Wednesday, May 25, 2016

Aku dan semangat..


Assalamualaikum..


Alhamdulillah...setelah agak lama saya menyorok di bawah tempurung diri, akhirnya saya berupaya untuk menjenguk kembali dunia luar...dan berblog di sini.



Sukar untuk aku jelaskan perasaan ini...sudah hampir2 mengalah pada keadaan...sudah jemu menghadap kegagalan dan kekecewaan di sini. Jujur aku katakan, aku tak pernah merasa
di bawah sebegini. PHd benar2 mempamerkan siapa diriku...takat mana azamku...


Aku sebenarnya bukanlah seorang yang begitu kental rupa2nya...aku rapuh..aku lemah..

Aku tak mampu bangkit dari rasa kecewa…dari rasa down.. Aku mengharapkan seseorang untuk meniupkan aku semangat. Aku kecewa bila sahabat2 berdiam bila aku berdiam..
Jujurnya aku mengharapkan seseorang bertanyakan khabar ku di sini…meniupkan kata2 semangat buat ku. Tapi aku sedar kini, orang itu ialah diri ku sendiri..
aku tak perlu harapkan apa2 daripada orang lain kerana aku ada Allah yang sentiasa mahu mendengar keluh kesah ku.

Untuk apa aku berharap sedangkan aku pun bukanlah seorang sahabat yang terbaik… aku Cuma perlu bangkit…aku Cuma perlu kembali berdamping denganNya..

Tapi sungguh itu bukan mudah. Menasihati orang ternyata lebih mudah. Bila diri sendiri yang nak buat memang ternyata sukar… untuk bangkit kembali,
hanya perlukan azam dan kekuatan diri yang bukan sedikit..bukan kecil…bukan ala kadar. Aku mahu singkirkan fikiran yang tidak membina…kemungkinan2
yang tidak baik yang mungkin terjadi pada masa depan..biarlah ia berlalu.

Sekarang aku ingin bangkit dari rasa lemah dan putus asa. Aku ingin kembali berdamping dgnNya…hanya Dia tempatku sandarkan segala harapan dan kekecewaan.
Aku takkan peduli pada kata2 memusnah yang siapa2 pun ungkapkan… aku ada Allah…hanya Dia yang dapat menyelamatkan ku. Aku takkan menyerah kalah… kan ku cari semangatku yang dulu…



Monday, May 9, 2016

Being pregnant again

Alhamdulillah i am 8 weeks plus pergnant. Still can't believe that I am a prego again. Haha. Less nausea this time but fatigue..yes...rasa nak rehat je banyak2...apa tu mall?shopping complex dh tak kenal ok...haha. No mood to go out..extra letih nowadays. Tapi kerja Phd ku hadap jua. At least bila sibuk2 hilang jap rasa mual or feeling pregnant.


I am thankful that my two girls are big girls already..dah pandai bawa diri sendiri..and understand whenever i say i need to rest. So they won't disturb me and do their own thing for a while...atau pegi kavau ayah diorang. I need nap everyday now obviously..tak larat dah nak berterusan menghadap pc. Tak boleh makan banyak juga sebab rasa perut penuh pun nanti tak selesa..sepanjang hari aku akan menyesal sebab makan banyak..huuu. Kena makan sikit tapi kerap..


For now lebih suka makan buah tapi kena juga mkan nasi sekali sehari...bila tiba time kena makan memang dilema. Selera makan tu ada tapi jadi pelik sket...dan yang dilemanya sebab kena masak sendiri. Kalo kat malaysia takpe main order saja..haha. Kat sini aku nak order kat mana? Lol. Husband je la jadi mangsa kekadang kena masakkan..


Mula lah terkenang kampung halaman...:( teringin nak makan nasi kerabu la laksam la..tapi laksam dh masak last week.. Maybe lepas ni kena try nasi kerabu plak..tak pernah2 aku masak nasi kerabu..aduh teringat2 sambal ikan yang sedap itu...dan telur masin dan ikan goreng celup tepung. Ahh macam2 lah..


Aku berangan alangkah indahnya kalo aku preggy kt malaysia...nak makan apa semua boleh dapat..sob2...kat sini telan air liur je la...:( 



Haish banyak cerita pasal makan je ni rasanya... Oklah..nak rehat kejap..lepas ni nanti nk buat keja lagi.. Last night ada tetamu tumpang bermalam...budak undergrad yang nak balik for good..they have a really cute baby..Hadif... Harap dapat jumpa lagi nanti.,inshaaAllah..


Baby Hadif dan kakak Uzmaa yang dah siap bak ke daycare..

