, lepas ni lagi lah. Tapi tak apa, demi si kecil kesayangan kami ni, aku rela dan redha.:)


My poster for focus group dah siap. Journal pun dah half way there. Abstact dan satu lagi paper conference je belum mula lagi. Mesti siapkan ni sebelum cuti. Sebab bila dah cuti, sah2 aku dah tak ada masa nak buat kerja opis.


Sekarang kena betul2 kumpul ilmu tentang bersalin dan berpantang dan jaga baby juga menyusukan baby. Hmmmsss mula rasa tak cukup nafas nih..tapi itulah aku ni, manjang last minute. Dulu kawen pun gitu gak. Pastu semput semua nak kena buat. Hahaha. Barang baby pun belum cukup lagi, insyaallah nak cukupkan semua bulan ni. Lepas ni harap boleh tarik nafas lega.


Hari ni buat exercise mengemop semua bilik kat umah ni. Lega rasa, best sikit pijak lantai. Sekarang kena rajin buat kerja rumah la, lagipun larat lagi..elok jugak keluarkan peluh dan nak dekat2 bersalin ni. Hehe. Reck, aku mesti kempiskan perut ni lepas bersalin..ko kata perut aku besar kan..i took it as a challenge ok! heh heh. I will prove it...:D Semangat ni nak berpantang dengan betul..ececee.


Hah?nak tengok perut? oh tidak..tunggulah leps bersalin nanti..aku letak gambar sebelum pregnant, semasa pregnant dan selepas bersalin.Eceh..motif? Hahahah. Self satisfaction ma.. hahaha. Hopefully my baby is healthy and comel like her father..amin.:)

Thursday, May 12, 2011

Oh Ibu!

Saya tak ada buat entry bersempena hari Ibu. Tapi saya memang sayang ibu2 saya. Lebih2 lagi sekarang saya juga akan menjadi seorang ibu. Ye, seorang ibu akan menyayangi anaknya sebelum kelahirannya. Walaupun masih belum bertemu atau bertentang mata. Sayangnya tiada batas. Itulah kasih ibu. Saya mengerti kini. Walaupun saya bukan seorang anak yang baik dan sempurna tetapi saya menyayangi ibu2 saya di segenap ruang hati. Saya memang seorang anak pendegil semasa kecik dahulu, pelasak dan manja juga. Lebih2 lagi dengan arwah ibu saya. Yang banyak berkorban masa dan tenaga membesarkan saya. Permintaan saya tidak pernah tidak dipenuhi. Saya diberi pilihan untuk menentukan hala tuju hidup saya dan masa depan saya. Tidak pernah dikongkong dengan momokan atau kata2 negatif apabila saya mahu mencuba sesuatu yang baru. Arwah ibu memberi kepercayaan melebihi 100% kepada saya. Yang mendidik saya berdiri atas kaki sendiri, lalu jadilah saya seperti kini. Saya tegar berbuat sesuatu dan tidak pernah berasa tidak mampu jika saya mahu. Itulah hasil didikan arwah ibu. Amat jarang cita2 saya dihalangi, malah tidak pernah sama sekali. Arwah ibu saya tiada pelajaran tinggi, tapi amat kental orangnya. Tegas tapi tetap seroang ibu juga. Air mata kadangkala menjadi temannya. AIr mata itulah yang menjadi kelemahan saya dahulu. Mungkin kerana itu saya jadi tidak pernah sampai hati menyusahkan hati ibu. Saya mahu yang terbaik untuk keluarga saya..hingga kini.

Ibu kandung saya juga telah banyak berkorban mengandungkan saya melebihi 9 bulan. Menanggung susah sakit semasa menunggu kelahiran saya. Bersendiri tanpa arwah ayah. Mereka bercerai semasa saya masih dalam kandungan. Angkara manusia iri hati dan tamak. Tapi biarlah, Tuhan Maha Adil. Masing2 sudah dibalas dengan sewajarnya. Dan ia bukan salah ayah atau ibu atau sesiapa. Ia qada' dan qadar Tuhan. Saya terima seadanya. Mungkin sebab ini kadang2 saya rasa takut untuk menjadi ibu. Takut tak mampu menjadi ibu yang baik. Ibu yang disayangi anak. Ibu yang sentiasa dikenang. Saya takut dan ragu2.


Dalam doa saya, hanya mahu ibu kandung saya bahagia, sihat dan ceria. Biarpun saya tidak dapat selalu menemaninya..lebih2 lagi dengan keadaan saya kini. Saya mungkin bukan anak yang sempurna untuk ibu saya,banyak kekurangan tetapi saya tetap sayang ibu saya. Biar apa orang kata. Hanya Dia yang tahu hati saya.

Saya sayang ibu2 saya, begitu juga ibu mertua saya yang telah mendidik suami saya menjadi lelaki penyayang dan membahagiakan saya dan si kecil dalam rahim ini. Cuma didikan yang kami terima mungkin agak berbeza. Namun, kami lah nanti yang akan mendidik amanah kami pula selepas ini. Insyaallah..:)


Okla, entry ni buat mata berasa pedih ibarat terkena cili. Saya mahu menyiapkan poster untuk mesyuarat focus group esok.


Saya sayang mereka semua!

Tuesday, May 10, 2011

Mengah

Puh. Rindunya nak membebel di blog. Blog tak boleh diupdate dari laptop opis, rasa macam kena virus lah..sebab antivirus dh expired dr minggu lepas. Esok kena usung laptop pegi iCT, aduh malas dan tak daya rasanya. Sobss.


Dah masuk 32 minggu baby dalam dalam perut ni. Makin besar, makin berat dan makin comel dengan aksi menendangnya setiap masa.Mommy cannot wait to see u baby. Please come out when u are full term ok? I know my life wont ever be the same again, i might live in chaos but i love u baby. Now i understand how is the love of a mother.U'll bear everything as long as u can protect ur baby. I became over protectie sometimes. Dulu belasah je melasak sana sini, main redah je apa2 pun..but not anymore now. I wud think bout my little baby first. Sungguh tak tipu. Dulu aku pendegil dan suka mengikut kata hati. Tapi sekarang lebih suka mengikut kata suami. Eceh. Betul sebab dah beberapa kali jadi perkara tak diingini bila aku berdegil tak dengar cakap suami. Sekarang aku dah tahu, kata2 suami pun ada bisa nya. Macam ibu juga, kalau ibu tak bagi janganlah berdegil ya.Hihih.


Aku sangat free sekarang kat opis, jadi bolehlah meluangkan masa menyiapkan journal dan mencari idea untuk menulis paper conference. Tiba2 bersemangat waja sebab rasa ketinggalan sangat sejak masuk sini.Mungkin suasana juga mempengaruhi sebab orang lain bila ditanya soal paper ni, cuma anggap ni syarat untuk sah jawatan. Tapi semuanya atas diri kita jugak kan, orang lain tak ada kaitan. Jadi kuatkanlah azam sendiri untuk mencapai target peribadi. Who u really want to be in 5 years time form now? Think of it. Aku mesti rajin dan tak boleh malas2. Bila dah membelon baru terasa nak rajin. Haihh. Harap tidak terlambat. Dan mood tidak lagi swing seperti minggu2 lalu. Beransur sejuk kini. Alhamdulillah. Walaupun cuaca panas teramat dan tidur terganggu dan mengantuk di waktu pagi.


Sekarang nafas selalu tak cukup. Bukan maksudnya sekejap boleh bernafas, sekejap tak ada nafas. Tak cukup tu maksudnya bernafas tak puas. Mengah orang kata. Atau semput kot.Rasa macam baru je pregnant..tengok2 dah dekat dh dengan due date..ayoyo. Hati dah mula berdebar. Ilmu belum cukup. Macaman ni...T T


Minggu ni kena pegi check up lagi..yelah dah lepas 7 bulan kan..kena makin kerap jumpa doktor. Berdebar nak jadi ibu, mampukah aku ni mendidik seorang anak yang lahirnya putih bersih...moga2 aku diberi kekuatan olehNya. Aku akan bagi kasih sayang yang secukupnya..insyaAllah. Rasa tak mampu je nak bagi didikan yang sempurna...tapi haipp tak boleh fikir macamtu, kena cuba sedaya upaya.Itu amanah kan.:)



Okla, nak tengok drama kat tv9..dia bukan maryam.Best jugak, tentang persahabatan. Tapi kawan dia sarah tu melampau lah, selfish bebenar. Opss..tengok sendiri la eh..
;p

Friday, May 6, 2011

Jumaat yang nyaman

Friday again.ALhamdulillah.Minggu yang tak produktif..kebanyakan kerja dah siap,alhamdulillah dan lepas tu bosan tak ada kerja.


