Hujung minggu yang singkat. Musim monsun timur laut sedang melanda. Sejuk. Memang sejuk. Anak asyik nak tidur. Ibu asyik nak jamu mata online window shopping. Hehehe.
Berita semasa heboh tentang peningkatan gaji staf kerajaan. Kalau ada, Alhamdulillah. Memang ada tapi untuk Gred DS macam kabur, tidak jelas. Gaji guru naik banyak, heboh di fb. Ye guru kan ramai, kalau tak naikkan gaji, mereka pengundi majoriti. Hehe. Apa2 pun bersyukur dengan rezeki yang Dia bagi. Tiap orang Ada bahagian masing2.:)
Medina dah mula weaning semalam. Purée epal untukmu sayang. Ibu nak beli pisang tapi ibu banyak sangat perkara nak urus hingga lupa beli. Hihihi. Nanti lepas ni kita cuba pisang ye. Medina suka epal..bersemangat dia makan. Abis comot bip dan baju. Hari ni ibu pakaikan bip getah Bumble Bee. Yang griptight tu. Mujur Ada beli hari tu, lebih sesuai dan mudah nak lap. Sesuai dengan jiwa ibu medina yang tak berapa rajin. Kihkih.
Catatan dah nak berakhir. terima kasih buat suami kerana hadiah smartphone ini semasa melahirkn Nur medina..ternyata sangat berguna kini. Masa suami beli, saya tak berapa puas hati, macam membazir je bukan murah. Tapi kini saya sedar sebagai ibu berkerjaya, ia memang mudahkan kerja.. Terharu rasanya. Ok. Have to stop, nak temankan medina..
.::FaceBook::.
9 years ago

No comments:
Post a Comment