Alhamdulillah...baru lepas makan. Hehe. Kenyang perut suka hati.
Almaklumlah dari pagi2 lagi sibuk dengan task bawah O.B.E..aduhh penat berdiri lama2. Lepas tu kelas tutorial..tapi tak jadi sebab student blum masuk lagi bab baru. Sekarang nak rehat.
Oh semalam dah selesai praktikum untuk P&P..lega..alhamdulillah..walaupun aku ngajar macam biasa je, tak hebat pun.Haha.
Dada masih berbuku dengan kejadian 2 hari lepas. Susahnya nak lupa. Apatah lagi yang kena dulu adalah ibu kandung aku. Aku kecewa sangat dengan insan tersebut..kenapa kejam sangat. Apa guna mengaku tahu agama tapi tiada adab? Mengaku tahu apa yang akan jadi lepas ni plak tu. Ingat dia berkuasa sangat ke apa.Anak dia sendiri pun tak ada adab. Kurang2 pun didiklah anak sendiri dulu sebelum kata aku biadap. Tak gitu nye? Nak aje aku kata kat anak dia tu biar kurang makan, jangan kurang adab sebab memang tak beradab.Muahahaahaha.Tapi setakat ni belum lagi lah terkeluar walaupun dalam dada berbuku2.
Bila bercakap soal agama bukan main tunjuk hebat, keluar macam2 hadis.,tapi bila diuji sikit mula merungut2 mengalahkan takdir. Itu ke namanya tahu agama? Apa guna sibuk2 dengan kesalahan orang lain bila salah sendiri letak di tapak kaki saja? Apa guna kita beragama? cuba jawab. Balik2 nak cari salah orang, sedangkan kita sendiri nak bersyukur kepada siapa pun masih kabur. Bersyukur kepada bos kah sebab bagi gaji banyak? Isteri sebab pandai masak kari? ke anak2 yang bijak dan buat mak bapak kembang bermangkuk2. Semua tu dari siapa?Pelik la kan, bila dapat kesenangan macam2 orang yang diucapkan terima kasihnya. Tapi lupa berterima kasih kepada Pencipta.Bagi aku, eloklah kita perbetulkan diri kita, muhasabah diri kita sentiasa, sebelum kita sibuk2 nak cari salah orang. Bila jumpa memanjang cakap tak ada, tak cukup duit...macam aku nak mintak duit diorang, karang betul2 Tuhan tarik duit tu baru tahu. Cubalah bersyukur. Asyik cakap tak de duit.
Sesungguhnya aku berasa muak dan jelak dengan perangai orang senang yang sebegini. Bukan semua tapi dah banyak aku jumpa.Janganlah risau harta kau tu habis, sebab kalau kau risau pun kalau Tuhan nak tarik anytime aje.Kadang2 aku bosan jadi lembut hati dan cepat memaafkan..aku bosan berdiam bila dicaci tak bertempat. Bila kita diam orang kata sombong, habis tu kalau bising orang kata kita bermegah2 pulak.
Ni luahan perasaan je, jangan ada plak yang terasa, it's not about my friends at all. Got to stop...have meeting this evening..huarghhh...letihnya kawe.
.::FaceBook::.
9 years ago

No comments:
Post a Comment