My sisters and amar just left this morning.Sodih hah.Sobsob..petang ni balik rumah sorang2 la semula.Suami kata nak pulang hari ni tapi tengok juga situasi,entah2 tiba2 bz mcm semalam.Huuuuu. Baby je la yg setia temankan ibu ye...:) bukan sekadar peneman, tetapi penghibur juga...sampai senget2 perut ibu dia..hihih.


Rumah sudah selamat dikemas dengan bantuan kakakku.Kalau harapkan aku, alamatnya tak tau la bile nak siap kemas.Terima kasih kakak..hehehe.Sanggup datang jauh2 nak tolong kemas rumah.Tak sempat bawak amar jalan, sebab weekdays..malam aku memang tak larat nak drive,kalau suami ada tak apa juga.Kesian amar,main kat dalam rumah je la dia.Tu pun dah bosan sangat, asik cari abah dia je yang dia tinggal kat kb.Hahaha.

I love my family...:( huaaaaa. Nothing is more precious other than my beloved ones..family and my husband..and our little baby inside.


Kadang2 kita terlupa untuk bersyukur.Kita selalu memikirkan apa yang tidak cukup dalam hidup kita ni.Teruk kan? Padahal semua nikmat yang Dia beri adalah sangat banyak serta tidak terhingga. Dan nilai duit tidak boleh disamakan dengan nilai persaudaraan atau persahabatan. Sensitip kalo sebut pasal duit kan.Hihih.


Semalam terbaca status seorang rakan di fb,'kalau nak berkira sgt pun, janganla sampai menyusahkan hidup orang lain'. Aiseh. Cliche tapi benar. Amat benar. Sebab aku pernah alami jugak. Memang ada yang terlalu berkira atau nak berjimat sampai orang lain yang rasa terbeban. Ok tak nak ulas panjang2, tapi dalam hal begini kalau ditimbang2 semula dengan akal lah, tak ke mana jugak jimat pun, sebab mesti Tuhan akan tarik dari kita pulak dalam bentuk yang lain. Macam kereta asik buat hal ke, masalah kerja ke..ape2 jelah cuma kita je yang tak terfikir. Peringatan untuk diri sendiri jugak nih. Dan aku penah terdengar kat rancangan apa tah, sorang ustaz ni kata kalau nak bersedekah tak semestinya kepada orang susah. Kalau kita bagi duit kepada ahli keluarga pun dikira sedekah juga. Tapi kita takla sebut sedekah masa bagi tu..cuma dalam Islam ia dikira sebagai sedekah. Jadi rajin2lah memberi kepada ahli keluarga kita. Itu yang utama. Sebab dalam dunia ni pun keluarga la tulang belakang kita pun. Duit tak dinafikan memang penting dalam hidup tapi keluarga adalah juta2 kali lebih penting. Kalau kita rasa gaji tak cukup besar untuk memberi kepada ibu bapa atau adik2, memang sampai bila2 lah kita takkan mampu memberi.Biar sedikit tapi berterusan, itu yang penting. Kan2. Lagipun bila kita ikhlas, Dia akan balas dengan lebih banyak lagi. InsyaAllah.. Gaji yang kita dapat bukan 100% hak kita pun, sebahagiannya memang Tuhan dah tentukan sebagai punca rezeki untuk orang lain juga. Kalau dari segi hutang pula, kalau kawan2 nak berhutang tapi kita dah tahu dia memang susah nak bayar hutang, kata guruku kita bagi je setakat yang kita mampu, misalnya dia nak pinjam 3000, tapi kita rasa tak ikhlas nak bagi sebab dah tahu dia ni susah nk bayar kan, kita bagi je 300 pun boleh. Hihihih.




Eh tetiba bercakap soal serius plak, slalu melalut2 je kan. Hehe. Niat di hati ni teringin sangat nak pergi conference dalam tahun ni, kalau hujung tahun pun ok lagi..boleh bawak baby dan suami berjalan2.:) Semoga Tuhan permudahkan. AMin.



Untuk sahabatku doc Hamidah, semoga Tuhan permudahkan ko nak bersalin bulan ini.Aku doakan ko tenang dan cool sokmo. Jangan soping banyak2 sgt k, jangan membazir. Hehehe.Simpan untuk soping dgn baby plak nnt. Udah2 le makan kek carrot kamu tu.Hoho.


SElamat hari jumaat!

Wednesday, May 4, 2011

Im big..so what?

And we finally managed to move out! Alhamdulillah..syukur tak terkira.Hence the tired bodies, we are very greatful that it is over now. Yes, we really did.


Our new home is more comfy..dan sejuk mata memandang.What more can i say? For the time being, i am happy not to mention about our meeting with the former tuan rumah. Yes, maybe it's better just to forget, and im sure u dont want to know. Nanti hati semua panas.Hahaa. Jadikan sebagai pengalaman sudahla. Inilah hidup. Macam2 ragam kita akan jumpa dan dah jumpa.



Sebagai manusia biasa, kita pun banyak kekurangan. SEtidak2nya bila kita nampak kelemahan orang lain, secara otomatis harap kita tersedar juga akan kelemahan diri kita. Oh, this is by random only.


My baby is doing fine in there, alhamdulillah..2 more months to go baby! We have 9 weeks more!!! So cannot wait to see u..wuuuu. BUt im started to freak out..takutnya nak bersalin..:( moga Tuhan permudahkan semuanya. Every morning when i wake up, i think about labour already...takut..:S


Some people say my bump is big..it does touch my feeling a bit, but i just dont care. As long as my baby is normal and healthy..her weight now is 1.48kg..and doc said it's normal..i really hope so. Some people frighten me up with the saying that my baby is big because the baby bump is big. What can i do if it's in the gene.:( Is it wrong to be big while im pregnant? and according to the gene, i might give birth at 39 weeks..oh im so freaking out!.Kena banyak2 doa...takut sangat, banyak dosa dengan suami..kuat merajuk..huaaaaaaa.Ampuni ku suami..:(


Got meeting this evening..see u in the next post. Tata.

Sunday, April 24, 2011

7 months pregnant!

Knowing i am already 7 months and plus, i think i want to update my pregnancy journey so far. So far alhamdulillah, im still be able to drive to work for distance of 70km to/fro my workplace. Hence, my baby bump gets bigger each day and it's become heavier too. But many still dont believe im going to labor in two months time.Huhu.Neither do i.Opsss.Too soon aite.Hehe.


My body heat is at its peak now.I cant bear the heat like i used too.And im not 'cold blooded' anymore which means aircond is my friend now, and i feel more comfortable in cool places.


I feel tired easily.Yang ni memang dari dulu pun kan.Tak ada stamina.But now it becomes double.Ive been planning to pack up few things to move out next week but stll cudnt manage to do it.:( I just dont have the energy to do so.And being alone made me feel more demotivated to pack. Missed husband terribly. This morning suddenly i felt energyless, macam nak pitam masa tengah ngadp laptop. Terus baring..x larat nak bangun. Lepas tu rasa nak minum air coklat atau makan coklat, tetiba je. I texted my husband..and he said he's coming back tonite and didnt allow me to go out by myself today. But now im getting better, i dont want him to be worried..but i want him to be with me..not only tonite but everyday,everytime.:(


My little precious is active as always.I can't figure out what she's doing in there but sometimes i feel the sudden movement.Oh baby, u made me cant wait to see ur face.Nanti ibu nak gigit2 kaki dan tangan yang suka tendang2 ibu nih..hihihi.I dont see u yet, but how come i feel so in love with u little angel? Ibu want to apologise for being cranky with your ayah, it's not that i feel burdened,it's just that ibu needs more attention at this period. I hope u understand and dont inherit this gene from ibu ok? He he. U'll be your ayah's little girl right? Be a good one.Like ibu.[ceh perasan]



Sekarang pun baby tengah golek2 nyaman dalam perut ibu...dah besar mana la anak ibu ni eh?next week nak pegi check up 7 months,how time flies..cant believe im now in my third trimester already.Huh time does leave us without any hint, kan.


