Tiba-tiba teringat nak update blog. Kalo kat rumah, memang pantanggg ibu nak buka laptop…mesti akan kedengaranlah permintaan anak berganti-ganti pas baton. Ibu nak air masak..ibu nak roti coklat…ibu nak itu ibu nak ini. Memang sudahnya ibu pasrah tak dapat nak buat apa2..memang masa kat rumah hanya masa untuk anak je la kan..itu pun setiap malam si kakak bikin drama nak sedih2 sebab esok ibu kena gi kerja..hahahaha. Dia kata ibu tak payahla pergi kerja..asyik pergi kerja je..lama2..kakak sedih.. Adoila anak ibu ni…memang banyak drama. lol
Hari ni dah 21 Ramadan…sikit je lagi akan meninggalkan kita. Tahun depan entah ketemu lagi entahkan tidak. Tapi amalan hamba amatlah sedikit. Malu rasanya. Macam tak mensyukuri nikmat yang Allah beri dalam bulan Ramadan dengan pahala berganda ni.
Ramadan di sini puratanya selama 17 jam..agak panjang sebab siang yang panjang..pukul 9 malam baru la buka puasa…pukul 3 pagi bersahur pula. Tapi Alhamdulillah cuaca di Toronto waktu ini masih seperti musim bunga…angin nyaman berhembus lembut..kadang2 terlebih sejuk berbanding Europe yang panas berdenting ala2 Malaysia.
Di bulan Ramadan ni..kerinduan terhadap keluarga sangat terasa..tak boleh teringat..tak boleh cerita pasal ni..jap lagi banjir plak ofis hamba ni..
Research tetap berjalan seperti biasa..alhamdulillah rutin tetap macam biasa Cuma kadang2 kepala pening sikit sebab tidur tak teratur. Susah juga nk susun masa tidur sebab malam yang pendek. Lepas sahur dah subuh..sekejap je dah siang..pukul 6 pagi tu matahari dah tinggi…dah macam 8-9 pagi..terpaksa tutup langsir rapat2 nak feel malam sebab belum tidu lagi ni sejak lepas berbuka. Hahaha.
Hari ni macam biasa kat ofis menyiapkan research motivation yang SV nak tengok..dengan detailed Gantt chart..itu yang tido tak lena den malam tadi. Biasa la..gelabah lebih. Alhamdulillah tadi sebelum zohor dah email kepada SV..kita tunggu aje lah commentnya..sebab nak jumpa dia macam sibuk je hari ni..den pun tengah kepala weng ni mengantuk. Sambil buat kerja, rehat sekejap buka handphone..belek Instagram..nampak orang letak gambar handbag mahal kasut maha etc yang mahal2 semua. Lantas aku terus terfikir..bestnya orang ni..aku pun nanti nak la camni jugak. Kahkahkah. Tapi sejenak tersedar…aku nak ke ada handbag mewah..asyik ralit belek handbag cantik2 dalam website sampai lupa benda lain..Seriously I realized I already missed a lot of things.
Things that cannot be described or even showed to exist. Aku fikir balik masa bekerja sebelum ni..before tidur aku belek2 website2 material yang taka da kesudahan tu. Tak jemu-jemu. Dah beli satu rasa nak tambah lagi. Dah jadi koleksi pulak. Mungkin masa tu nak isi kebosanan sorang2 kat rumah dengan anak-anak je..suami seminggu sekali baru jumpa..pulak tu mengejar masa je. Tapi sekarang aku rasa semua tu dah tak perlu. Ada la juga tengok sekali sekala…tambah2 kat sini sale nye memang hebat..tapi dah tak rasa tarikan macam dulu. Mungkin sebab priority dah berubah. Tapi aku tak rasa kekurangan pun. Alhamdulillah aku rasa cukup je dengan apa yang ada. Tak ada la frust sebab tak dapat beli handbag baru..[dah beli pun satu handbag baru beberapa bulan lepas..erkk].Sememangnya nafsu manusia ni sukar nak puas…susah nak rasa cukup.
Sekarang aku lebih selesa melatih diri untuk kembali menghafal surah-surah pendek dalam al-quran. Ni bukan soal nak tunjuk baik…tapi ini lah yang aku dah ter miss dek kealpaan aku selama ni. Serius rasa malu dengan diri sendiri. I develop nothing for my akhirah. Sedih kan…apa guna handbag bertingkek2…last2 letak kat bawah jugak bila dah lenguh pegang. Banyak surah2 pendek yang aku dah tak ingat..bacaan masa solat pun asyik-asyik surah yang sama. Aku dah tak nak leka dengan teknologi yang merosakkan lagi. Duit beli handbag tu boleh simpan bagi kepada adik aku yang masih belajar dan keluarga yang memerlukan. Mungkin masih suka handbag tapi dah kurang gila macam dulu. In fact handbag aku tak delah yang mahal sangat pun…harga cath kidston yang biasa aku beli tu bawah RM300 je semua..tapi bial dah kumpul banyak2 tu makan ribu jugak..ye dak? Nafsu perlu dididik juga…
Azam Phd ni selain daripada nak siapkan Phd dengan jayanya, ialah untuk memperbaiki diri..dan isikan yang mana masih lompong.. Hidup ini singkat je..Buat masa ni nak nikmati masa-masa yang ada sepenuhnya dengan suami dan anak-anak…yang dulunya susah sangat nak dapat. Memang tak semua fikir sebagaimana cara kita berfikir. Ada orang yang baginya duit lebih berharga..nak simpan duit banyak2..nak beli asset etc.Masa boleh letak kat belakang. Terpulang itu keutamaan masing2. Tapi bagi aku, aku dah hilang banyak harta yang paling berharga dalam hidup..mak dan ayah aku..jadi selagi aku mampu, aku akan bagi masa aku untuk orang2 yang aku saying..duit..boleh dating kemudian..alhamdulillah aku cukup makan pakai,,itu dah memadai..aset kalo ada duit lebih..ada lah..Redha je dengan rezeki yang Allah bagi. Anak2 dan suami sihat pun dah kira rezeki yang tak ternilai.. Alhamdulillah sekurang-kurangnya PhD ni beri cahaya baru dalam hidup kami.
.::FaceBook::.
9 years ago

No comments:
Post a Comment