Saturday, April 18, 2015

When your mind gets tired..

Alhamdulillah I just done with my last paper yesterday. Sedikit kelegaan bertamu di hati. Apa result tak mahu fikir lagi...nanti lah... I dont know how I did it yesterday. Ada yang boleh jawab dan ada juga yang tak boleh. Aku tak faham soalan tu nak apa...tanya je lah lecturer tu..dia explain pun aku tak faham2 jugak...wuuuuu...mesti dia stress kot eh ade student cam aku ni. Suam2 kuku je...hahahhaa..gelakkn diri sendiri. But overall..that lecturer helped me a lot...aku bertandang ke bilik dia hampir 2 jam seminggu untuk bertanya soalan..memang banyak yg aku tak faham pun. Kadang2 blur jugak tak tahu nak tanya soalan apa, tapi mesti pergi juga jumpa..tanya je lah apa2 yang boleh ditanya. Syukur Allah datangkan pertolongan melalui orang lain. Aku tak ada kawan seperjuangan. Kawan2 lab ade juga yang baik2 tapi aku segan nak tanya lebih..mujurlah lecturer tersebut offer untuk tolong. Peluang jangan sesekali dilepaskan. Hehe. Tapi biasalah mat saleh..cakap kemain laju..aku pun tak paham kekadang.. asik 'pardon?' manjang...sabo je la. Kadang muka aku berkerut2..tak faham. Aku tengok jenuuh jugak dia bagi contoh nak suruh aku faham. Alhamdulillah ada yang aku boleh faham. Banyak jugalah berbanding sebelum ni. Alhamdulillah..alhamdulillah. Walaupun tidak semua..sikit pun sudah memadai. Belajar lah untuk bersyukur.. Mungkin otak ni dah tumpul sebab dah lama tak paksa faham equation yang susah2..term2 yang erk..emm susah nak imagine. Advanced Dynamics requires a lot of engineering mathematics skill. Tapi dalam kepala lecturer ni..adusss macam dia boleh congak2 aje...aku ni terhegeh2 nak faham. Rasa macam tak pernah dengar pun ada? Terasa sungguh kerdil diri ini... *krik krik krik* Last week on sunday we had an evening stroll aroung the university park..dekat je dari rumah..about 10 minutes away jalan kaki. Inilah tempat kami beriadah dengan anak2..lebih2 lagi sekarang cuaca dah makin warm..jadi sangat selesa nak keluar. Kesejukan sudah beransur pergi...tapi bila petang tu chilly jugak bila angin kuat.. Each day passed by, i feel more comfortable here. I get the rythm of this place...i start to like this place bit by bit. InshaaAllah we'll be going to Niagara Fall this May...celebrating the coming of summer soon.. Tak pernah terfikir dapat sampai ke tempat yang menajdi salah satu daripada 7 keajaiban dunia tu. Masa sekolah dulu ade la berangan...tapi tak lah nampak suatu hari akan dapat pergi. The joy of being at a foreign country..:) Dalam kepayahan pasti ada terselit kesenangan..inshaaAllah itu Dia dah janji kan.. Usah bermuram durja dan bersedih hati andai dugaan datang melanda.. Yakin pada Dia..inshaaAllah hati kita tenang.

No comments:

Post a Comment