Thursday, May 12, 2011

Oh Ibu!

Saya tak ada buat entry bersempena hari Ibu. Tapi saya memang sayang ibu2 saya. Lebih2 lagi sekarang saya juga akan menjadi seorang ibu. Ye, seorang ibu akan menyayangi anaknya sebelum kelahirannya. Walaupun masih belum bertemu atau bertentang mata. Sayangnya tiada batas. Itulah kasih ibu. Saya mengerti kini. Walaupun saya bukan seorang anak yang baik dan sempurna tetapi saya menyayangi ibu2 saya di segenap ruang hati. Saya memang seorang anak pendegil semasa kecik dahulu, pelasak dan manja juga. Lebih2 lagi dengan arwah ibu saya. Yang banyak berkorban masa dan tenaga membesarkan saya. Permintaan saya tidak pernah tidak dipenuhi. Saya diberi pilihan untuk menentukan hala tuju hidup saya dan masa depan saya. Tidak pernah dikongkong dengan momokan atau kata2 negatif apabila saya mahu mencuba sesuatu yang baru. Arwah ibu memberi kepercayaan melebihi 100% kepada saya. Yang mendidik saya berdiri atas kaki sendiri, lalu jadilah saya seperti kini. Saya tegar berbuat sesuatu dan tidak pernah berasa tidak mampu jika saya mahu. Itulah hasil didikan arwah ibu. Amat jarang cita2 saya dihalangi, malah tidak pernah sama sekali. Arwah ibu saya tiada pelajaran tinggi, tapi amat kental orangnya. Tegas tapi tetap seroang ibu juga. Air mata kadangkala menjadi temannya. AIr mata itulah yang menjadi kelemahan saya dahulu. Mungkin kerana itu saya jadi tidak pernah sampai hati menyusahkan hati ibu. Saya mahu yang terbaik untuk keluarga saya..hingga kini.

Ibu kandung saya juga telah banyak berkorban mengandungkan saya melebihi 9 bulan. Menanggung susah sakit semasa menunggu kelahiran saya. Bersendiri tanpa arwah ayah. Mereka bercerai semasa saya masih dalam kandungan. Angkara manusia iri hati dan tamak. Tapi biarlah, Tuhan Maha Adil. Masing2 sudah dibalas dengan sewajarnya. Dan ia bukan salah ayah atau ibu atau sesiapa. Ia qada' dan qadar Tuhan. Saya terima seadanya. Mungkin sebab ini kadang2 saya rasa takut untuk menjadi ibu. Takut tak mampu menjadi ibu yang baik. Ibu yang disayangi anak. Ibu yang sentiasa dikenang. Saya takut dan ragu2.


Dalam doa saya, hanya mahu ibu kandung saya bahagia, sihat dan ceria. Biarpun saya tidak dapat selalu menemaninya..lebih2 lagi dengan keadaan saya kini. Saya mungkin bukan anak yang sempurna untuk ibu saya,banyak kekurangan tetapi saya tetap sayang ibu saya. Biar apa orang kata. Hanya Dia yang tahu hati saya.

Saya sayang ibu2 saya, begitu juga ibu mertua saya yang telah mendidik suami saya menjadi lelaki penyayang dan membahagiakan saya dan si kecil dalam rahim ini. Cuma didikan yang kami terima mungkin agak berbeza. Namun, kami lah nanti yang akan mendidik amanah kami pula selepas ini. Insyaallah..:)


Okla, entry ni buat mata berasa pedih ibarat terkena cili. Saya mahu menyiapkan poster untuk mesyuarat focus group esok.


Saya sayang mereka semua!

No comments:

Post a Comment