Wednesday, April 13, 2011

Tujuan hidup

Hari ni adalah kelas terakhir semester ini. Tu pun lima orang je yang datang. Tak tahu salah birokrasi atau isu personal. Eceh. Saje je nk provoke. Dah lali pun ada walaupun baru je kat sini dua semester.


Bila diberi tugasm kita diingatkan soal amanah, soal integriti, soal tanggungjawab. Tapi di pihak yang satu lagi mereka seolah-olah diberi pelepasan yang berlebihan. Yang kita tidak perolehi pada zaman kita. Ini bukan soal menrungut lagi dah. Tapi kita bukan kuli kan? Kita menjalankan amanah untuk mendidik. Bukan mengajar untuk memberi laluan mudah mengecap kejayaan.



Semua orang tahu bukan mudah mengecap kejayaan. Lebih2 lagi sehingga ke peringkat tinggi. Apa guna kalau sekadar masuk universiti sekadar nama. Tiada usaha berterusan.


Tak kata aku bagus atau orang lain yang aku kagumi bagus. Setiap orang berbeza. Tapi secara umumnya kita semua punya inspirasi dalam hidup. Ibu ayah, keluarga, sahabat..cinta? Mungkin semua sekali.


Bagaimana jika masuk universiti sekadar memenuhi permintaan ibu ayah tapi tidak menunaikan amanah yang diberi. Bagi aku, jangan cepat menyalahkan orang lain bila kita gagal. Take responsibility on ourselves. Tanggung kesilapan yang kita mulakan. Apa guna menyalahkan pihak lain. Orang lain hanya faktor luaran. Faktor utama kejayaan adalah diri kita. Kalau kita punya keinginan, lakukan sesuatu untuk mencapainya. Bukan mencari alasan untuk tidak perlu sampai ke situ.



Motivasi hidup yang paling utama adalah tujuan hidup kita. Aku tak pandai nk elaborate jauh2. Tapi tanpa motivasi siapa pun tak akan mampu. Motivasi aku habiskan degree adalah arwah ibu aku. Motivasi aku habiskan master adalah arwah ayah aku. Itu contoh motivasi. Bayangkan jika tiada motivasi, aku mungkin biarkan saja hidupku di bawa entah ke mana2 dengan mengikut arus. Punya motivasi bermakna punya sebab untuk terus berusaha. Mungkin lepas ni motivasi aku adalah anak aku yang masih berada di dalam rahim ini. Siapa tahu?:)

Saturday, April 9, 2011

Cutie baby stuff

It is saturday and im at home alone while hubby is at the office.The plant is preparing for shut down.For the duration of nearly 2 months onwards i may spend my weekend like this.Dont ask me my feelings. I do not like to elaborate.Just acting tough anyway.


Hari ni nak cerita pasal barang baby yang comel2 dan kiut miut sangattt.Geram tengok sampai belek berkali2 pun tak jemu2.Betulla orang kata tengok barang baby ni memang boleh jadi rambang mata.

Yang pertama yang paling saya geram ialah baju baby yang supercute tiada tandingan..tengoklah baju baby girl ni..mak aih geramnyaa...


from Onebabyworld.com
Lepas tu cloth diaper yang comel bangat..macamana la tak geram kan.Ni kiranya macam pampers la tapi lebih environmental friendly and wont affect your baby's skin..Belum decide lagi nak guna cloth diaper ke tak but so far i think the idea is not bad..:)


ni plak kasut baby yang comel lote..this one from the same website jugak..



this is nursing pillow..zaman dah moden, sekarang ada macam2 alat untuk memudahkan dan memberi keselesaan during baby feeding compared to our mom's time.My younger sis said breastfeeding is very tiring and advised me to just give formula milk.I know it might not be easy but i must try first before giving any judgement.So, i am sooo wanted this nursing pillow and hopefully it will give me comfort during bf my baby..These are from Bumble bee...comel gak kan..nampak sangat selesa..





Ni pulak dimple pillow..orang kampung panggil bantal karipap je..hehe.Dah tu bentuknya macam karipap.Info says this pillow is good for baby's head..sebab leper kat bawah..ia menjaga bentuk kepala baby.Betul atau tak tu den tak tahu lah...but i like the design..aku rasa ergonomik dan tak rugi pun kalau beli.I have bought one at Anakku last time..tapi rasa nak beli satu lagi.Senang nak gilir2.





