Lately ni rasa nak menyorok bawah tanah sebab kerja terlalu lalu banyak hingga tak lalu nak hadap. Siapa kata pensyarah rileks banyak?? Siapa kata kakitangan kerajaan goyang kaki? Makan gaji buta?
Tak baik tau main tuduh2. Sedangkan yang menanggungnya ni macam dah tak Ada hidup sendiri. Bukan macam tapi memang. Memang tak ada life.
Kadangkala timbul salah sangka antara bahagian pentadbiran dan pensyarah. Mereka kata pensyarah tak banyak kerja. Hakikatnya kerjaku tak habis2. Baru nak mula siapkan kerja, dah Ada kerja lain beratur minta dibuat. Mereka kata pensyarah rileks banyak sebab flexi hour. Hakikatnya aku balik rumah pun masih bawak kerja. Nak marking, nak fikir pasal kertas kerja penyelidikan lagi. Kaki melangkah balik rumah tapi kerja tidak berakhir di situ ok.
Gaji tinggi? Alhamdulillah. Hakikatnya berpadanan dengan susah payah buat master berendam air mata. Opsss. Aku malas nak ulas pasal isu gaji pensyarah ni. Nanti dikata tak bersyukur. Hakikat? Gajicikgulagibesar. Muahahaha. Sedapkan hati sendiri.. Takpe kecik asalkan barakahnya ada. Penat ok belajar bersusah payah, bukan mudah nak grad dengan seketul master. Memang bukan mudah. Jadi jangan cemvuru bila kamu cuma bergaji kecil sedangkan kamu tak Ada pernah bersusah payah mengorbankan masa, tenaga Dan umur kamu. Ini hakikat. Jangan suka kata pensyarah rileks banyak. Sedangkan yang kamu lihat tu cuma surface sahaja. Mungkin kamu melihat kami banyak masa untuk ketawa. Ketawa itu hanya pengubat resah di hati. Memikirkan kerja yang bertimbun2 dalam senarai menunggu. Kalau nak tunggu tak Ada kerja baru nak ketawa alamatnya kamu akan sampai pencen pun tak dapat ketawa. Muahahaha.
No matter how bad your works burden u, never put work first. Family is still first. Do your best at work. At the end of the day, go back to your loved ones. Yang tukang tulis ni pun harap ya dapat lupakan kerja bila di rumah. Niat nak jadi cemerlang selalu Ada. Cuma buat yang terbaik. Susah atau senang itu soal lain.
Ku buka 2012 ini dengan azam yang baru Dan semangat baru. Terima kasih 2011 yang dah bawa sinar baru dalam hidupku.
.::FaceBook::.
9 years ago

Sangat setuju dengan Mimi!
ReplyDelete