Wah..macam tak percaya dah lebih 10 hari kita puasa..subhanallah! cepat sungguh masa berlalu..
Hari bekerja aku memang tak daya nak update..kadang2 buka juga blog untuk taip entry baru tapi akhirnya sign out semula.Bukan tak ada idea.Terlalu banyak yang nak diluahkan.But the feel just wasn't there lately.
Workload tak usah cakaplah..setiap hari aku mengusung berkoyan2 kertas test untuk ditanda,kat belakang bawak laptop lagi.Ayoyo...dh ada muscle agaknya aku ni kan.Agak2 ada tak macam incredible hulk?erkkk..buruk bebenor.kihkih.
Esok ni ada orientasi kat kampus gambang.Jadi tak perlu bersua dengan kambing dan lembu di kuala pahang..hahahah.Pagi tadi sabar je lah, ada sekor lembu tu,dia berdiri rileks je kat atas jalan.Adehhh...kenala..tunggu lane sebelah sana kosong baru aku gerak.Banyak kereta beratur kat belakang semata2 kerana lembu itu.Lepas tu aku rasa nak gelak sorang2 disebabkan terasa lucu dengan panorama setiap hari sekarang ni.Lembu oh lembu! tapi lembu tak salah..bahkan lembu itu lagi suci dari kita manusia yang sering berdosa ini..T _ T
Sempat ke tak ni nak siapkan marking beratus2 lagi kertas test sebelum BO*E selasa ni..Haihh kenapa lah hidup ini banyak sangat peraturan dan prosedurnya? Aku letih...huaaaaa. Manusia mewujudkan pelbagai piawai dan peraturan untuk memudahkan siapa? Aku tak rasa mudah pun..aku rasa penat..T _ T baiklah2 aku tahu objektif semua ini..i just cudnt see the points..
Baiklah..let's moving on to another topic.Next week im going back to home sweet home.Untuk ambil borang nikah dan ukur baju nikah.Ok,tahu lah aku yang paling lewat dalam dunia nak uruskan ni semua..tak yah jeling2 i k.hehe.Selepas selesai boe next week,maka lega lah sikit sebab tak ada orang nak kejar dah tapi sekejap je lah.September nanti adalah bulan menguruskan soalan final exam pula.Tak mengapalah..bagi orang yang tak punya banyak waktu,sekejap pun cukup bermakna dari di buang2 begitu je..eceh.macam best je hang ni.
Masa yang sekejap di mana tak berapa banyak kali boleh kelip mata tu akan digunakan untuk pergi finalise baju sanding, ukur baju nikah, ambil borang nikah dari imam masjid tempat akad nikah nanti,cari tudung nikah, cari cenderahati rakan2 taulan, dan ape2 lagi lah dah tak ingat dh.Jika terpaksa minggu berikutnya mungkin kena balik lagi.Dan minggu selepas tu pula raya,balik lah beraya.Tak de feel sangat nak beraya sebab otak dah penuh memikirkan hal pernikahan yang tak selesai2 sampai orang yang baca pun dah muak kan.Sabarlah ye..lepas saya nikah nnti,saya dh tak memualkn anda dengan hal2 yang tak selesai lagi.Hahaha.
Jadi memori2 yang tak perlu dan membazir ruang otakku ini perlu lah di delete.Misalnya berkenaan orang2 atau kejadian2 yang pernah melukakan hati sehingga berdarah habis2an kini perlu dibuang.Bagi menyediakan ruang untuk perkara yang lebih perlu seperti bunga telur nak warna apa?buang rampai nak suruh siapa buat?bunga hantaran dah cukup ke belum?pelamin nanti nak pasang kat mana?inai nak pakai yang segera atau nak ambik dari pokok?kek nak tempah ke tidak?perlu ke?make up nk test dulu ke tak payah?ke belasah aje macam aku selalu buat?hahahah.Sungguhpun semua persoalan ini tidak begitu mustahak bagi kamu,namun buat masa ini ia mustahak bagi saya berbanding perkara2 yang membuat hati terhiris atau sebu.Sesungguhnya lebih baik lah kita fikir yang bahagia2 saja daripad ambil tahu hal2 yang menyempitkan segala2nya atau membuat kita berasa seolah2 tiada harapan..Orang nak kata apa lantakkan aje bukan dia bagi sumbangan pun kat majlis kita ni.Huhuhu.
Aku nak buat apa yang termampu je.APa yang aku suka dan keluarga mahu je.Tapi persoalan penting yang membuat aku kusut masai kini ialah borang nikah.Selagi tak selesai selagi itulah aku tak tenang.
Tapi tidur lena je..makan pun berselera.Mandi sudah tentunya basah bila kena air paip tu!
Selamat berbuka puasa~
.::FaceBook::.
9 years ago

No comments:
Post a Comment