Salam all.
Tidak..huluran salam ini tidak membawa maksud aku dah merdeka dari segala kerja2 tak munasabah itu tapi haku rasa hati dah mengecik. T _ T Lalu marilah kita luahkan pada blog yang tak ada perasaan ni.Sebab kalau blog ada perasaan, aku konpom dah kena sembur balik.
Hari ni mood agak gloomy.Sebab? yang utama mestilah pasal kerja yang tak siap2 walhal esoklah kena present. Tapi terdapat banyak sebab sampingan selain sebab kerja.
Antaranya ialah aku rindu kawan2 rapat aku.Mana semuanya menghilang pada waktu aku memerlukan sokongan moral untuk menghadapi hari2 yang mencabar ini.Eceh.Masa mereka sibuk buat persiapan nak kahwin,aku pun turut rasa kemeriahannya dan berkongsi perasaan tersebut.Sekarang giliran aku, semua buat2 busy.Aku kecik hati ni.T _ T Aku malas layan semua mulai hari ni.Eceh.Padahal..nati2 esok2 ok balik.Takpelah..untuk hari ni aku nak merajuk dengan mereka semua.
Aku faham semua sudah ada tanggungjawab dan komitmen yang lebih penting,dah tak ada masa untuk layan perkara2 remeh yang sedang aku fikirkan kini.Tapi bagi mereka memangla remeh,namun penting bagi aku.Kawan2 yang dah berumahtangga dulu beria kata itu ini bila aku nak kawen,tengok sekarang semua tak kedengaran langsung soksek2.Sedih haku.T _ T Ni yang nak merajuk nih.
Bila aku cakap hal persediaan kawen je dah mula tak layan.Ni mungkin anggapan aku je.Tapi tolonglah jangan cakap semua ni remeh.Walaupun ia memang benda yang remeh.Tapi yang remeh pun perlu juga bagi melengkapkan perkara yang lebih besar.
Alah.aku tahu ni cuma perasaan sendiri je sebab mood tengah tak berapa baik.Hormon tengah tak seimbang.Nanti ok lah tu.Kawan2 tak salah pun..aku tak kisah pun sebenarnya sebab aku tahu mereka ada banyak hal yang lebih penting untuk diambil tahu daripada melayan cerita aku.
Oklah khamis ni aku nak balik aku taknak bagitahu korang aku nak duduk senyap2 je sorang2 kad kahwin pun aku mals bagi korang bukan nak datang pun.T _ T hahahah sensitip tak tentu pasal.Serius aku tengah gloomy sekarang ni.Aku tengah buat kerja tapi aku teringat veil nikah.Lepas tu lagi tetiba teringat bakul hantaran yang tak beli2 lagi.Hadoi la.Sebelum balik ni kalau sempat nak pergi beli terus tapi rasa macam tak sempat je.Eee tak suka lah ada banyak perkara pending dalam otak ni.Dah la kena pikul sorang2...T _ T
Tadi dah terima kad kahwin versi jemputan keluarga.Cantik..walaupun murah sangat.Kalau kawan2 yang belum kahwin nak tempah kad yang murah,silalah ke kad-ekonomi.com ye.Semuanya murah2 tapi kualitinya bagus.Tak percaya tanya saya.Kihkih.Overallnya puas hati lah dengan kad tu..kertasnya pun taklah lembik walaupun harganya murah.Kad versi untuk kawan2 pula saya belum terima..untuk kawan2 special sedikitlah.Tungguuuu! [eh tadi kata xnak bagi?]
Kad yang aku tempah semuanya harga murah sahaja sebab aku tak nampak keperluan sekeping kad kahwin untuk dilaburkan wang yang banyak ke atasnya.Kalau kedekut cakap je lah.hua3.Yang penting ada peta dan alamat majlis.Dekorasi tu berpada2 lah.Kad kahwin je pun.Lepas majlis konpom orang buang.Kalau ada yang nak buat koleksi pun mungkin nisbahnya 1:100.Macam akulah salah sorang yang suka kumpul kad kahwin.Tapi lepas ni tak tahulah.Haha.
