Entering 37 weeks..alhamdulillah everything still ok. Esok last day kerja, jumaat balik kb, sabtu ada temujanji dengan doktor di sana. INsyaallah semoga perancangan ini berjalan lancar.
Tadi baru selesaikan borang cuti bersalin, kena isi borang sebab mintak cuti maternity awal. Ye, sekarang ada pekeliling baru yang membolehkan kit acuti dua minggu awal dari EDD. Alhamdulillah. Mula2 dh pasrah bila HR kata tak boleh tapi bila semak pekeliling rupanya ada dinyatakan. Maknanya?orang HR tu sendiri tak alert walhal tu bidang kerja dia. Dia incharge bahagian cuti, mana boleh tak tahu? siap kata aku tanya siapa? ceitt, bikin panas je. Kalo tak boleh cuti awal, rugi la cuti rehat aku, lepas ni banyak lagi nak guna kan.
Minggu lepas pergi kenduri lagi kt Seremban, gigih tak ibu yang boyot ni?hehehe. Ade gambar bersama perut boyot tapi segan nak letak kat sini. Tunggu lepas bersalin seperti yang dijanjikan sebelum ni.
Minggu ni memang berdebar2 sebab doktor kata anytime je baby akan keluar sebab dah full term dah. Cuma last check up masa hari ahad, doktor kata baby belum engage lagi. Tapi sekarang tiap masa berjaga2, alert dengan sebarang tanda2 awal.. Suami memang balik tiap2 hari minggu ni, ada dia kurnag sikit risau waktu malam. Tinggal seorang dengan perut besar, mana lah tak risau..lebih2 lagi bila doktor kata anytime by now..memang berdebar sangat.
Esook kene pergi kerja lagi, masih drive sebelum ni tapi esok nak tumpang member opis je, rasa tak daya nak paksa diri drive dah. Memang tak larat dah. Masa kenduri sabtu lepas pun aku takda tolong banyak. Dan tak mahu paksa diri. Tapi kenduri meriah, seronok, baby dalam perut pun tendang dengan sangat aktif..dia suka kot ramai2 orang tanya pasal bila dia nak keluar jumpa ibu dan ayah dia...hihih. Tak duduk diam langsung sepanjang hari. Tapi masa on the way balik kuantan, perut asyik mengeras je, selang 5-10 minit tapi tak constant. So aku agak tu braxton hicks. False alarm, mungkin sebab aku aktif dua hari tu..jalan jauh..lepas tu turun naik tangga kat sana, bilik kn kat tingkat atas.
Kawan2 semua tolong doakan kami ye..im not sure whether i wud blog or not after this day sebab banyak urusan nak setelkan bila dah balik kampung. Coverage broadband kat sana plak faham2 lah macamana. Once dh selamat melahirkan, i will let all of u know. Just pray for me, for us..Dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki andai ada salah dan silap yang telah aku buat secara sedar atau pun tidak...Semoga Dia permudahkan segalanya..
.::FaceBook::.
8 years ago




