Thursday, April 7, 2011

Aku bukanlah superman

Wah tajuk bukan main lagi eh. Kalo aku update blog ni xde lain dah, mesti ade benda yang nak di vent out supaya tidak mengganggu peredaran darah dan oksigen ke otakku ni.



Alkisah nak jadi kaya raya..eh eh bukan. Alkisahnya aku dan suami dah decide nak pindah rumah sebab dah menyampah dengan tuan rumah ni yang ego-bongkak-sombong-perasan etc. MasyaAllah maaf la eh bahasa terkasar sikit..memang sengaja sebab apa yang tuan rumah buat kat kami ni adalah suatu penganiayaan yang terang lagi bersuluh.


AKu pernah cakap yangaku suka rumah tu masa baru pindah situ kan.Tapi aku tak cerita masa awal2 masuk sinki dah tersumbat tahap gaban sampai aku kena basuh pinggan kat bilik air.Tragis kan.Dan sebelum masuk aku dah request kat tuan rumah suruh pasang kipas kat bilik utama.Dan dia jawab nak bincang dengan adik-mak-nenek-moyang etc lah tapi sesungguhnya sampai ke hari ni lah xnampak pun rupa kipasnya.Oklah sebab malas nak elaborate panjang, memang banyak kerosakan kat rumah tu, kunci tingkap bilik utama rosak, kipas takde, lampu bilik kedua rosak, atap bocor, sinki dalam bilik air takde etc. Memang banyaklah pendek kata. Beberapa bulan lepas kami kahwin, jiran sebelah saya nasihatkan suruh pindah sebab dia kata tuan rumah memang takkan repair semua tu.Lagipun saya akan bersalin dan memerlukan rumah yang lebih selesa.Tapi masa tu malas nak fikir pasal pindah, kiranya bertahan je lah.



Tapi betullah kesabaran manusia ada hadnya.Bila dah lebih sangat, memang ini lah jadinya.Bulan febuari saya terlewat membayar sewa, biasanya lepas gaji terus bayar [gaji 24 atau 25 hb] tapi bulan tu saya sangat sibuk dengan mock audit EAC, memang asyik lupa nak cash out duit dan hantar kat mak kepada tuan rumah.Lewat2 pun aku bayar pada 1 mac, tu kira lewat ke?Entahla aku pun tak faham.Mak tuan rumah pun datang rumah kutip sewa dan marah2 sebab aku lewat, dan aku pulak memang tak kuasa lah nak keluar malam2 semata2 nak keluarkan duit kat ATM.So aku mintak maaf tapi apa mak cik tu kata? 'kalau awak tak sanggup, makcik boleh cari orang lain'. AIk?tak sanggup?aku terus panas berasap.Nak kena jugak makcik ni kang. Dahla suami belum sampai lagi.Memang nak marah sangat tapi aku tahan. AKu cakap kat mak cik tu, saya baray lewat sehari dua pun mak cik nak bising, sedangkan rumah ni macam2 rosak, saya dh suruh repair dan pasang kipas tapi tak endah pulak. Saya ni mengandung dan perlukan kipas tu' tapi tak sempat habis ayat mak cik tu buat muka sengal dan blah. Lepas tu aku menangis..sebab tahan marah kan tadi. Sabar je lah..dugaan..Bila suami balik, dia pesan aku tak payah dah berurusan dengan mak cik tu, biar dia je.Memang aku pun rasa tak mau dah jumpa makcik tu lagih.Hmphhh.



Hujung bulan mac kami bayar sewa pada 26 mac.Kiranya sewa untuk bulan april la kan.Aku sms tuan rumah dan bagitahu dah bayar sewa, harap dia pasangla kipas dan baiki apa yang patut. Lepas tu apa jadi?tuan rumah ni memang emo lah aku rasa, dia makan tebuan tiap2 hari kot.Terus sms marah2, dalam english pulak tu.Agaknya dia nak buktikan dia boleh marah2 dalam bahasa inggeris la kot.Entah aku pun tak faham.Hahaha.lawakla manusia ni.Dia kata jangan pandai2 nak usik apa2 kat rumah dia, kalau ada rumah lain boleh keluar, dia boleh cari penyewa lain.Mak aih, kali kedua dengar macam tu aku memang panass la weh.Suami pun panas hati tapi dia fikir2 tak payahla pindah, leceh.