Ni pulak feeding bottle..from Tommie Tippee..masyaAllah geramnya tengok botol gemuk dengan bentuk dia yang meliuk2 nih..hihi.I think i want to but this bottle soon..kalau ikutkan sales is everywhere right now tapi aku masih relax tanpa membeli apa2 lagi.Tak habis2 survey je..maybe next month la beli..hahah.Semua nak last minute.



Baby bottom balm..from angel mama & baby..i have read good reviews on this.Jadi rasa nak beli lah.Baby dan rashes memang tak boleh dipisahkan bukan? Kalau kena gigitan nyamuk pun sesuai pakai balm ni.Kalau kulit baby ikut kulit saya, memang mudah allergic kepada gigitan serangga..huhu.




Ni Spectra 3..rasanya nak beli pam ni..tapi belum beli lagi lah.Harganya pun sederhana dan ada good review jugak.



Hmm..banyak jugak ni, yang diletak kat sini cuma barang2 favorite je...ada banyak lagi yang basic2 sebenarnya..malas nak tampal gambar banyak sangat.Hopefully i can buy all this before my baby arrives..:) hehe.


Dah nak maghribla..got to go..

Thursday, April 7, 2011

Aku bukanlah superman

Wah tajuk bukan main lagi eh. Kalo aku update blog ni xde lain dah, mesti ade benda yang nak di vent out supaya tidak mengganggu peredaran darah dan oksigen ke otakku ni.



Alkisah nak jadi kaya raya..eh eh bukan. Alkisahnya aku dan suami dah decide nak pindah rumah sebab dah menyampah dengan tuan rumah ni yang ego-bongkak-sombong-perasan etc. MasyaAllah maaf la eh bahasa terkasar sikit..memang sengaja sebab apa yang tuan rumah buat kat kami ni adalah suatu penganiayaan yang terang lagi bersuluh.


AKu pernah cakap yangaku suka rumah tu masa baru pindah situ kan.Tapi aku tak cerita masa awal2 masuk sinki dah tersumbat tahap gaban sampai aku kena basuh pinggan kat bilik air.Tragis kan.Dan sebelum masuk aku dah request kat tuan rumah suruh pasang kipas kat bilik utama.Dan dia jawab nak bincang dengan adik-mak-nenek-moyang etc lah tapi sesungguhnya sampai ke hari ni lah xnampak pun rupa kipasnya.Oklah sebab malas nak elaborate panjang, memang banyak kerosakan kat rumah tu, kunci tingkap bilik utama rosak, kipas takde, lampu bilik kedua rosak, atap bocor, sinki dalam bilik air takde etc. Memang banyaklah pendek kata. Beberapa bulan lepas kami kahwin, jiran sebelah saya nasihatkan suruh pindah sebab dia kata tuan rumah memang takkan repair semua tu.Lagipun saya akan bersalin dan memerlukan rumah yang lebih selesa.Tapi masa tu malas nak fikir pasal pindah, kiranya bertahan je lah.



Tapi betullah kesabaran manusia ada hadnya.Bila dah lebih sangat, memang ini lah jadinya.Bulan febuari saya terlewat membayar sewa, biasanya lepas gaji terus bayar [gaji 24 atau 25 hb] tapi bulan tu saya sangat sibuk dengan mock audit EAC, memang asyik lupa nak cash out duit dan hantar kat mak kepada tuan rumah.Lewat2 pun aku bayar pada 1 mac, tu kira lewat ke?Entahla aku pun tak faham.Mak tuan rumah pun datang rumah kutip sewa dan marah2 sebab aku lewat, dan aku pulak memang tak kuasa lah nak keluar malam2 semata2 nak keluarkan duit kat ATM.So aku mintak maaf tapi apa mak cik tu kata? 'kalau awak tak sanggup, makcik boleh cari orang lain'. AIk?tak sanggup?aku terus panas berasap.Nak kena jugak makcik ni kang. Dahla suami belum sampai lagi.Memang nak marah sangat tapi aku tahan. AKu cakap kat mak cik tu, saya baray lewat sehari dua pun mak cik nak bising, sedangkan rumah ni macam2 rosak, saya dh suruh repair dan pasang kipas tapi tak endah pulak. Saya ni mengandung dan perlukan kipas tu' tapi tak sempat habis ayat mak cik tu buat muka sengal dan blah. Lepas tu aku menangis..sebab tahan marah kan tadi. Sabar je lah..dugaan..Bila suami balik, dia pesan aku tak payah dah berurusan dengan mak cik tu, biar dia je.Memang aku pun rasa tak mau dah jumpa makcik tu lagih.Hmphhh.