Sleeping is no more an enjoyable resting point for me,i found it hard to sleep tight or even have a sweet dream.ANymore. With high body heat, backpain if i sit or lie in wrong posture, and all sort of worries if my baby will not be comfortable while im sleeping.Luckily my work is not a hardcore like some others.I got my own room, my own space so that way i feel more comfortable especially on the time like this. Yes, now i know what it's like of being pregnant..


I feel annoyed easily these days. Especially towards my students. Student pa datang at the last day of the allowable period to take his exam slip. Yang lain pulak datang nak cakap2 tunjuk bagus macam pandai sangat nak buat semua benda tapi pointer bawah 2.Make my blood go upstairs.Is that all kind of projects are more important to u than ur cgpa? or he just want to distract me form his result and bugging me with his 'ideas'.Yang lain lagi, tak de adab lansung, treat me like her friend.I dont ask to be respected, but the way u talk, seems u really do not know how to communicate with the elders.Last time, i was very patient with them, aku boleh tengokkan gred subjek sorang2 student tu kat I*MS system, sebab diorang tak ingat gred masing2 walaupun baru 2 minggu dapat result.Ada yang pointer sendiri pun tak ingat.Tapi masa tu aku ni penyabar lagi nak banding sekarang. Dan hormon pun masih stabil lagi.Sekarang aku memang tak boleh nak sabar plus hormon pun macam roller coaster. U are third year students, so act like one lah! Lecturers are not your teachers who will spoon feed u everything. HMppph.



Eh eh tadi kan update pasal pregnancy, tapi termasuk pasal student pa pulak.Tapi itulah cerita mood swing aku since pregnant ni especially this last months.


All i hope now is just a safe journey towards end.Semoga Tuhan mempermudahkan urusan kami ini.Amin.

Friday, April 22, 2011

Tarik nafas. Hembus.

Another good Friday.Somewhat, everyday is a good day anyway:)


Ari ni ada meeting fakulti.Tetiba rasa sesak napas..hmssss.Banyak kena improve in my work wise.Aduhhh..serius rasa tak bleh bernafas, rasa tak nak bercuti bersalin sebab nak siapkan research dan hadiri conference dan sebagainya.Boleh?


Pentadbiran baru sahaja berubah dan banyaknya perubahan yang harus dilakukan.Aku suka bila dekan kali ni menekankan soal research.Sebab aku rindu sangat nak buat research.Tapi aku sangat terkejut dalam masa yang sangat singkat ni ada macam2 perkara kena buat.Hoh.Tarik napas lama2..hmmmmmmmmmmssssssssssssssssssssssss.Lepas lah, puhhhhhH!


Nampaknya sepanjang cuti bersalin ni aku kena buat paper la ye?huaaaaa...hujung tahun ni mesti kena pegi jugak conference mana2...national pun bolehla.Eceh berangan nak gi obersi.At least singapore lah..tak pernah jejak lagi.Tak pun Bangkok pun ok gak, bleh i shopping banyak2.Haha.Tengok tu, sebab ni i suka research...can't u see.It comes in a full complete package ok. Tu aku pelik staf sini tak minat pegi conference.


Another lonely weekend to go through..all alone.Miss my husband..sobsob srotttt.Mujur ade baby yang asik bergolek2 guling kat dalam perut ni..peneman di kala sunyi.Im not going out anywhere today..nak rehat kat umah je sambil kemas2 sikit..Semangat ni nak pindah..hihih.



Happy friday everyone!:)

Thursday, April 21, 2011

Shopping shopping shopping

Dah lama rasa tak membebel kat sini. Malas nak memblog. Senang kan, cakap direct terus.Haha.Ni pun update secara laju sebab nak buat kerja yang tertangguh2 dua tiga ketul lagi. Lepas ni baru boleh relax...hoyeahhh.:)


Last weekend, i have done a few shopping for baby's items.Tapi tak semua sebab ada barang yang besar2 aku tak beli, malas nak usung..yang tu tunggu pegi dengan suami lah nanti.Yang aku beli barang kecik2 je tapi berat jugak bila nak bawak ke kereta. Sepatutnya boleh je beli sekali harung dengan suami nanti tapi yelah sebab aku risau lebih, rasa tak sedap hati bila tak beli apa2 pun lagi untuk our baby..Nak letak kat sini checklist, untuk peringatan diri sendiri. Barang2 essential dah beli, tapi ada lagi tak cukup.

Done shopping
1.Napkin
2.Wet wipes
3.Cotton buds
4.Baby mat
5.Baby powder
6.Baby oil
7.Baby lotion
8.Baby bath gel
9.Baby shampoo
10.Towel
11.Hooded blanket
12.Mittens&Bootees
13.Dimple pillow
14.Day outfit
15.Hat


Not done
1.Socks
2.Nail clipper
3.Rompers
4.Sleepsuit
5.Newborn outfit
6.Swaddle
7.Mattress+pillow
8.Barut
9.Pampers
10.Bottom balm
11.Ointment
12.Feeding bottle
13.Storage bottle
14.Bottle&teat brush
15.Travel matress/mini toto
16.Cotton
17.Breastpump+accessories

Hmm..banyak lagi kan tak beli..hehee.Tapi yangdah beli tu walaupun sikit telah membuatkan aku sakit2 badan sepanjang malam..penat sangat.Pegi sorang je sebab suami kerja..wuwuu..tak ada cuti langsung sepanjang dua bulan ni.


Next week nak pindah dah,tapi barang tak packing apa2 lagi..mungkin weekend ni lah.Kena kemas jugak, hahah. Sekarang semua kena buat slow2, tak boleh dah macam dulu.Cepat mengah..i am 29 weeks now..11 more weeks to go.And i am freaking out....huaaaaa.Please doa for me.


Ok, nak buat kerja.

Thursday, April 14, 2011

The truth is out there

Eceh..macam tagline x-files je..my favorite paranormal series. Used to be lah. Sekarang dah tak.


Nak tulis pendek2 je. Tentang rentetan peristiwa dengan tuan rumah sekarang. GUess what?


Hmm..akhirnya kebenaran telah terbukti.Alhamdulillah..syukur kepadaNya. Adik kepada tuan rumah just called and tell the truth. Actually we still didnt go to their place yet as my hubby started to be at plant since last week. Nak pergi malam tu tak boleh coz mereka ada hal, jadi plan mungkin minggu ni kami boleh pergi berbincang.


Tapi dengan kuasa Tuhan, adik tuan rumah yang berurusan dengan kami masa nak masuk rumah tu terbuka hati untuk menerangkan satu persatu kepada tuan rumah akan hal yang sebenarnya. Memang sejak pergaduhan melalui telefon tu, aku hanya doa je semoga Tuhan lembutkan hati mereka untuk pulangkan deposit kami or at least sedar yang kami tak bersalah dalam hal ini.Alhamdulillah Tuhan memakbulkan doaku..atas kehendakNya, tanpa perlu susah payah cari gaduh dengan tuan rumah, mereka sendiri terbuka hati untuk periksa betul2. Lega sikit rasa. Sebabnya akhirnya terbukti kami tak salah dan tidak mencari pasal dengan mereka.Mungkin kerana ini kami adalah mangsa dalam hal ini, doa orang yang teraniaya kan makbul. Jadi, jangan aniaya orang ya?


Kan elok bila penyewa kata nak pindah, tanya lah dulu satu persatu, jangan terus nak serang tak tentu pasal. Kan dah malu?


Aku memang malas dah nak verhubung dengan tuan rumah lagi.Semoga mereka sedar kesalahan mereka tu sudahla. Tak jadi lah aku nak bagi ayat saiko dah bila nak keluar nanti. Itu contingency plan je kalau diorang tak nak pulangkan deposit.


