Assalamualaikum..
Suhu di luar mencecah -22 degree C.
Aku menaip sambil menggigil kesejukan. Dalam cuaca begini , heater pula seolah berhenti berfungsi. Kukenakan baju setebal yang mampu.
Tapi masih kegigilan.
Wah dah macam ayat novel.
Sudah lama benar ku tinggalkan lapangan ini. Sebenarnya aku teramat rindu. Tapi kesibukan hal duniawi menjadikan aku alpa. Lupa pada minat sendiri. Minat untuk menulis dan melontarkan buah fikiran yang tidak seberapa ini.
Masih ayat novel. Tak apa..kamu baca saja lah. Mungkin kesejukan ini memaksa aku menjadi penulis sastera....

Gambar ini kuambil sewaktu perjalanan ku ke kampus setiap hari. Aku meredah kesejukan setiap hari. Dalam perjalanan selama 15 minit itu kerap juga aku berselisih jalan dengan warga tua yang jalannya sudah tidak segagah mana. Aku simpati. Lantas kupanjat kan syukur buat Nya kerana aku masih gagah berjalan meredah suhu di bawah 0 darjah Celsius. Kasihan warga tua tersebut.
Aku dan keluarga hidup seadanya sahaja di sini. Seadanya bermaksud hanya cukup makan dan pakai. Tidak lah bermewahan seperti di Malaysia yang ;lengkap segala segi walaupun tidak kaya. Terasa peritnya menjadi musafir di bumi asing. Bila mana kita hanya lah pendatang. Dengan budaya yang jauh berbeza. Kadang aku sayu melihat anak-anak hanya bermain play doh murah berharga $2. Sedang di negara sendiri penuh satu ruang dengan permainan mereka. Kadang aku sayu melihat suami hanya tinggal di rumah menjaga anak-anak. Aku berharap ini hanya sementara. Perasaan sayu ini. Aku yakin Tuhan akan berikan yang lebih baik untuk kami. Buat masa ini hanya perlu bertahan dan bersabar. InshaaAllah semua akan kembali normal.
Dahulu aku sambung pengajian saat diri masih single. Tiada komitmen. Hanya perlu fikirkan diriku. Masalah hanya masalah remeh seperti tak ada teman untuk makan tengahari. Atau tiada teman untuk beli belah. Tapi masih bisa ku redah sendiri. Sekarang ada tiga hati yang perlu ku jaga..Terasa tanggungjawab memberat di kepala dan bahu. Tapi aku yakin akan rahmat Allah. Dia tak akan membuatku terbeban. Sebenarnya hidup ini tiada masalah jika kita melihat dari kaca mata seorang hamba. Kita ini hamba..kan? Setiap kepayahan adalah ujian. Jadi aku redha. Aku cuma memohon aku sangat kuat untuk meredah cabaran di tempst orang.
Kami masih tiada pengalaman ke mana2..kerana musim sejuk seperti ini hanya sesuai berada di dalam rumah. Tidak berbaloi memeritkan kulit meredah salji dan angin yang maha sejuk hembusannya. Cukuplah aku seorang yang merasainya setiap hari.
Yang dapat kukongsi buat masa ini hanyalah kesejukan di tempat ini. Ya Allah..angin bertiup sangat kencang..menderu-deru bunyinya di waktu malam.. Doakan kami di sini. Andai idea bertamu lagi..akan ku sambung titipan ini.
No comments:
Post a Comment