Hujung bulan mac kami bayar sewa pada 26 mac.Kiranya sewa untuk bulan april la kan.Aku sms tuan rumah dan bagitahu dah bayar sewa, harap dia pasangla kipas dan baiki apa yang patut. Lepas tu apa jadi?tuan rumah ni memang emo lah aku rasa, dia makan tebuan tiap2 hari kot.Terus sms marah2, dalam english pulak tu.Agaknya dia nak buktikan dia boleh marah2 dalam bahasa inggeris la kot.Entah aku pun tak faham.Hahaha.lawakla manusia ni.Dia kata jangan pandai2 nak usik apa2 kat rumah dia, kalau ada rumah lain boleh keluar, dia boleh cari penyewa lain.Mak aih, kali kedua dengar macam tu aku memang panass la weh.Suami pun panas hati tapi dia fikir2 tak payahla pindah, leceh.



Tapi fikir punya fikir akhirnya dia terbuka hati untuk pindah..tapi bila bagitahu kat tuan rumah dia mengamuk pulak tak nak pulangkan deposit.Memangla aku masuk hujung bulan julai, tapi aku bayarsewa pun tiap2 hujung bulan juga.Kalau nak tolak tambah macamana pun, aku tetap ada baki deposit sebanyak rm550 daripada rm1k ok.Kau kira lah awal bulan ke hujung bulan ke.Suami lah yang call diorang, kesian suamiku kena maki hamun yang bukan.Siap dia kaitkan dengan profesion suami aku plak tu.Last2 suami kata, takpelah kalau diorang taknak bayar, kita takkan menang pun sebab ni rumah diorang.



Mula2 aku memang terkilan dan tak puas hati.Takkan nak burn 500 lebih camtu je, tambah2 nak masuk rumah baru nak bayar deposit lagi.Tapi bila dah tenang, aku pun fikir macamtu jugak.Mungkin dia menang hari ni, dan kami teraniaya.Tapi lepas ni kita belum tahu lagi.Ngeh3[gelak evil]. Tak lah, dia nak pulangkan ke tak duit tu aku dh pasrah dah tapi sebelum keluar atau bila dah keluar nanti aku nak bagi ayat saiko sepotong dua.Yang dia nampak hanya nilai wang, tapi yang menentukan berkat atau tidak duit tu hanya Yang Di atas sana..tak gitu?



Memang aku malas nak gaduh dah,ikutkan hati marah memang tak ke mana, apa lagi bila lihat perut yang terkedepan ni, rasa buruk benar kalau mencari gaduh atau melayan orang bergaduh.Kasihan suami ku yang dituduh merosakkan sinki walaupun bekerja sebagai engineer petrona*s...korang rasa ada kaitan ke sinki rosak dengan bekerja sbg engineer?hua3..memang agak sewel maki hamun macam tu..kihkih. malam ni nak pergi bincang dengan mak nya yang mendakwa aku bayar deposit sebulan padahal aku bagi rm 1k kat dia bermakna deposit dua bulan. Selebihnya kalau dia nk pulangkan atau tak, lu pikir la sendiri.


Macam2 dugaan dalam hidup ini kan,macam2 ragam manusia yang kita akan jumpa.Walau terdesak macamana, tapi tak perlu nak gadai maruah dan self value kita hanya kerana duit.Apa guna dapat duit 600 tapi orang dah tahu kita ni tuan rumah yang tak jaga kebajikan, tak ada tanggungjawab malah bongkak pula dan tak mahu terima kesalahan sendiri. Apa gunanya weh.Banyak perkara aku belajar bila dah makin meningkat dewasa.Ada masa kita tak perlu menang untuk merasa menang.Kadangkala kita perlu kalah untuk menang.Hope u get what i mean.



Aku bukan jenis beradab atau bersopan santun sangat tapi kalau orang buat baik dengan kita, alangkah kejam kalau kita bertindak sebaliknya.No wonder lah penyewa rumah tu yang sebelum2 ni semua lari tak bayar bil dan sewa rumah.Sebab tuan rumahnya pun bukan jenis menjaga kebajikan.Kan kan.What u give u get back.Bila cerita dengan kawan2, ramai yang alami apa yang aku lalui ni.Rupanya ramai tuan rumah yang bermasalah.Bila kita nak masuk dia mintak deposit ribu riban, dan bila kita nak keluar dengan cara elok, dia ungkit macam2 supaya tak perlu pulangkan deposit.Kalau tak ada duit nak bayar, boleh cakap..tak de hal, boleh je bayar ansur2.Tapi jangan switch kesalahan sendiri ke atas orang lain pulak,tak adil la kan.