Tak semua benda yang kita boleh dapat dengan bertekak. Malah lebih mengusutkan keadaan. Memang ada certain perkara yang sukar untuk dimaafkan. Tapi kita kan semua manusia biasa. Kita kan cuma hambaNya. Hidup di dunia pun hanya sementara je..Alhamdulillah selesai hal tu. Sekarang boleh mengemas barang dengan aman untuk berlalu dengan tenang. Semoga hidup di rumah baru adalah lebih baik. Haihh tetiba rasa nak beli rumah sendiri dengan segera. Kihkih.

Wednesday, April 13, 2011

Tujuan hidup

Hari ni adalah kelas terakhir semester ini. Tu pun lima orang je yang datang. Tak tahu salah birokrasi atau isu personal. Eceh. Saje je nk provoke. Dah lali pun ada walaupun baru je kat sini dua semester.


Bila diberi tugasm kita diingatkan soal amanah, soal integriti, soal tanggungjawab. Tapi di pihak yang satu lagi mereka seolah-olah diberi pelepasan yang berlebihan. Yang kita tidak perolehi pada zaman kita. Ini bukan soal menrungut lagi dah. Tapi kita bukan kuli kan? Kita menjalankan amanah untuk mendidik. Bukan mengajar untuk memberi laluan mudah mengecap kejayaan.



Semua orang tahu bukan mudah mengecap kejayaan. Lebih2 lagi sehingga ke peringkat tinggi. Apa guna kalau sekadar masuk universiti sekadar nama. Tiada usaha berterusan.


Tak kata aku bagus atau orang lain yang aku kagumi bagus. Setiap orang berbeza. Tapi secara umumnya kita semua punya inspirasi dalam hidup. Ibu ayah, keluarga, sahabat..cinta? Mungkin semua sekali.


Bagaimana jika masuk universiti sekadar memenuhi permintaan ibu ayah tapi tidak menunaikan amanah yang diberi. Bagi aku, jangan cepat menyalahkan orang lain bila kita gagal. Take responsibility on ourselves. Tanggung kesilapan yang kita mulakan. Apa guna menyalahkan pihak lain. Orang lain hanya faktor luaran. Faktor utama kejayaan adalah diri kita. Kalau kita punya keinginan, lakukan sesuatu untuk mencapainya. Bukan mencari alasan untuk tidak perlu sampai ke situ.



Motivasi hidup yang paling utama adalah tujuan hidup kita. Aku tak pandai nk elaborate jauh2. Tapi tanpa motivasi siapa pun tak akan mampu. Motivasi aku habiskan degree adalah arwah ibu aku. Motivasi aku habiskan master adalah arwah ayah aku. Itu contoh motivasi. Bayangkan jika tiada motivasi, aku mungkin biarkan saja hidupku di bawa entah ke mana2 dengan mengikut arus. Punya motivasi bermakna punya sebab untuk terus berusaha. Mungkin lepas ni motivasi aku adalah anak aku yang masih berada di dalam rahim ini. Siapa tahu?:)

Saturday, April 9, 2011

Cutie baby stuff

It is saturday and im at home alone while hubby is at the office.The plant is preparing for shut down.For the duration of nearly 2 months onwards i may spend my weekend like this.Dont ask me my feelings. I do not like to elaborate.Just acting tough anyway.


Hari ni nak cerita pasal barang baby yang comel2 dan kiut miut sangattt.Geram tengok sampai belek berkali2 pun tak jemu2.Betulla orang kata tengok barang baby ni memang boleh jadi rambang mata.

Yang pertama yang paling saya geram ialah baju baby yang supercute tiada tandingan..tengoklah baju baby girl ni..mak aih geramnyaa...


from Onebabyworld.com
Lepas tu cloth diaper yang comel bangat..macamana la tak geram kan.Ni kiranya macam pampers la tapi lebih environmental friendly and wont affect your baby's skin..Belum decide lagi nak guna cloth diaper ke tak but so far i think the idea is not bad..:)


ni plak kasut baby yang comel lote..this one from the same website jugak..



this is nursing pillow..zaman dah moden, sekarang ada macam2 alat untuk memudahkan dan memberi keselesaan during baby feeding compared to our mom's time.My younger sis said breastfeeding is very tiring and advised me to just give formula milk.I know it might not be easy but i must try first before giving any judgement.So, i am sooo wanted this nursing pillow and hopefully it will give me comfort during bf my baby..These are from Bumble bee...comel gak kan..nampak sangat selesa..





Ni pulak dimple pillow..orang kampung panggil bantal karipap je..hehe.Dah tu bentuknya macam karipap.Info says this pillow is good for baby's head..sebab leper kat bawah..ia menjaga bentuk kepala baby.Betul atau tak tu den tak tahu lah...but i like the design..aku rasa ergonomik dan tak rugi pun kalau beli.I have bought one at Anakku last time..tapi rasa nak beli satu lagi.Senang nak gilir2.





Ni pulak feeding bottle..from Tommie Tippee..masyaAllah geramnya tengok botol gemuk dengan bentuk dia yang meliuk2 nih..hihi.I think i want to but this bottle soon..kalau ikutkan sales is everywhere right now tapi aku masih relax tanpa membeli apa2 lagi.Tak habis2 survey je..maybe next month la beli..hahah.Semua nak last minute.



Baby bottom balm..from angel mama & baby..i have read good reviews on this.Jadi rasa nak beli lah.Baby dan rashes memang tak boleh dipisahkan bukan? Kalau kena gigitan nyamuk pun sesuai pakai balm ni.Kalau kulit baby ikut kulit saya, memang mudah allergic kepada gigitan serangga..huhu.




Ni Spectra 3..rasanya nak beli pam ni..tapi belum beli lagi lah.Harganya pun sederhana dan ada good review jugak.



Hmm..banyak jugak ni, yang diletak kat sini cuma barang2 favorite je...ada banyak lagi yang basic2 sebenarnya..malas nak tampal gambar banyak sangat.Hopefully i can buy all this before my baby arrives..:) hehe.


Dah nak maghribla..got to go..

Thursday, April 7, 2011

Aku bukanlah superman

Wah tajuk bukan main lagi eh. Kalo aku update blog ni xde lain dah, mesti ade benda yang nak di vent out supaya tidak mengganggu peredaran darah dan oksigen ke otakku ni.



Alkisah nak jadi kaya raya..eh eh bukan. Alkisahnya aku dan suami dah decide nak pindah rumah sebab dah menyampah dengan tuan rumah ni yang ego-bongkak-sombong-perasan etc. MasyaAllah maaf la eh bahasa terkasar sikit..memang sengaja sebab apa yang tuan rumah buat kat kami ni adalah suatu penganiayaan yang terang lagi bersuluh.


AKu pernah cakap yangaku suka rumah tu masa baru pindah situ kan.Tapi aku tak cerita masa awal2 masuk sinki dah tersumbat tahap gaban sampai aku kena basuh pinggan kat bilik air.Tragis kan.Dan sebelum masuk aku dah request kat tuan rumah suruh pasang kipas kat bilik utama.Dan dia jawab nak bincang dengan adik-mak-nenek-moyang etc lah tapi sesungguhnya sampai ke hari ni lah xnampak pun rupa kipasnya.Oklah sebab malas nak elaborate panjang, memang banyak kerosakan kat rumah tu, kunci tingkap bilik utama rosak, kipas takde, lampu bilik kedua rosak, atap bocor, sinki dalam bilik air takde etc. Memang banyaklah pendek kata. Beberapa bulan lepas kami kahwin, jiran sebelah saya nasihatkan suruh pindah sebab dia kata tuan rumah memang takkan repair semua tu.Lagipun saya akan bersalin dan memerlukan rumah yang lebih selesa.Tapi masa tu malas nak fikir pasal pindah, kiranya bertahan je lah.



