Sunday, July 11, 2010

Konvo lagi.Yeay.

Esok sekolah.Uwaaaaaa.Rasa macam tak ready nak mengajar..macamana ni...T _ T


Berdebar2 rasa macam first time nak mengajar plak.Esok confirmlah berpeluh2 sampai ke kaki.10 minit pertama yang paling getir.Tuhan saja Yang Tahu..


Eh, semalam kata taknak cerita hal keja.Oklah sampai situ je cerita hal kerja.Mode mengantuk tiba2..maklumlah dah nak mula semester baru.Tak sempat ambik nafas pendek kata lepas nih.Tak de dah nak surfing2 sana sini.Takde dah nak survey2 online.Mujurlah semua dah selesai.Tinggal borang je yang masih dalam proses nak selesaikan.Target by August everything is in place.InsyaAllah.


Bulan september Raya..yahoooo.Eceh.Padahal raya biasa2 je pun.Tapi yang best suasana raya tu.Best tengok amar tukar2 baju raya..best jugak tengok dia susun sampul duit raya.Comel.Macamlah dia tahu nilai duit raya tu.Yang dia tahu 50 sen, 5 ringgit.Balik2 nilai tu je yang dia cakap bila orang tanya berapa dah kumpul duit raya.HIhihi.Rindu lah budak kecik yg montel tuh.


Iye2 cerita pasal raya.Puasa entah kat mana lagi.Bulan Ogos adalah bulan konvo.Konvo kali ke 2.Yeay! Alangkah manis jika arwah mak dan ayah masih ada.Macam masa konvo degree.Hmmm..sudah2la,yang lepas usah dikenang...jika dikenang juga..merana diri..T _ T


Baju konvo belum ada lagi.Tapi dah hantar kat tukang jahit 2 pasang baju kurung untuk raya.Harap2 sempat nak pakai sepasang untuk konvo.Jika tak siap,pakai je lah apa yang ada.Pasrah.Masa konvo degree dulu pun aku pakai baju raya je.Orang lain siap beli baju baru yang glamer2 dengan kasut baru semua.Aku?pakai apa yang ada je.Tapi aku jenis tak kisah..Semua pun ok.Sebab bukan baju yang susah payah berendam air mata keluar keringat nak dapat degree,tapi kita.Hahaaa.



Aku takde motif membebel macam2 nih,ok lah nak prepare notes untuk esok.Huhuu.Last minute me..as usual.



note; to Doc Hamidah, all the best in your interview k...i miss u!

2 comments:

  1. miss u too...hua2.thanks..90 hari lg eh??hihi

    ReplyDelete
  2. yup my dear...sekejap je kan..dulu 5 bulan rs lama sgt..ni 3 bulan plak..mak aih..sekejapnye masa berlalu..weeehuuuuuu..i like.hihih.gateii.

    ReplyDelete