Friday, May 6, 2011

Jumaat yang nyaman

Friday again.ALhamdulillah.Minggu yang tak produktif..kebanyakan kerja dah siap,alhamdulillah dan lepas tu bosan tak ada kerja.


My sisters and amar just left this morning.Sodih hah.Sobsob..petang ni balik rumah sorang2 la semula.Suami kata nak pulang hari ni tapi tengok juga situasi,entah2 tiba2 bz mcm semalam.Huuuuu. Baby je la yg setia temankan ibu ye...:) bukan sekadar peneman, tetapi penghibur juga...sampai senget2 perut ibu dia..hihih.


Rumah sudah selamat dikemas dengan bantuan kakakku.Kalau harapkan aku, alamatnya tak tau la bile nak siap kemas.Terima kasih kakak..hehehe.Sanggup datang jauh2 nak tolong kemas rumah.Tak sempat bawak amar jalan, sebab weekdays..malam aku memang tak larat nak drive,kalau suami ada tak apa juga.Kesian amar,main kat dalam rumah je la dia.Tu pun dah bosan sangat, asik cari abah dia je yang dia tinggal kat kb.Hahaha.

I love my family...:( huaaaaa. Nothing is more precious other than my beloved ones..family and my husband..and our little baby inside.


Kadang2 kita terlupa untuk bersyukur.Kita selalu memikirkan apa yang tidak cukup dalam hidup kita ni.Teruk kan? Padahal semua nikmat yang Dia beri adalah sangat banyak serta tidak terhingga. Dan nilai duit tidak boleh disamakan dengan nilai persaudaraan atau persahabatan. Sensitip kalo sebut pasal duit kan.Hihih.


Semalam terbaca status seorang rakan di fb,'kalau nak berkira sgt pun, janganla sampai menyusahkan hidup orang lain'. Aiseh. Cliche tapi benar. Amat benar. Sebab aku pernah alami jugak. Memang ada yang terlalu berkira atau nak berjimat sampai orang lain yang rasa terbeban. Ok tak nak ulas panjang2, tapi dalam hal begini kalau ditimbang2 semula dengan akal lah, tak ke mana jugak jimat pun, sebab mesti Tuhan akan tarik dari kita pulak dalam bentuk yang lain. Macam kereta asik buat hal ke, masalah kerja ke..ape2 jelah cuma kita je yang tak terfikir. Peringatan untuk diri sendiri jugak nih. Dan aku penah terdengar kat rancangan apa tah, sorang ustaz ni kata kalau nak bersedekah tak semestinya kepada orang susah. Kalau kita bagi duit kepada ahli keluarga pun dikira sedekah juga. Tapi kita takla sebut sedekah masa bagi tu..cuma dalam Islam ia dikira sebagai sedekah. Jadi rajin2lah memberi kepada ahli keluarga kita. Itu yang utama. Sebab dalam dunia ni pun keluarga la tulang belakang kita pun. Duit tak dinafikan memang penting dalam hidup tapi keluarga adalah juta2 kali lebih penting. Kalau kita rasa gaji tak cukup besar untuk memberi kepada ibu bapa atau adik2, memang sampai bila2 lah kita takkan mampu memberi.Biar sedikit tapi berterusan, itu yang penting. Kan2. Lagipun bila kita ikhlas, Dia akan balas dengan lebih banyak lagi. InsyaAllah.. Gaji yang kita dapat bukan 100% hak kita pun, sebahagiannya memang Tuhan dah tentukan sebagai punca rezeki untuk orang lain juga. Kalau dari segi hutang pula, kalau kawan2 nak berhutang tapi kita dah tahu dia memang susah nak bayar hutang, kata guruku kita bagi je setakat yang kita mampu, misalnya dia nak pinjam 3000, tapi kita rasa tak ikhlas nak bagi sebab dah tahu dia ni susah nk bayar kan, kita bagi je 300 pun boleh. Hihihih.




Eh tetiba bercakap soal serius plak, slalu melalut2 je kan. Hehe. Niat di hati ni teringin sangat nak pergi conference dalam tahun ni, kalau hujung tahun pun ok lagi..boleh bawak baby dan suami berjalan2.:) Semoga Tuhan permudahkan. AMin.



Untuk sahabatku doc Hamidah, semoga Tuhan permudahkan ko nak bersalin bulan ini.Aku doakan ko tenang dan cool sokmo. Jangan soping banyak2 sgt k, jangan membazir. Hehehe.Simpan untuk soping dgn baby plak nnt. Udah2 le makan kek carrot kamu tu.Hoho.


SElamat hari jumaat!

No comments:

Post a Comment