Thursday, April 28, 2016

Episod baru

Assalamualaikum.. the last time I updated my blog was last month or few weeks ago. Pasal beg tu…dah selamat sampai last week alhamdulillah.. tapi sekarang rasa taka da hati pulak nak tengok beg itu…
I am expecting again….alhamdulillah…baru nak mencecah 7 weeks…belum pergi jumpa doctor lagi. Tapi alhamdulillah morning sickness tidakla seteruk sebelum2 ni….yang membuat aku lembik dan tak berdaya.. Ada juga rasa loya tapi tak la kerap…dan aku berdoa sangat2…supaya aku boleh buat kerja dan handle anak2…

Dulu masa anak sulung bolehla nak terbaring terus lepas balik kerja…anak ke 2 pun lebih kurang camtu sebba suami pun balik weekend je. Tapi ni anak2 dah besar…kalua tak masak, apa diorang nak makan? Pastu mandi pun nak dengan ibu, semua nak dengan ibu. Ibu pun buat2 la kuat, walaupun perasaan nak baring je memanjang…

Ni baru balik dari library…hantar buku yang dh dekat 2 minggu lewat…denda dahla 50 sen sehari tau….cekik darah..huuu. Last week langsung x masuk ofis sebab anak2 demam dan suami pun diserang gastrik…muntah2 sampai lembik. Mujurlah Allah masih bagi aku tenaga walaupun tak larat sangat2…untuk jaga anak2 dan suami. Alhamdulillah tadi pak cik librarian tu kata aku tak yah bayar..’I took it out for u’ katanya. Baiknya pak cik…semoga murah rezeki pak cik hendaknya. Pak cik macam tau2 saya tengah sengkek ni dah hujung2 elaun je ada..hihihi..

Macam biasa bila tengah mabuk ni…semua yang disukai mula tidak disukai. Macam beg tu sebelum ni sokmo la aku dok tatap gambar beg tu dlm iphone…tapi sekarang tengok beg tu pun rasa loya…. Memang sah dah tak beli beg dah rasanya untuk tahun ni…cukup2 lah tu ya… Loya dengan bau busuk…tapi dengan bau wangi ok lagi alhamdulillah… sebelum ni time camni malas nk pakai bedak atau perfume tapi sekarang gagah lagi pakai foundation dgn perfume…haha. Mungkin cuaca kat sini yang buatkan rasa loya tu kurang. Harap berterusan la ok camni. Makan macam biasa tetap berselera…Cuma lebih rasa nak makan buah dengan bau yang fresh2…makanan berlemak bersantan berminyak jadi kurang suka…tak boleh nak bau…tak suka…huhu.

Qualifying exam>> apa tu?hahaa entah bila sv2 ku sekalian nak approve proposal aku dan bagi aku defend untuk qualifying exam…entahla harapan je la…aku pun kadang rasa dah fed up. Hanya Dial ah tempat mengadu..nak cerita pada kekawan takut orang bosan…not a big deal pun untuk orang lain. Masalah aku, aku lah tanggung…. Taka pa…kita ada Allah…habis2 sedih atau give up, aku menangis kt Dia je lah…pasti Dia akan pujuk… Sungguh…bukan setiap masa orang akan mendengar masalah kita..orang lain pun ada masalah juga nak hadap…bukan hang sorang je…hahahahahohoho.

Sekarang dah spring pun…ni gambar last week…masa ni singgah ofis kejap nak ambik notes sebab semalam exam…bawak anak2 sekali sebab nak bawak diorang jalan kat mall kejap… pegi makan aiskrim je..pastu beli seafood sket pastu balik..boring tak?kui3..

Monday, March 28, 2016

Bags of the month:)

One day day my colleague in the Uk  told me she was going to the outlet to buy something in Cath Kidston store. And I was too excited.. Mintak dia tengokkan LongChamp juga kot2 la murah... And she gave me these pictures. Can u guess which one was my choice? Hihii. Would show off the picture when it arrive soon.
This Long Champ bag is a new love, dulu tak pernah suka beg jenis ni..too simple kan. Tapi kat sini ramai minah saleh pakai..nampak cantik pulak. Tu yang saja2 mintak kawan tengokkan. The price is affordable..of course half price of Coach or Kate Spade bags here. Haha kenapalah aku duduk negara Coach..bukan negara Cath Kidston atu LC. Lol. This is LongChamp Planetes beige color...memang dah tersuka masa tengok kat instagram personal shoppers tapi kupendam saja. Berangan sajalah masa tu. Tapi tengok ni tetiba dapat beli color yang diidamkan dengan harga lebih murah dari negara asalnya. Rezeki. Kan..

I guess I am too sink in my workloads..tensen weh...jom beli beg banyak2..huhu... Ade lagi yang kukirim kat kawan tu coz geram sebab comel sangat plus murah..harga outlet katakan. Nantilah dah sampai aku share ye kalo nak tengok. Nak letak kat ig kang org kata show off pulak..lagipun nanti husband bising..hoho..dia tak suka. Kalo aku letak gambar beg pun, bukan yang aku dah beli tapi yang aku berangan je. Tu pun ade lah komennya.. Nasibla dapat wife yang kuat berangan ni kan..

