Thursday, June 9, 2011

36 weeks..

Minggu yang letih dan semangat low.


Penat travel kot.Hadiri kenduri ipar di dungun, ganu. Tiap2 hari lelap kat ofis waktu tengahari. Dahsyat penangan travel bagi ibu2 mengandung kan.


Sekarang dah masuk 36 weeks..jalan pun dah rasa berat sangat, perut rasa sakit mungkin sebab menampung baby yang semakin membesar. Rasa makin tak sabar nak cuti. Bukan main semangat nak buat paper banyak2, sudahnya tak ke mana. Minggu ni tak larat sangat2. Minggu depan apatah lagi. Nak bernafas memang rasa tak puas sekarang ni. Nak jalan banyak2 pun tak daya dah. Mungkin sebab perut ku besar..huaaaa. Bersabarlah.


Belakang pun dah mula sakit2.Orang kata aku dah tak lama. Masa kenduri ari tu lah..ramai yang kata macamtu. Tak lama nk bersalin.Tapi aku menafikan dalam hati sebab rasa belum ready.Bila nak ready? Bila dah selamat berada di kampung. Hopefully. Aku berdoa banyak2 semoga perjalanan ini mudah..


Orang kata biasalah tu..mengandung..bila aku cakap tak selesa atau sakit sana sini.Memanglah perkara biasa, semua org mengandung.Tapi aku sedang menanggung kesakitan yang orang lain tak rasa.Sebab tu lebih baik diam dr berkata2.Semuanya baik dipendamkan.kalo ngadu pun kat suami je lah..walaupun dia pun x berapa boleh faham. Hanya yang menanggung yang akan rasa kan. Pengorbanan seorang ibu. Memanglah patut syurga tu di bawah tapak kaki ibu..


Perut dah rasa macam ada belon di dalam. Seriously, tak tipu..hehe.Kepada yang tidak mahu mengerti, biarlah..aku redha aje.Mungkin ini bahagian aku.Sebagai penghapus dosa2 yang lalu..


Tak sabar nak balik kampung, berehat dgn aman..tapi mesti merindu suami pula..yang jauh di mata.Sobsob. Semoga suami dapat menemani masuk labour room..itu doa ku juga.Dan yang paling penting bayiku sihat sempurna selamat semuanya.Amin ya rabbalalamin.


Countdown seminggu lagi untuk cuti.Weehoooo.

No comments:

Post a Comment