Currently at the office doing some updates on my report yang tak siap2..sambil search for more literature to compare my works..
Missing my children at home. Sabarla ye..2 jam lagi nak balik jumpa diorang dan bawak diorang keluar jalan2..
Dah berapa bulan hidup aku camni...kesian sangat dengan anak2...rasa bersalah sangat sebenarnya tapi terpaksa..
buat masa ni aku kena datnang office kalau nak siapkan kerja..kalau stay kat rumah memang ke laut lah jadinya.
Lagipun nak buat simulation...kat ofis ni pc laju..nak cari literature pun senang guna server universiti..kalau kat rumah sangat terhad yang
free journals..
I know it's hard for now, but I believe Allah works in His mysterious way..there would be relief one day..I hope..InshaaAllah.
These few months were very challenging..I wont describe how tired I am because I know afterall I have to face this.
Apa pun ku redah saja. Ada masa down juga..aku tengok movie tak buat apa2 satu malam. Tapi esoknya bangun pagi kusambung lagi tugas semalam.
Apa yang aku belajar dari masa setahun ni, jangan sekali-kali berhenti dari belajar. Pernah satu hari aku rasa give up dan tak nak buat apa2,mood terbang entah ke mana, tapi
masa tengah jalan nak ke universiti aku nampak billboard bertulis 'Greatness starts when u don't stop' Tetiba rasa macam kena lempang, terus rasa hmm betul tuh, buat apa lah nak stop ni, teruskan je lah.:P
Kadang2 Allah tiupkan semangat dengan cara paling simple, macam tu je. Apa2 pun kena hadap juga sesusah mana kerja dan cabaran, bila kita cuba juga atasi perkara yang paling kita takuti,inshaaAllah lepas tu
kita jadi lebih kuat dan lebih tough gitu. Bukan sado ye.Tapi lebih kental sikit bukan lembik.
There's not one day I'm not thinking of going back home ke comfort zone ku yang rileks dan santai dari segi cabaran. Tak perlu susah2 nak speaking omputes, tak payah susah2 nak susun ayat bila nak bercakap, tak payah susah2 nak cari makanan halal yang rare kat tempat orang...dan macam2 lagilah. Bersyukurlah kalau dapat belajar di negara sendiri dalam keselesaan rumah dan keluarga sendiri kerana kami di sini setiap hari merindui keluarga dan rumah kami di sana..Sobssss. Moving on, I got to finish my report and do my presentation next week.
Please doakan daku di sini.