Sunday, December 11, 2011

Long lost and found again

Tajuk bukan main lagi. I mean this blog, mcm terabai betul. Tapi tak apa blog terabai, jgn anak dan suami terabai ye kawan2.

Sekarang susah nak ber blog di laptop,setting blogger dh macam pelik sikit. Saya nak umumkan kuliah sudah hampir tamat...sungguh gembira. Eceh tetiba. Mood sekarang adalah mood hujung tahun. Mahu cuti2 Malaysia..almaklumlah nak habiskan cuti. Konon macam cuti berlebih2.

Cakap pasal cuti saya nak cerita atau ulas tentang hotel de Palma inn shah alam. Saya ke sana 2 minggu lalu atas urusan kerja..Angkut anak sekali..Dan tentulah suami juga..kalau tak siapa nak jagakan anak.. Ni gambar medina masa baru sampai kt hotel tu. Nampaknya medina sorang je happy..:p

Sungguh terkujat melihat bilik yang lebih kecil dari sekangkang kera. Cadar pula buruk Dan Ada banyak kesan kotor. Memanglah murah 150 je satu malam tapi agak-agakla kan. Sungguh serik nak bermalam kat situ lagi. Memang lesson learnt, pilih yang mahal sikit asalkan selesa. I forgot shah Alam is a big city. Mungkin dah terbiasa kat Kuantan resort harga yang sama boleh dapat bilik yang luas sampai boleh main kejar2. Kami pergi berkumpulan..semua tak puas hati..mujur satu malam je. Tapi sarapan dia okla..not bad..Cuma bilik je macam tak nak bagi orang sewa..:p

Yang penting medina happy:) ni first time dia bermalam kat hotel..okla tu nak..ibu kecik2 dulu tak pernah pun tidur hotel. Hehehe.


Nak pergi bercuti kat langkawi tapi tiket tengah mahal. Ada browse tiket airasia 10 sen tu tapi masa tu tak boleh nak book, credit card tak Ada. Esoknya dah sah2 la gagal sepenuh2nya.

Dah lenguh tangan menaip.. Sekian dulu. Nak mandikan medina.

No comments:

Post a Comment