Friday, March 25, 2016

U should never say stop

Because look what I did after I said that I am gonna stop buying cath kidston bags and stuff. I ended up buying more of it. This is from the year end sale haul...messenger bag that I will bring to campus during the weekend. Seeing the flowery parcel was a happiness..lol. Ubat stress juga kadang2..bukan ubat cmne, time biasa kan rasa sayang duit nak beli beg ni...tapi time stress aku beli je apa yg aku rasa nak sangat sebelum ni..hahaha. Tidakla membeli yg bukan2..


Friday, March 18, 2016

The hardest thing does not always mean the biggest suffering

So today alhamdulillah i have presented my proposal in the group meeting in front of my main supervisor and colleagues.

Not a very good presentation tho, as per comments from my sv. But I accept it with open heart as long as my research is not as bad. He said that I have a good research, a novel tehnique, good contribution and motivation but was just badly presented. I know, I didnt prepare for the presentation eaelier, just finished the slides 5 minutes before presenting. What can goes worse than not preparing? 

I need to redo my slides, reduces words and add more graphics and practise a lot. I am weak in presenting. It is different presenting in front of students and these people. Or maybe i am just not good at it. It's not my mac & cheese (konon) atau bukan nasi dan budu saya. lol.

Overall, my presentation looks like i dont care about this work, I want to finish my presentation fast- that's it. Teruknya lah. Kenapa eh aku ni ketar lebih..buat kerja banyak sampai weekend pun masuk lab sorang2, tinggalkan anak kat rumah tapi bila nak present macam tak nak erita semua apa yang aku buat. I need to improve. A lot!


It was quite tiring these few months starting last year end. Do not make me brag about tiring days..I just want to enjoy doing it so that I will do it more full heartedly. Semua orang letih, bukan kau sorang je. Selagi termampu,lakukanlah...this is your life afterall.. Do not complain, do not be ungrateful.. 


..tangisilah segala dosa...
agar air mata jatuh berguguran..
 Kerana ia menggugurkan dosa2..sekaligus memadamkan api neraka..
Takutilah Tuhan dengan sepenuh hatimu
Ia kan menjadi syafaat di akhirat nanti...

Sunday, March 13, 2016

Nothing grows in comfort zone



Currently at the office doing some updates on my report yang tak siap2..sambil search for more literature to compare my works..

Missing my children at home. Sabarla ye..2 jam lagi nak balik jumpa diorang dan bawak diorang keluar jalan2..
Dah berapa bulan hidup aku camni...kesian sangat dengan anak2...rasa bersalah sangat sebenarnya tapi terpaksa..
buat masa ni aku kena datnang office kalau nak siapkan kerja..kalau stay kat rumah memang ke laut lah jadinya.
Lagipun nak buat simulation...kat ofis ni pc laju..nak cari literature pun senang guna server universiti..kalau kat rumah sangat terhad yang
free journals..


I know it's hard for now, but I believe Allah works in His mysterious way..there would be relief one day..I hope..InshaaAllah.
These few months were very challenging..I wont describe how tired I am because I know afterall I have to face this.
Apa pun ku redah saja. Ada masa down juga..aku tengok movie tak buat apa2 satu malam. Tapi esoknya bangun pagi kusambung lagi tugas semalam.
Apa yang aku belajar dari masa setahun ni, jangan sekali-kali berhenti dari belajar. Pernah satu hari aku rasa give up dan tak nak buat apa2,mood terbang entah ke mana, tapi
masa tengah jalan nak ke universiti aku nampak billboard bertulis 'Greatness starts when u don't stop' Tetiba rasa macam kena lempang, terus rasa hmm betul tuh, buat apa lah nak stop ni, teruskan je lah.:P


Kadang2 Allah tiupkan semangat dengan cara paling simple, macam tu je. Apa2 pun kena hadap juga sesusah mana kerja dan cabaran, bila kita cuba juga atasi perkara yang paling kita takuti,inshaaAllah lepas tu
kita jadi lebih kuat dan lebih tough gitu. Bukan sado ye.Tapi lebih kental sikit bukan lembik.


There's not one day I'm not thinking of going back home ke comfort zone ku yang rileks dan santai dari segi cabaran. Tak perlu susah2 nak speaking omputes, tak payah susah2 nak susun ayat bila nak bercakap, tak payah susah2 nak cari makanan halal yang rare kat tempat orang...dan macam2 lagilah. Bersyukurlah kalau dapat belajar di negara sendiri dalam keselesaan rumah dan keluarga sendiri kerana kami di sini setiap hari merindui keluarga dan rumah kami di sana..Sobssss. Moving on, I got to finish my report and do my presentation next week.

Please doakan daku di sini.