Tapi fikir punya fikir akhirnya dia terbuka hati untuk pindah..tapi bila bagitahu kat tuan rumah dia mengamuk pulak tak nak pulangkan deposit.Memangla aku masuk hujung bulan julai, tapi aku bayarsewa pun tiap2 hujung bulan juga.Kalau nak tolak tambah macamana pun, aku tetap ada baki deposit sebanyak rm550 daripada rm1k ok.Kau kira lah awal bulan ke hujung bulan ke.Suami lah yang call diorang, kesian suamiku kena maki hamun yang bukan.Siap dia kaitkan dengan profesion suami aku plak tu.Last2 suami kata, takpelah kalau diorang taknak bayar, kita takkan menang pun sebab ni rumah diorang.



Mula2 aku memang terkilan dan tak puas hati.Takkan nak burn 500 lebih camtu je, tambah2 nak masuk rumah baru nak bayar deposit lagi.Tapi bila dah tenang, aku pun fikir macamtu jugak.Mungkin dia menang hari ni, dan kami teraniaya.Tapi lepas ni kita belum tahu lagi.Ngeh3[gelak evil]. Tak lah, dia nak pulangkan ke tak duit tu aku dh pasrah dah tapi sebelum keluar atau bila dah keluar nanti aku nak bagi ayat saiko sepotong dua.Yang dia nampak hanya nilai wang, tapi yang menentukan berkat atau tidak duit tu hanya Yang Di atas sana..tak gitu?



Memang aku malas nak gaduh dah,ikutkan hati marah memang tak ke mana, apa lagi bila lihat perut yang terkedepan ni, rasa buruk benar kalau mencari gaduh atau melayan orang bergaduh.Kasihan suami ku yang dituduh merosakkan sinki walaupun bekerja sebagai engineer petrona*s...korang rasa ada kaitan ke sinki rosak dengan bekerja sbg engineer?hua3..memang agak sewel maki hamun macam tu..kihkih. malam ni nak pergi bincang dengan mak nya yang mendakwa aku bayar deposit sebulan padahal aku bagi rm 1k kat dia bermakna deposit dua bulan. Selebihnya kalau dia nk pulangkan atau tak, lu pikir la sendiri.


Macam2 dugaan dalam hidup ini kan,macam2 ragam manusia yang kita akan jumpa.Walau terdesak macamana, tapi tak perlu nak gadai maruah dan self value kita hanya kerana duit.Apa guna dapat duit 600 tapi orang dah tahu kita ni tuan rumah yang tak jaga kebajikan, tak ada tanggungjawab malah bongkak pula dan tak mahu terima kesalahan sendiri. Apa gunanya weh.Banyak perkara aku belajar bila dah makin meningkat dewasa.Ada masa kita tak perlu menang untuk merasa menang.Kadangkala kita perlu kalah untuk menang.Hope u get what i mean.



Aku bukan jenis beradab atau bersopan santun sangat tapi kalau orang buat baik dengan kita, alangkah kejam kalau kita bertindak sebaliknya.No wonder lah penyewa rumah tu yang sebelum2 ni semua lari tak bayar bil dan sewa rumah.Sebab tuan rumahnya pun bukan jenis menjaga kebajikan.Kan kan.What u give u get back.Bila cerita dengan kawan2, ramai yang alami apa yang aku lalui ni.Rupanya ramai tuan rumah yang bermasalah.Bila kita nak masuk dia mintak deposit ribu riban, dan bila kita nak keluar dengan cara elok, dia ungkit macam2 supaya tak perlu pulangkan deposit.Kalau tak ada duit nak bayar, boleh cakap..tak de hal, boleh je bayar ansur2.Tapi jangan switch kesalahan sendiri ke atas orang lain pulak,tak adil la kan.



Tapi..Tuhan tu Maha Adil..kita serahkan aje semua pada Dia.

2 comments:

  1. panas betul dgn tuan rumah bongkak mcm tu. agak2 kalau sound 'kebulur duit sgt ke smpai tak boleh nk pulangkan deposit sy'..ha ha ..ade tak sebakul lagi maki hamun dia bg...;p

    sabar lah ye. Allah makbulkan doa org teraniaya

    ReplyDelete
  2. tu la psl...nak je sound tapi sabor..sape tak geram kan? pelik je tuan umah ni..

    tapi jalan terakhir biarla dia bergembira dgn duit tu kalo nak sangat kan..setakat mana la sgt rezeki tu kalo buat orang lain sakit hati.huhu

    ReplyDelete