Tapi..Tuhan tu Maha Adil..kita serahkan aje semua pada Dia.

Monday, April 4, 2011

The 6th month..

Another week started after one by one busy weeks.Fuhh.

Esok lagi ada audit kat fakulti.Oklah tugas aku kecik je tak yah nak gebang macam kerja berat sangat.Hahaha.


We went for 6th month check up last week..and the gender was revealed.Guess what?jeng3...tunggu la baby lahir dulu..kihkih.Im now at week 27..Kena inject att...kebas juga sehari dua.But overall alhamdulillah doc said baby is ok..my weight also increasing but still normal.Rileks je doc kat klinik al farabi tu...berat naik 2kg sebulan dia still kata average.Haha tapi aku risau lebih..konon aku lagi pandai dr doc ke ape?kihkih takla..dah memang camni perasaan seorang ibu kot.But baby is active alhamdulillah. Suka usik2 dia..kadang2 sambil baring aku letak spec kat atas perut..nnti dia akan tolak2 spec tu...bleh nampak spec gerak2 tau..hihiii comel tau..Tak pun sambil tengok tv atau duduk2, aku letak tangan atau lengan atas perut, nanti mesti rasa dia tolak2 lengan aku dengan kuat.Agaknya mesti dia rimas orang ganggu space dia..mesti dia 'ish2..ape ni..nyibuk je..sempitla...' hahahah comel kan?agaknya laaa..


Sekarang ni tido bertambah tak selesa, bantal kiri kanan atas bawah pun masih tak selesa jugak.Makin tak tahan panas..mungkin sebab cuaca sekarang ni panas, atau pun mungkin sebab aku dah gemuk jadi memang panas sokmo.Bila tanya suami, dia ok je tak panas pun.Dah sah la tu.


Ii used to have a twitter acc for few months..but i've just deactivated it.I dont say twitter is not good but it might be me who just talking crap.Sama macam blog ni, all about crap kan.But i think blog is a good way for me to vent out my thinking, tak kisah pasal universal ke psl personal ke.Tapi bukan pasal artis la..xkuaso den hah.Kehkeh.Mungkin blog ni pun akan di delete jugak nanti tapi tak tau la tu bila.Lately ni h aku rasa makin fed up plak dengan laman sosial nh..rasa makin malas nk bersosial melalui alam maya nih...ni sebab hormon juga ke?


Baby stuff shopping is not done yet.Tapi lepas check up hari tu, sempat jalan2 kat mall..ternampak kedai Anakku tengah sales.Biasalah mata org perempuan kalo nampak sales ni terus jadi bling2 gitu, tambah2 lagi memang tengah aim baju baby.Aduhh barang baby memang sume comel2..rasa nak belki je sume...gerammmm tengok.Tapi beli warna yang natural la..so dua2 jantina bleh pakai.Suamiku yang excited lebih..sebab dia terpegun dengan barang baby yang super cute..hahaha.


Alhamdulillah pregnancy is a beautiful experience..walaupun banyak dugaan..tapi bila dapat rasa ada seseorang yang comel sedang bermain2 kat dalam rahim kita, perasaan tu sangatlah indah.Kadang2 tak tahu masa bila dia tido..kalao tido mengiring rapat ke tilam pun dapat rasa tangan/kaki dia tolak2..agaknya dia rimas kot?hehee..Tak sabarnya nak jumpa baby yang selalu tendang2 perut ibu ni..heheee.First trimester yang mual2 dan loya tapi takla seteruk orang lain yang muntah2 dan tak lalu makan..aku masih boleh makan dan berat bertambah 1kg sebulan masa awal2 pregnant.Bila masuk 2nd trimester tu toksah cakapla..lagila bertambah2 seleranya..ish3..Sekarang ni di bulan terakhir trimester kedua and i still have one trimester before i can see my baby..:) Okla..have to pen off now..walaupun tak guna pen.

Friday, March 18, 2011

Home alone

Saturday night. At home alone. Husband has to work even on weekend. Tak suka tapi terpaksa rela. While im occupied with my Induction course. Hari ni pulang lewat kerana ada perbincangan tentang persembahan kumpulan next week.