Tapi betullah kesabaran manusia ada hadnya.Bila dah lebih sangat, memang ini lah jadinya.Bulan febuari saya terlewat membayar sewa, biasanya lepas gaji terus bayar [gaji 24 atau 25 hb] tapi bulan tu saya sangat sibuk dengan mock audit EAC, memang asyik lupa nak cash out duit dan hantar kat mak kepada tuan rumah.Lewat2 pun aku bayar pada 1 mac, tu kira lewat ke?Entahla aku pun tak faham.Mak tuan rumah pun datang rumah kutip sewa dan marah2 sebab aku lewat, dan aku pulak memang tak kuasa lah nak keluar malam2 semata2 nak keluarkan duit kat ATM.So aku mintak maaf tapi apa mak cik tu kata? 'kalau awak tak sanggup, makcik boleh cari orang lain'. AIk?tak sanggup?aku terus panas berasap.Nak kena jugak makcik ni kang. Dahla suami belum sampai lagi.Memang nak marah sangat tapi aku tahan. AKu cakap kat mak cik tu, saya baray lewat sehari dua pun mak cik nak bising, sedangkan rumah ni macam2 rosak, saya dh suruh repair dan pasang kipas tapi tak endah pulak. Saya ni mengandung dan perlukan kipas tu' tapi tak sempat habis ayat mak cik tu buat muka sengal dan blah. Lepas tu aku menangis..sebab tahan marah kan tadi. Sabar je lah..dugaan..Bila suami balik, dia pesan aku tak payah dah berurusan dengan mak cik tu, biar dia je.Memang aku pun rasa tak mau dah jumpa makcik tu lagih.Hmphhh.



Hujung bulan mac kami bayar sewa pada 26 mac.Kiranya sewa untuk bulan april la kan.Aku sms tuan rumah dan bagitahu dah bayar sewa, harap dia pasangla kipas dan baiki apa yang patut. Lepas tu apa jadi?tuan rumah ni memang emo lah aku rasa, dia makan tebuan tiap2 hari kot.Terus sms marah2, dalam english pulak tu.Agaknya dia nak buktikan dia boleh marah2 dalam bahasa inggeris la kot.Entah aku pun tak faham.Hahaha.lawakla manusia ni.Dia kata jangan pandai2 nak usik apa2 kat rumah dia, kalau ada rumah lain boleh keluar, dia boleh cari penyewa lain.Mak aih, kali kedua dengar macam tu aku memang panass la weh.Suami pun panas hati tapi dia fikir2 tak payahla pindah, leceh.



Tapi fikir punya fikir akhirnya dia terbuka hati untuk pindah..tapi bila bagitahu kat tuan rumah dia mengamuk pulak tak nak pulangkan deposit.Memangla aku masuk hujung bulan julai, tapi aku bayarsewa pun tiap2 hujung bulan juga.Kalau nak tolak tambah macamana pun, aku tetap ada baki deposit sebanyak rm550 daripada rm1k ok.Kau kira lah awal bulan ke hujung bulan ke.Suami lah yang call diorang, kesian suamiku kena maki hamun yang bukan.Siap dia kaitkan dengan profesion suami aku plak tu.Last2 suami kata, takpelah kalau diorang taknak bayar, kita takkan menang pun sebab ni rumah diorang.



Mula2 aku memang terkilan dan tak puas hati.Takkan nak burn 500 lebih camtu je, tambah2 nak masuk rumah baru nak bayar deposit lagi.Tapi bila dah tenang, aku pun fikir macamtu jugak.Mungkin dia menang hari ni, dan kami teraniaya.Tapi lepas ni kita belum tahu lagi.Ngeh3[gelak evil]. Tak lah, dia nak pulangkan ke tak duit tu aku dh pasrah dah tapi sebelum keluar atau bila dah keluar nanti aku nak bagi ayat saiko sepotong dua.Yang dia nampak hanya nilai wang, tapi yang menentukan berkat atau tidak duit tu hanya Yang Di atas sana..tak gitu?



Memang aku malas nak gaduh dah,ikutkan hati marah memang tak ke mana, apa lagi bila lihat perut yang terkedepan ni, rasa buruk benar kalau mencari gaduh atau melayan orang bergaduh.Kasihan suami ku yang dituduh merosakkan sinki walaupun bekerja sebagai engineer petrona*s...korang rasa ada kaitan ke sinki rosak dengan bekerja sbg engineer?hua3..memang agak sewel maki hamun macam tu..kihkih. malam ni nak pergi bincang dengan mak nya yang mendakwa aku bayar deposit sebulan padahal aku bagi rm 1k kat dia bermakna deposit dua bulan. Selebihnya kalau dia nk pulangkan atau tak, lu pikir la sendiri.


Macam2 dugaan dalam hidup ini kan,macam2 ragam manusia yang kita akan jumpa.Walau terdesak macamana, tapi tak perlu nak gadai maruah dan self value kita hanya kerana duit.Apa guna dapat duit 600 tapi orang dah tahu kita ni tuan rumah yang tak jaga kebajikan, tak ada tanggungjawab malah bongkak pula dan tak mahu terima kesalahan sendiri. Apa gunanya weh.Banyak perkara aku belajar bila dah makin meningkat dewasa.Ada masa kita tak perlu menang untuk merasa menang.Kadangkala kita perlu kalah untuk menang.Hope u get what i mean.



Aku bukan jenis beradab atau bersopan santun sangat tapi kalau orang buat baik dengan kita, alangkah kejam kalau kita bertindak sebaliknya.No wonder lah penyewa rumah tu yang sebelum2 ni semua lari tak bayar bil dan sewa rumah.Sebab tuan rumahnya pun bukan jenis menjaga kebajikan.Kan kan.What u give u get back.Bila cerita dengan kawan2, ramai yang alami apa yang aku lalui ni.Rupanya ramai tuan rumah yang bermasalah.Bila kita nak masuk dia mintak deposit ribu riban, dan bila kita nak keluar dengan cara elok, dia ungkit macam2 supaya tak perlu pulangkan deposit.Kalau tak ada duit nak bayar, boleh cakap..tak de hal, boleh je bayar ansur2.Tapi jangan switch kesalahan sendiri ke atas orang lain pulak,tak adil la kan.



Tapi..Tuhan tu Maha Adil..kita serahkan aje semua pada Dia.

Monday, April 4, 2011

The 6th month..

Another week started after one by one busy weeks.Fuhh.

Esok lagi ada audit kat fakulti.Oklah tugas aku kecik je tak yah nak gebang macam kerja berat sangat.Hahaha.


We went for 6th month check up last week..and the gender was revealed.Guess what?jeng3...tunggu la baby lahir dulu..kihkih.Im now at week 27..Kena inject att...kebas juga sehari dua.But overall alhamdulillah doc said baby is ok..my weight also increasing but still normal.Rileks je doc kat klinik al farabi tu...berat naik 2kg sebulan dia still kata average.Haha tapi aku risau lebih..konon aku lagi pandai dr doc ke ape?kihkih takla..dah memang camni perasaan seorang ibu kot.But baby is active alhamdulillah. Suka usik2 dia..kadang2 sambil baring aku letak spec kat atas perut..nnti dia akan tolak2 spec tu...bleh nampak spec gerak2 tau..hihiii comel tau..Tak pun sambil tengok tv atau duduk2, aku letak tangan atau lengan atas perut, nanti mesti rasa dia tolak2 lengan aku dengan kuat.Agaknya mesti dia rimas orang ganggu space dia..mesti dia 'ish2..ape ni..nyibuk je..sempitla...' hahahah comel kan?agaknya laaa..


Sekarang ni tido bertambah tak selesa, bantal kiri kanan atas bawah pun masih tak selesa jugak.Makin tak tahan panas..mungkin sebab cuaca sekarang ni panas, atau pun mungkin sebab aku dah gemuk jadi memang panas sokmo.Bila tanya suami, dia ok je tak panas pun.Dah sah la tu.


Ii used to have a twitter acc for few months..but i've just deactivated it.I dont say twitter is not good but it might be me who just talking crap.Sama macam blog ni, all about crap kan.But i think blog is a good way for me to vent out my thinking, tak kisah pasal universal ke psl personal ke.Tapi bukan pasal artis la..xkuaso den hah.Kehkeh.Mungkin blog ni pun akan di delete jugak nanti tapi tak tau la tu bila.Lately ni h aku rasa makin fed up plak dengan laman sosial nh..rasa makin malas nk bersosial melalui alam maya nih...ni sebab hormon juga ke?


Baby stuff shopping is not done yet.Tapi lepas check up hari tu, sempat jalan2 kat mall..ternampak kedai Anakku tengah sales.Biasalah mata org perempuan kalo nampak sales ni terus jadi bling2 gitu, tambah2 lagi memang tengah aim baju baby.Aduhh barang baby memang sume comel2..rasa nak belki je sume...gerammmm tengok.Tapi beli warna yang natural la..so dua2 jantina bleh pakai.Suamiku yang excited lebih..sebab dia terpegun dengan barang baby yang super cute..hahaha.