Aku pun tak tahu apa yang aku runsingkan sampai gloomy sebegini sekali.Otak aku ni rasanya dah tumbuh cabang2 banyak sangat.Dah macam tanduk rusa dah haih.Cabang tu pk baju kahwin,cabang ni pk bornag nikah,cabang lain pk baju nikah selendang nikah tudung nikah.cabang yang lagi satu pula pk hantaran, hiasan hantaran.Cabang yang lain kepada lain pula pk bunga telur, doorgift.Cabang kepada cabang pula pk nak kena menjemput sedara mara di serata mesia sedangkan cuti yang aku ada sangat terhad.Cabang kepada cabang kepada cabang plak aku raa rindu kat arwah mak aku sebab kalau arwah ada mesti dia hepi sangat aku dah nak kahwin.Arwah ayah pun sama.Tu yang buat aku paling sedih antara banyak2 cabang tu.Sampaikan aku selalu rasa orang lain yang ada mak dan ayah sangat bertuah berbanding aku yang kena hadapi semua ni sorang2.Tanpa pendapat mereka..tanpa sokongan mereka.T _ T Bertuah jika kamu masih punya ibu tempat mengadu. Tapi aku masih punya ibu kandung..cuma aku tak pandai nak mengadu dengan mak yang ini..kekok,lagipun aku taknak mak aku susah hati sebab masalah aku yang remeh2 ni.Biarlah mak dapat tenang2 je walaupun anak dia yang seorang ini nak kahwin.Aku tahu mak seronok sangat sebab dah lama nak tengok aku dan si dia kahwin.
Alamak aku dah merapu plak cerita hal lain.daku tak stress,belum sampai ke tahap tu lagi,tapi kalau boleh aku nak ada ruang untuk aku selesaikan semua ni satu persatu.Tapi mana mungkin,tugas aku berlambak2 perlu diselesaikan.Kan aku sudah bilang,bermula semester baru,tiada lagi waktu untuk aku enjoy menunggu hari perkahwinan.Yang aku rasa sekarang ni nak cepat selesaikan nikah.Sungguh la tak best rasa macamn ka..sepatutnya waktu ni lah nak nikmati sepuasnya..detik2 yang indah lah sepatutnya kan?hua3.Ada2 je la kan.
Masa kahwin nanti pun aku tak rileks sebenarnya,lepas cuti tu ada tugasan lagi..dan lepas tu final exam pula.Haihh.BUlan disember baru aku boleh berehat dengan agak tenang sedikit..insyaAllah.
BUat masa sekarang ni aku kena plan masa betul2 sehingga tarikh nikah tu.Ada lagi tujuh jumaat.Tiap2 minggu dah penuh dengan agenda bermula minggu ini iaitu pulang ke kampung untuk selesaikan borang nikah.Minggu depan ke bangi pula kerana urusan peribadi termasuk kahwin.Minggu seterusnya raya kan..ke kedah bertemu keluarga ibu ku.Minggu selepas raya ada photoshoot[itu pon kalau jadi lah sekiranya tiada halangan kerja].Minggu seterusnya vetting final exam questions [urusan formal T _ T] minggu last sebelum berkahwin nak ke sepa [please figure out what is it] dan jumaat yang paling last adalah sehari sebelum nikah..dah konpom tak dan nak buat apa dah hari tu..aku rasa aku jadi blur je macam biasa bila ada event penting T _ T kerja semua tak jalan dah.
Tahu tak apa yang aku teringin nak buat sekarang?hujung minggu yang rileks dan boleh bersantai dengan fikirang yang bebas tanpa cabang2 rusa..aku rindu! T _ T
Sekian laporan cuaca mendung [gloomy] untuk hari ini.
.::FaceBook::.
9 years ago

No comments:
Post a Comment