Boleh anda bayangkan ibu yang membawa baby bump ini beraksi di hadapan kelas? muahahahah. Tak kelakar. Tapi redah aja,malas nak tangguh.


Sudah lebih lima bulan bahagia berumahtangga dan kandungan pun sudah berusia 24 minggu. Alhamdulillah. Tiada kata yang mampu terucapkan selain kesyukuran padaNya pemberi Rahmat..


Hidup berumahtangga bukan sama seperti hidup membujang. Dulu tak perlu fikir panjang bila nak buat sesuatu perkara. Contohnya kalau malas nak masak, tak payah masak. Berlapar lah sorang tak ada orang nak marah. Tapi sekarang kena fikir perut suami juga. Jadi biasanya aku akan cuba berusaha memasak juga walaupun penat atau tak larat dan masakan pun takla selazat chef one two or three. Ngeeheheh.


Dalam rumahtangga, jangan dicari perbezaan tetapi carilah persamaan. Itu petua hidup harmoni. Eceh. Baru setahun jagung usia perkahwinan, dah pandai2 nak bagi petua pulak dah.Sharing is caring anyway...;p misalnya aku suka makan ikan kerana aku anak kampung nelayan tapi suami suka makan ayam. Mahu atau tidak, kena belajar memasak menu2 kegemaran suami. kan2. Itu perbezaan, tapi kalau dari segi persamaan, kami sama2 suka makan sayur. Sayur masak air kegemaran aku, begitu juga dia.Memanglah mudah hidup seorang isteri yang memiliki suami sebegini bukan.Kihkih. Hakikatnya aku memang bukan pakar memasak. Tapi mujurlah kegemaran aku cuma yang mudah2 dan tidak rumit. Tapi dari segi menu lauk, aku gemar kuah jernih cair, sementara suami gemar lauk bersambal. Aku pun suka sambal tapi bukan setipa hari, lagipun tak baik untuk kesihatan. Tapi aku tetap masak juga untuk suami, janji minyak mesti minima. BUkan sekilo macam yang aku lihat kat kedai2 makan, bila ceduk je penuh senduk dengan minyak...aiyyya..cannot go woh.


Teringat saat aku masih di awal tempoh mengandung, aku sangat alah pada bau sabun basuh/dynamo yang kami guna waktu tu. Suami lah yang selalu tolong basuh baju, sidai baju dan lipat baju. Lepas tu aku juga tak boleh nak bau bilik tidur, apa lagi nak buka almari baju. Suami jugak yang susun. Berbulan2 aku tak jenguk almari tu. Baju aku sume aku eksport ke bilik lagi satu yang ada almari bujang aku dulu. Hingga satu hari, sudah tamat tempoh mabuk2 ku, aku jenguk almari suami, nak susun baju. Humak aihhh, disusunnya bercampur2 seluar dan baju. Tak de kategori dah. Sayu pulak hati isteri. Oh suami. Kasihan suamiku. Sebab? kena susun baju sendiri..macam dah tak terurus padahal dah ada isteri. Lagipun sejak mengandung, memang emosional lebih, sikit2 nak sayu nak sensitif. Tapi sekarang aku dah boleh uruskan semula dan baju2 tu. Hehehe.


Sekarang ni sakit baru pula yang menjelma. Sejak berkursus selama empat hari ni, sengal2 satu badan. Akibat duduk terlalu lama kat kerusi yang tak empuk dan tak ergonomik untuk ibu mengandung.Memang seksa malam2. Kalau suami ada kat rumah, dia lah tukang picit. Atau bila penng kepala malam2, suami jugak yang jaga..picitkan kepala, ambikkan air suam..suruh masuk tidur awal.


Tiap2 hari telefon, suami akan tanya baby tendang2 tak hari ni? mestilah. Bukan setakat tendang lagi dah, dia dah siap main bola, main masak2, main badminton sume siap dah dalam perut ni. Memang sangat aktif..tambah2 lagi bila ibu nya tengah rehat2. Attention seeker ke anak ibu ni..hehehe.Like mother, like baby. ;p


Sebenar nya terasa sunyi di malam sabtu. Ini rasanya kali pertama bersendiri tanpa suami di malam sabtu. Mula2 tadi nak buat tugasan tapi otak rasa tepu.Esoklah buat.Kasihan suami masih di plant, malam2 pun kena menhadap plant yang tak bernyawa tu.



