Thursday, September 10, 2015

Lintasan hati



Dan lintasan-lintasan hati adalah satu doa..


Betul!



Alhamdulillah syukur kepada Nya kerana hari ni akhirnya kami berjumpa babysitter yang sesuai untuk Uzmaa.. Seorang makcik yang beragama Islam..dengan bayaran yang kami mampu.Tidaklah murah seperti di Malaysia..tetapi syukur kerana kami dah boleh pergi ke kampus dengan hati sedikit lapang.. Sebenarnya aku pernah mengharapkan dapat babysitter muslim untuk Uzmaa dengan environment yang tenang..dan dengan bayaran yang kami mampu..


Sebak bila teringat balik apa yang aku pernah harapkan ni kini Allah dan kabulkan..Ajaibnya rasa. Betulla kita kena jaga apa yang kita fikir dan rasa kerana lintasan hati tu pun satu doa walau hanya sedetik. InshaaAllah aku hanya akan memikir yang baik2 sahaja... Walau elaun kami cukup2 makan saja, tapi masih kena bayar babysitter Uzmaa, aku selalu ingatkan diri bahawa untuk dapatkan sesuatu semestinya ada harga yang perlu dibayar. Mungkin kita hilang duit tapi kita dapat sesuatu yang lebih berharga..inshaaAllah..percaturan Allah sentiasa yang terbaik..




Walau kami belum boleh dikatakan dapat hidup dengan sangat selesa..tetapi alhamdulillah hidup kami selesa. BUkan mudah untuk meninggalkan zon selesa kita...ke mana2 berkereta..rumah ada banyak bilik..boleh beli apa yang mahu sesuka hati asal termampu. Di sini rumah kami hanya satu bilik..tapi alhamdulillah kami bahagia..:) Ke mana2 naik subway train atau bas atau street car(tram)...letih..sakit kaki...tapi hati tidak gundah (kecuali gundah terhadap phd..)



Untuk rakan di Malaysia..bersyukurlah hidup kita selesa..mampu makan yang sedap2...di sini walaupun negara maju..kelihatan indah di mata dunia tetapi kemiskinan tetap ada..orang2 tua yang tidak punya rumah..homeless..hidup melarat..sama saja seperti di Malaysia tetapi di sini jauh lebih ramai insan jalanannya. kesusahan mereka buat aku sentiasa terdetik...rasa bertuah dilahirkan di bumi Malaysia..lebih bertuah lagi sebagai hamba Allah yang punya iman..kurang2 pun bila miskin dan tidak punya wang, masih punya tempat mengadu..pada Yang Satu.. Itulah nikmat yang paling besar.

at centreville theme park, Toronto Island

No comments:

Post a Comment