Alhamdulillah pregnancy is a beautiful experience..walaupun banyak dugaan..tapi bila dapat rasa ada seseorang yang comel sedang bermain2 kat dalam rahim kita, perasaan tu sangatlah indah.Kadang2 tak tahu masa bila dia tido..kalao tido mengiring rapat ke tilam pun dapat rasa tangan/kaki dia tolak2..agaknya dia rimas kot?hehee..Tak sabarnya nak jumpa baby yang selalu tendang2 perut ibu ni..heheee.First trimester yang mual2 dan loya tapi takla seteruk orang lain yang muntah2 dan tak lalu makan..aku masih boleh makan dan berat bertambah 1kg sebulan masa awal2 pregnant.Bila masuk 2nd trimester tu toksah cakapla..lagila bertambah2 seleranya..ish3..Sekarang ni di bulan terakhir trimester kedua and i still have one trimester before i can see my baby..:) Okla..have to pen off now..walaupun tak guna pen.

Friday, March 18, 2011

Home alone

Saturday night. At home alone. Husband has to work even on weekend. Tak suka tapi terpaksa rela. While im occupied with my Induction course. Hari ni pulang lewat kerana ada perbincangan tentang persembahan kumpulan next week.


Boleh anda bayangkan ibu yang membawa baby bump ini beraksi di hadapan kelas? muahahahah. Tak kelakar. Tapi redah aja,malas nak tangguh.


Sudah lebih lima bulan bahagia berumahtangga dan kandungan pun sudah berusia 24 minggu. Alhamdulillah. Tiada kata yang mampu terucapkan selain kesyukuran padaNya pemberi Rahmat..


Hidup berumahtangga bukan sama seperti hidup membujang. Dulu tak perlu fikir panjang bila nak buat sesuatu perkara. Contohnya kalau malas nak masak, tak payah masak. Berlapar lah sorang tak ada orang nak marah. Tapi sekarang kena fikir perut suami juga. Jadi biasanya aku akan cuba berusaha memasak juga walaupun penat atau tak larat dan masakan pun takla selazat chef one two or three. Ngeeheheh.


Dalam rumahtangga, jangan dicari perbezaan tetapi carilah persamaan. Itu petua hidup harmoni. Eceh. Baru setahun jagung usia perkahwinan, dah pandai2 nak bagi petua pulak dah.Sharing is caring anyway...;p misalnya aku suka makan ikan kerana aku anak kampung nelayan tapi suami suka makan ayam. Mahu atau tidak, kena belajar memasak menu2 kegemaran suami. kan2. Itu perbezaan, tapi kalau dari segi persamaan, kami sama2 suka makan sayur. Sayur masak air kegemaran aku, begitu juga dia.Memanglah mudah hidup seorang isteri yang memiliki suami sebegini bukan.Kihkih. Hakikatnya aku memang bukan pakar memasak. Tapi mujurlah kegemaran aku cuma yang mudah2 dan tidak rumit. Tapi dari segi menu lauk, aku gemar kuah jernih cair, sementara suami gemar lauk bersambal. Aku pun suka sambal tapi bukan setipa hari, lagipun tak baik untuk kesihatan. Tapi aku tetap masak juga untuk suami, janji minyak mesti minima. BUkan sekilo macam yang aku lihat kat kedai2 makan, bila ceduk je penuh senduk dengan minyak...aiyyya..cannot go woh.


Teringat saat aku masih di awal tempoh mengandung, aku sangat alah pada bau sabun basuh/dynamo yang kami guna waktu tu. Suami lah yang selalu tolong basuh baju, sidai baju dan lipat baju. Lepas tu aku juga tak boleh nak bau bilik tidur, apa lagi nak buka almari baju. Suami jugak yang susun. Berbulan2 aku tak jenguk almari tu. Baju aku sume aku eksport ke bilik lagi satu yang ada almari bujang aku dulu. Hingga satu hari, sudah tamat tempoh mabuk2 ku, aku jenguk almari suami, nak susun baju. Humak aihhh, disusunnya bercampur2 seluar dan baju. Tak de kategori dah. Sayu pulak hati isteri. Oh suami. Kasihan suamiku. Sebab? kena susun baju sendiri..macam dah tak terurus padahal dah ada isteri. Lagipun sejak mengandung, memang emosional lebih, sikit2 nak sayu nak sensitif. Tapi sekarang aku dah boleh uruskan semula dan baju2 tu. Hehehe.


Sekarang ni sakit baru pula yang menjelma. Sejak berkursus selama empat hari ni, sengal2 satu badan. Akibat duduk terlalu lama kat kerusi yang tak empuk dan tak ergonomik untuk ibu mengandung.Memang seksa malam2. Kalau suami ada kat rumah, dia lah tukang picit. Atau bila penng kepala malam2, suami jugak yang jaga..picitkan kepala, ambikkan air suam..suruh masuk tidur awal.


Tiap2 hari telefon, suami akan tanya baby tendang2 tak hari ni? mestilah. Bukan setakat tendang lagi dah, dia dah siap main bola, main masak2, main badminton sume siap dah dalam perut ni. Memang sangat aktif..tambah2 lagi bila ibu nya tengah rehat2. Attention seeker ke anak ibu ni..hehehe.Like mother, like baby. ;p


Sebenar nya terasa sunyi di malam sabtu. Ini rasanya kali pertama bersendiri tanpa suami di malam sabtu. Mula2 tadi nak buat tugasan tapi otak rasa tepu.Esoklah buat.Kasihan suami masih di plant, malam2 pun kena menhadap plant yang tak bernyawa tu.



Suamiku bukanlah romantik macam dalam filem tu, tak juga sempurna seperti putera kayangan. Tapi dia lah suami yang terbaik dan sempurna di hati dan mataku. Terima kasih suami kerana menjadi suamiku [seandainya suami terbaca coretan ini suatu hari nanti]. Ehem!

Monday, March 14, 2011

Antara mehnah dan kifarah..

Di saat kesibukan kerja memenatkan fizikal, dengan hambatan tugasan2 yang tak habis2, tiba2 momentum terganggu oleh berita yang tidak enak didengar.



Baru je beberapa hari pulang dari kampung, terpaksa juga membawa perut pulang sekali lagi. Aku merasakan seperti langit runtuh menghempap. Kecewa, terkilan, marah, sedih dan kesal. Semuanya jadi satu. Tapi nasi sudah menjadi bubur.



Sesungguhnya aku hanyalah insan yang terlalu lemah..mungkin ini ketentuan yang harus kami terima. Walau pahit untuk ditelan. Kerana keputusan bukan ditangan ku. Dan aku juga tak mampu untuk memikul semuanya di atas belakang ku. Ku terima ia sebagai kifarah atas dosa2 ku yang lalu..dan kata suami..ini adalah ujian. Untuk pujuk aku yang menangis tak sudah2. Air mata aku memang murah. Tak tahu bila nak naik harga. Mujur ada suami tempat menumpahkan air mata.



Mungkin ini teguranNya buat aku yang semakin sibuk dengan urusan dunia, yang semakin kurang masa untuk urusan akhirat. Untuk aku lebih bersyukur dengan semua nikmat yang aku miliki kerana dalam sekelip mata Dia mampu menariknya dariku. Tuhanku, aku pohon diberikan kekuatan untuk menempuhi semua dugaan yang Kau tentukan untuk ku.Amin.

Wednesday, March 2, 2011

Lala..lalalala

Hari ni ade kelas tutorial at 12. Tapi rasa letih dan mengantuk. Ada sebab tapi malas nak tulis.

Cuti dah approve for this friday and monday...lalalalala.Suka sangat. Rindu weh nak berada di kampung. Walaupun sekarang ni musim panas berdebu kat sana. Den tak kisah,asalkan dapat pulang ke pangkuan keluarga tercenta. Dapatla hilangkan kekusutan kerja dan sebagainya kat tempat orang nih. Tiada tempat yang lebih damai selain daripada rumah keluarga kan? btul tak?


