Hari ni rasa ada mood nak publish beberapa gambar majlis tunang yang dah basi..mari lah ye kita lihat bersama2..muahahaha
terima lah gambar sebelum majlis yang tak berapa semenggah ni.baby tu ialah sepupu..maaf tak ingat nama..haa ingat dah..nursyafiqah..kalau tak silap.Hehehe..sepupu kecik ni jarang jumpa..tapi suka main dengan dia..tak banyak ragam..baik je..kalau pegang dia..dia tengok je kita..tak nangis tak apa. Bejurus la ore kelate kata..kihkih.
Ini gambar selepas dah sarung cincin..di pelamin sanding. Majlis tunang ni kira formality lah..yang iye nya dah merisik tahun lepas dan plan asal nikah terus. Tapi atas permintaan ibu mertua ku, aku akur jugalah untuk adakan majlis tunang ni..Mudah memang mudah sekali harung tapi letihnya berminggu2 tau..Baju tunang ni akak aku yang hadiahkan..make up pun sepupu aku yang tolong make up..mak andam tak cover make up tunang. Lepas majlis ni aku kelam kabut tukar baju dan cuci muka untuk make up majlis nikah pula.Memang tensen tahap gaban juga masa tu sebab pakcik2 dah sibuk suruh mak andam cepat2 sebab pengantin lelaki dah siap.Hish..tensen tau..aku buat tak faham je sebab xmau makin tensen..hahaha.Biar je lah pengantin lelaki nak tunggu..apa salahnya sekali sekala..wakakakaka..boleh tak gitu?
yang last ni gmbr sepupu merangkap tukang make up masa tunang..make up tu sume idea dia..aku tak tahu menahu..haha mana la pandai kan. Malam sebelum siap praktis lagi make up tu, lepas tu kne pakai inai lagi..dan try baju sanding, aduhh memang letih...tdo plak atas lantai je sebab tak nak cadar kotor terkena inai yang aku pakai.Malam tu masih touch up hantaran lagi..penat woo smpai last2 aku belasah je lah, dah tak larat nak pk dah..paksa pengapit, cik inda buat skali.Hahhaaha.
Bila pk balik, masa nak dekat majlis tu aku tak sempat nk bermesra dengan sedara mara ku yang datang dari jauh..sebab terlalu sibuk menguruskan hal baju lah, hantaran lah, bunga telur lah..mujur adik aku dengan anak buah bersungguh2 tolong isi bunga telur.Sorang mana nak cukup tangan..huu. Apa2 pun aku bersyukurlah semuanya selamat akhirnya.Lepas sah akda nikah, memang rasa lega sangat...hilang semua ketakutan dan kerisauan selama ni...masa nak sanding dah tak berdebar dah..Tapi letih tu memanglah letih..
Kawan baik aku si nane datang ke majlis aku tapi aku tak sempat nak layan dia lama2..sempat cakap sekejap je..terkilan juga tapi apa boleh buat. Lepas majlis nane kata kesian aku kena buat semua sendiri.Aku lah wedding planner nya, aku lah jugak pengantin.Hahaha..lawak pun ada. Dahla masa pagi nak nikah tu, aku suruh abang aku pegi letak tanda arah kat jalan utama, dia tanya plak nak letak macamana..adoiiii tu pun aku nak pk jugak ke? Lepas tu aku buat2 merajuk dan suruh dia yang pk.Hua3...sebenarnya kepala aku dah nak pecah masa tu..haiyohh..
Okla..nak sambung buat kerja..merindu suami..semalam dia kata nak balik tapi tunggu2 pukul 10 baru dia habis keja.Dia nak balik tapi aku kata tak payah.Walaupun dalam hati nak dia balik tapi aku bukanla selfish. Tak sanggup nak biar dia drive jauh2 dengan penat2 balik kerja tu.Tapi aku merajuk dengan dia, tak jawab call dia sampai pagi ni..sedih tinggal sorang2..huaaa..sebenarnya aku tak marah dia pun..aku rs kesal dengan keadaan ni..ke aku marah bos dia yang paksa2 dia stay sampai lewat? aik tetiba nak marah bos orang pulak. Ada2 je lah kau ni kan..drama queen. Hoho...korang mana tahu perasaan ibu mengandung camana...sensitif sangat2 tau..sobsob...hoho..
Sudah2 la tu...nak bawak bertenang sendiri...huu

No comments:
Post a Comment