Suamiku bukanlah romantik macam dalam filem tu, tak juga sempurna seperti putera kayangan. Tapi dia lah suami yang terbaik dan sempurna di hati dan mataku. Terima kasih suami kerana menjadi suamiku [seandainya suami terbaca coretan ini suatu hari nanti]. Ehem!

Monday, March 14, 2011

Antara mehnah dan kifarah..

Di saat kesibukan kerja memenatkan fizikal, dengan hambatan tugasan2 yang tak habis2, tiba2 momentum terganggu oleh berita yang tidak enak didengar.



Baru je beberapa hari pulang dari kampung, terpaksa juga membawa perut pulang sekali lagi. Aku merasakan seperti langit runtuh menghempap. Kecewa, terkilan, marah, sedih dan kesal. Semuanya jadi satu. Tapi nasi sudah menjadi bubur.



Sesungguhnya aku hanyalah insan yang terlalu lemah..mungkin ini ketentuan yang harus kami terima. Walau pahit untuk ditelan. Kerana keputusan bukan ditangan ku. Dan aku juga tak mampu untuk memikul semuanya di atas belakang ku. Ku terima ia sebagai kifarah atas dosa2 ku yang lalu..dan kata suami..ini adalah ujian. Untuk pujuk aku yang menangis tak sudah2. Air mata aku memang murah. Tak tahu bila nak naik harga. Mujur ada suami tempat menumpahkan air mata.



Mungkin ini teguranNya buat aku yang semakin sibuk dengan urusan dunia, yang semakin kurang masa untuk urusan akhirat. Untuk aku lebih bersyukur dengan semua nikmat yang aku miliki kerana dalam sekelip mata Dia mampu menariknya dariku. Tuhanku, aku pohon diberikan kekuatan untuk menempuhi semua dugaan yang Kau tentukan untuk ku.Amin.

Wednesday, March 2, 2011

Lala..lalalala

Hari ni ade kelas tutorial at 12. Tapi rasa letih dan mengantuk. Ada sebab tapi malas nak tulis.

Cuti dah approve for this friday and monday...lalalalala.Suka sangat. Rindu weh nak berada di kampung. Walaupun sekarang ni musim panas berdebu kat sana. Den tak kisah,asalkan dapat pulang ke pangkuan keluarga tercenta. Dapatla hilangkan kekusutan kerja dan sebagainya kat tempat orang nih. Tiada tempat yang lebih damai selain daripada rumah keluarga kan? btul tak?


Hubby also took leave on monday..yeyey..hopefully janganlah ada gangguan dari site weekend ni..kang kena balik sini plak tetiba..tak mau2. Nak pegi jalan2 kat KB puas2..bawak amar ngan amelia si budak bulat gi pantai..dan bawa suamiku melawat saudara mara yang belum sempat pergi lagi. Hahah..dah 5 bulan kawen tapi ada yang tak kenal lagi. Perancangan macam aku balik sebulan je..padahal balik berapa hari je pun. Tak kisahlah, angan2 mesti banyak ye.


Nak ajak akak aku gi pasar borong pagi2..beli barang masak laksa penang..my favorite..hehe.Bila lagi nak makan banyak2..hahah. Tengok tu niat dah tak betul. Tak bleh2, bulan ni kne turunkan berat badan..hoho. Nak ketam masak lemak cili padi jugak, dan etok dan lala goreng pedas, emm..amboi banyaknya...larat ke nak makan tu..;p


Kat sini tak de jumpa orang jual lala..hehe, alasan baik punye.kihkih.Ketam ada, tapi nak yang akak aku masak jugak.Hua3.



Beberapa minggu ni bz btul ngn meeting dan persediaan mock audit..memang penat. Tu belum masuk bab kena buat kerja sorang2..ok, dont let me start..hati aku memang panas kalau ingat. Kalau nak cerita pasal perkara yang menyakkitkan hati kat sini, nanti hati aku bertambah sakitttttt bangat! Bila fikirkan pasal balik kampung rasa hepi sket..ingat pasal makanan pun hepi..Sudah2, tak mau ingat tentang orang yang menyakitkan hati.



Meh aku letak gambar from google..lala masak pedas..bagi korang terliur sket. Tak aci aku sorang2 je teringin sejak sekian lama. Muahahaha, hati di dalam ada tak berapa baik wooo. Kui3.