Hubby also took leave on monday..yeyey..hopefully janganlah ada gangguan dari site weekend ni..kang kena balik sini plak tetiba..tak mau2. Nak pegi jalan2 kat KB puas2..bawak amar ngan amelia si budak bulat gi pantai..dan bawa suamiku melawat saudara mara yang belum sempat pergi lagi. Hahah..dah 5 bulan kawen tapi ada yang tak kenal lagi. Perancangan macam aku balik sebulan je..padahal balik berapa hari je pun. Tak kisahlah, angan2 mesti banyak ye.


Nak ajak akak aku gi pasar borong pagi2..beli barang masak laksa penang..my favorite..hehe.Bila lagi nak makan banyak2..hahah. Tengok tu niat dah tak betul. Tak bleh2, bulan ni kne turunkan berat badan..hoho. Nak ketam masak lemak cili padi jugak, dan etok dan lala goreng pedas, emm..amboi banyaknya...larat ke nak makan tu..;p


Kat sini tak de jumpa orang jual lala..hehe, alasan baik punye.kihkih.Ketam ada, tapi nak yang akak aku masak jugak.Hua3.



Beberapa minggu ni bz btul ngn meeting dan persediaan mock audit..memang penat. Tu belum masuk bab kena buat kerja sorang2..ok, dont let me start..hati aku memang panas kalau ingat. Kalau nak cerita pasal perkara yang menyakkitkan hati kat sini, nanti hati aku bertambah sakitttttt bangat! Bila fikirkan pasal balik kampung rasa hepi sket..ingat pasal makanan pun hepi..Sudah2, tak mau ingat tentang orang yang menyakitkan hati.



Meh aku letak gambar from google..lala masak pedas..bagi korang terliur sket. Tak aci aku sorang2 je teringin sejak sekian lama. Muahahaha, hati di dalam ada tak berapa baik wooo. Kui3.


Sunday, February 27, 2011

Now it's about bump

A sun day again.:)


Alhamdulillah i have seen the doctor for 5 months check up yesterday. The doc did scan on me..but there's no clue for baby's gender yet..and the doc said, usually if it's not seen, it could be a baby girl..:) hehee. But it's not confirmed yet ok.


Boy or girl, i just cant wait to do the shopping for my baby. Maybe i am too excited...it's my first time, what to say. I planned to buy a few items for baby this month, but when we go into the mall, there,s so much pink or blue.Less white or other colours...so i hesitate to buy. Frustrated a bit. Ecehh.


Friends asking about my baby bump...haha but i have no pictures to disclose.But trust me guys..it is big! hahaa. Not obvious at less than 3 months doesnt mean it is small. And i put a lot of weight this month. Sad :( Seems i failed to control my diet. Not good at all.


We finally manage to install a few items at our kitchen. Yes, at last it looks like a married couple's kitchen as it should be. Now i m happy to go into the kitchen. Hopefully i can cook more often..and surely cook nutritious food as well. Eating out is so not healthy and im getting bored of it but what to do i got no choice.


Lastly, presenting to u...hahaha..my baby bump at 20 weeks!

Thursday, February 24, 2011

Because we are only His servant..

Im sorry that my uodates these few days were full with anger and hate. I apologize from the bottom of my heart if it does bother any of u my friends.



After a few days, i decided to leave alone that hatred and anger. As much i don't liked being judged by anybody, i dont have rights to judge others in the same way.


And a few other things that bothered me sometimes. Like choc fudge, sekejap ada sekejap tak ada. I want to give it a break too. Yes, i m serious this time.


Why? because i started to realise that im human who is weak and my ability is limited. I dont have power to change others, but i wont dare to ever let other people ruin my happiness in life.I may not be able to change the direction of the wind, but i can change the direction of my ship. Bukankah?


Dont put the key to happiness in someone else's pocket, but into your own.. I m so agree! This quote made me think for a little while. So why shud we put the key in our own pocket? Of course, it is easier for us to open the door to happiness. Bak kata doc Hamidah, apalah diharap kasih sayang orang.. Ecehhh. Tapi mengharap kasih sayang suami tak apa. Tak berdosa malah perlu! Hehe. Kalau letak kt poket orang lain, bukan ke satu hal plak nak kena mintak la, tu pun kalau dia bagi, kalau tak bagi..maknanya sampai bila kita tak happy lah.



So i think i wud just let go about those persons. Tapi kalau nak lawan jugak , cakap je depan aku apa yang tak kena, tak payah nak sakitkan hati ibu aku. Be ashamed of yourselves.Aku doa sangat semoga mereka berubah..my generation is about to be borned, i just dont want them to see all this. I just dont like to let them experience what ive been thru. It was enough to teach me what is a life really is.

Wednesday, February 23, 2011

Berbuku

Alhamdulillah...baru lepas makan. Hehe. Kenyang perut suka hati.


Almaklumlah dari pagi2 lagi sibuk dengan task bawah O.B.E..aduhh penat berdiri lama2. Lepas tu kelas tutorial..tapi tak jadi sebab student blum masuk lagi bab baru. Sekarang nak rehat.

Oh semalam dah selesai praktikum untuk P&P..lega..alhamdulillah..walaupun aku ngajar macam biasa je, tak hebat pun.Haha.


Dada masih berbuku dengan kejadian 2 hari lepas. Susahnya nak lupa. Apatah lagi yang kena dulu adalah ibu kandung aku. Aku kecewa sangat dengan insan tersebut..kenapa kejam sangat. Apa guna mengaku tahu agama tapi tiada adab? Mengaku tahu apa yang akan jadi lepas ni plak tu. Ingat dia berkuasa sangat ke apa.Anak dia sendiri pun tak ada adab. Kurang2 pun didiklah anak sendiri dulu sebelum kata aku biadap. Tak gitu nye? Nak aje aku kata kat anak dia tu biar kurang makan, jangan kurang adab sebab memang tak beradab.Muahahaahaha.Tapi setakat ni belum lagi lah terkeluar walaupun dalam dada berbuku2.


Bila bercakap soal agama bukan main tunjuk hebat, keluar macam2 hadis.,tapi bila diuji sikit mula merungut2 mengalahkan takdir. Itu ke namanya tahu agama? Apa guna sibuk2 dengan kesalahan orang lain bila salah sendiri letak di tapak kaki saja? Apa guna kita beragama? cuba jawab. Balik2 nak cari salah orang, sedangkan kita sendiri nak bersyukur kepada siapa pun masih kabur. Bersyukur kepada bos kah sebab bagi gaji banyak? Isteri sebab pandai masak kari? ke anak2 yang bijak dan buat mak bapak kembang bermangkuk2. Semua tu dari siapa?Pelik la kan, bila dapat kesenangan macam2 orang yang diucapkan terima kasihnya. Tapi lupa berterima kasih kepada Pencipta.Bagi aku, eloklah kita perbetulkan diri kita, muhasabah diri kita sentiasa, sebelum kita sibuk2 nak cari salah orang. Bila jumpa memanjang cakap tak ada, tak cukup duit...macam aku nak mintak duit diorang, karang betul2 Tuhan tarik duit tu baru tahu. Cubalah bersyukur. Asyik cakap tak de duit.



Sesungguhnya aku berasa muak dan jelak dengan perangai orang senang yang sebegini. Bukan semua tapi dah banyak aku jumpa.Janganlah risau harta kau tu habis, sebab kalau kau risau pun kalau Tuhan nak tarik anytime aje.Kadang2 aku bosan jadi lembut hati dan cepat memaafkan..aku bosan berdiam bila dicaci tak bertempat. Bila kita diam orang kata sombong, habis tu kalau bising orang kata kita bermegah2 pulak.


Ni luahan perasaan je, jangan ada plak yang terasa, it's not about my friends at all. Got to stop...have meeting this evening..huarghhh...letihnya kawe.

Monday, February 21, 2011

Ini tentang marah.

A sad monday i can say.


I feel bad..means really bad. Tak habis2 pasal families or relatives yang suka membuat prasangka. Sedih tau..hanya Dia yang tahu. Kesian baby, pagi2 ibu dia dah nangis. Petang ni suami balik, nak mengadu. Sobss..sampai hati kan sesetengah hati perut manusia melemparkan tuduhan hanya kerana mereka bersangkaan kita ni tak baik.


Tapi aku bukanlah baik sangat pun, tak apa lah. What can i do. Aku hanya doa moda suatu hari mereka sendiri akan sedar tentang apa yang mereka pernah ucapkan terhadap aku dan org2 yang aku sayang. Yang mereka itu salah. Im tired of people assuming me and judging me. Seriously i do.


Ini bukan kali pertama pun, bukan kali kedua pun, dan entahla dah ke berapa kali pun. Mereka bernasib baik dan berani bertanduk kerana arwah mak dan ayah dah tiada. Cuba jika mereka masih ada, ada berani kalian nak buli2 aku? huh, jangan harap ok. My mom wont let u even stare at me. Huh. Huh. Dan huh lagi.


Tetiba rasa nak makan kfc..sebab tengah geram..bole?hua3...mari kita lupakan yang sedih2 itu..mari ubati hati sendiri. Yela tu..kfc pekan jauh lorrr.Huhu.


Tadi aku sedih tapi aku mahu lupakan. Aku dah lali. Sebab esok2 mesti Tuhan balas perbuatan mereka kan. What u give u get back. Ni bukan dendam. Ini hukum alam. Kau ingat bila bermulut jahat tu boleh terlepas? no wayyy man. No way. Kau kaya ke, ade banglo 40 tingkat ke, ade kilang 10 bijik ke, kau tetap hamba Tuhan. Jangan takbur bila bercakap dan menuduh. Amboi besar ke salah aku nih. Kalau aku nak ungkit salah kau, berjela2 tak habis. Tapi aku malas. Sebab aku tak bodoh. Bodoh macam sapa? Lu pikir la sendiri. Kasi pakai otak tu. Jangan pakai untuk ikir pasal duit je, sebab duit tak boleh bawak masuk dalam kubur. Hah hamik ko, nak sangat.



Stupik la. Stupik ok. [saja nak eja salah sebab tgh marah kan].


Whatever... what doesnt kill u will make u stronger...kan2?

Friday, February 18, 2011

Kerana terpaksa

Alhamdulillah it's Friday. Penat sangat minggu ni..hari ni pagi2 lagi dah terkejar2 masuk meeting, sepatutnya meeting petang tapi diawalkan pulak. Mengah den jalan cepat2 usung laptop. Bila masuk meeting dapat kerja lagi..balik2 muka ni lah.


Lepas tu kena turun gi kelas plak. Kelas sejam je tapi bila dah menjerit2 dalam kelas tu rasa penatlah.Mesti. Tak sabar rasanya nak habiskan hari ni.Huhu. Tapi..masih ada tapi nya lagi. Hari ni kena submit 8 tajuk PSM dengan 2 tajuk PTA. Humak aihh. Gilo ko apo nak supervise 8 orang student. Kerana terpaksa, aku pun kenalah jugak pikirkan tajuk2 tersebut. Sobsob..Tapi kali ni kena teliti betul2 tiap tajuk yang nak diberi sebab..malas nak tanggung masalah yang mungkin timbul di belakang hari. Macam tahun lepas aku belasah je bagi tajuk apa2 sebab diorang kata tak pe bagi je tajuk. Hamboih2 lepas tu tengok2 equipment yang nak digunakan untuk projek tu tak ada plak kat sini. Tak ke haru. Haru betul. Boleh tak cakap betul2 masa bagi arahan..jangan nak bagi siap kerja sendiri aje...Wah, maghah ni..mestila sebab ni bukan perkara main2. Buang masa k. Kesian kat student satu hal.


Lepas tu nak siapkan proposal untuk satu lagi research grant. Wah macam power je apply banyak2 grant.Muahahaha, Tak la..yang ni dicadangkan oleh KP, lagipun alat dah ada. Hopefully i can cope well sebab aku rasa sejak kat sini pencapaian research aku tah apa2...satu paper pun tak publish lagi. Camana nak maju kalau terus begini? eceh.


Weekend esok rasa nak keluar jalan2 lah..tapi tak tahu la lagi ke mana. Last week plan nak pergi kuala tganu, tapi sebab aku tak sihat, hubby kata..tak payahla pergi..rehat je kat umah.Memang pun aku rehat je, kalau pergi pun tak dapat menikmati jugak sebab kepala macam weng sikit.Kihkih.



Okla..nak siapkan kerja dan cari tajuk dan sediakan proposal lebih lengkap dan pergi makan dulu sebelum buat semua ni.Hehehe. Baby dah lapar...;p

Monday, February 14, 2011

5 months..

Subhanallah! I am already approaching week 20 of my pregnancy..It's been 5 wonderful months.SEriously i cud not believe this..;)


Alhamdulillah baby is doing fine...baby was very active yesterday..But the mom is not doing well.Dah 5 hari selesema dan batuk2...took m.c leave last week.Tak daya sangat nak datang kerja..so weekend rehat kat rumah je lah.Luckily tomorrow is public holiday...so it means more rest time for me.


Semalam baby aktif..ari ni tak berapa aktif sangat..agaknya tak selesa ke ape bila aku pakai baju kurung ni..

Sejak tak sihat dan kena makan ubat selesema dan batuk ni, aku rasa macam lembap sikitlah..tak suka2.Ni penangan dadah ke apa.Nama pun ubat..tapi rasa makin tak sihat ada la.Tak suka ubat..:(


Last week lepas balik dari cuti panjang di rumah mertua, aku boleh homesick pulak.Macam pelik kan aku ni.Kat sana pun aku rasa homesick, balik sini pun homesick.Rasa seronok plak bercuti dengan adik2 ipar yang ramai..hehe, meriah.Tapi aku masih ada rasa segan2 jugak..biasalah.Tapi kalau aku naik bilik untuk mandi atau solat kat tingkat atas, mesti rasa homesick semacam..masa nak tido pun sama.Aku memang camni kalau gi mana2 tempat selain dari balik kg aku kt KB.Mesti homesick punyelah..sayu semacam.Jadi tak boleh nak lepak sorang2 kat atas lama2, mesti aku turun bawah cepat2.Kalo gi umah mak kt Kulim pun sama..mesti aku homesick..wuwuuuu..manja ke aku ni eh..orang lain ade tak rasa camni?



Yang best masa balik seremban tu, dapat jugak makan Big Apple donut yang kuidam2kan..yang ada oreo tu...hehee.Kat sini pun ada Big Apple tapi bila nak beli, oreo dah habis..huuu...sodih den ha.MIL plak masak sedap2...semangat aku makan..haha.Aku? tak masak pun...tukang tengok je..hua3..seganla nak masak..kalo tak sedap, adusss dus3 malu kan.Tapi aku ade buat kek coklat moist dan kek batik dgn adik ipar..Aku tukang arah je la..dia yang kerah tenaga.Bukan aku malas,masa awal2 aku tolong jugak, lepas tu aku rasa penat sgt...adoiii..lepas tu terus aku duduk je kat meja..tunjuk cara je macamana nak buat.Nasib baik kek coklat tu menjadi..tu pun buat masa mak ngan ayah mertua takde kat rumah..hahaha.Kalo tak, ade berani aku nak buat?mesti segan...kui3. Maklumlah bakat tak berapa berkilau..kehkeh.


Tadi gi opis admin...diorang kata baby bump aku tak nampak sangat lagi.Hahaa..kenapa aku rasa perut dah besar je? tapi orang kata tak nampak...huaaa.Rasa macam nak dapat baby boy je..sebab dia aktif ni tendang2..haha..tapi tak tahu lah..tunggu je lah.Kalo baby girl aku dah ada nama nk bagi...tapi kalo baby boy suh ayah dia je la yang pilih.


Dua2 pun ibu sayang k..hehehe...susah payah ni menanggung segalanya demi baby..mau nye tak sayang..:p baby plak rajin kejutkan subuh tiap2 hari..hehehe...semoga dah besar pun akan menjadi anak yang soleh dan solehah ye..insyaAllah. Haihh...menulis pun dah gaya ibu2 ni..hoho.


Hujung bulan ni nak balik KB plak...aiyyaaa tak sabarnyeeee.Nak sopping macam2 kat pasar siti khadijah...KB kan mewah dgn makanan..heheh.Minggu ni dan minggu depan kerja banyakkkk nak disiapkan..hua3..Setelah itu barulah kita bercuti dengan aman..:)