Tengahari tadi pegi Cow*boy lagi...nampaknya tempat ni dah jadi port lepak aku sekarang.Well...what to do...(^ ^)
Lama tau kat kedai tu tadi..percaya tak aku kat sana hampir 3 jam? :?
Aku sendiri tak sangka bleh lama macamtu sekali.Kebetulan tengah uzur kan, so bleh lepak tanpa risau terlepas waktu solat.Hihih.Nak tahu ke aku buat ape 3 jam tu?? jeng..jeng..jeng..sila lah suspens sekejap..
****
***
**
*
*
*
*
*
*
*
Udah2 la tuh...meh kita lihat hasil yang telah diperolehi setelah meluangkan masa yang bukan sekejap..Memang sahlah bunga bukan sekuntum,tapi berkuntum2..T _ T
ni dia semua untuk hiasan hantaran kedua2 belah pihak.Puas hati den.Asik pikir je tak habis2, baik beli terus..letak situ takyah pikir dah.Camane nak buat?itu tak usah pening kepala lagi.Kalau paling takde idea sangat, susun2 jelah bunga2 tu dalam bakul hantaran. Cantik jugak...T _ T
Satu version tulip pink, satu lagi version daisy purple dan putih.Kita tunggu hasilnya dalam beberapa bulan lagi.
Shopping sorang2 tadi macam biasa, belasah je tanya akak mana tah..'kak,sesuai tak warna ni gabung dengan yang ini?'[sambil tunjuk bunga2 yang banyak.Akak tu layan je..'sesuai..oklah tu warna dia masuk.':) Tak malunya tanya kakak orang lain T _ T Orang lain semua datang berteman dengan emak atau kakak2, tapi saya sorang2 padahal tak tahu apa2 pasal bunga.Kalau kakak saya datang sekali ni mesti dia suka sangatlah dengan bunga yang banyak tuh.(^ ^) entah2 sehari suntuk pun belum tentu dia siap pilih..huhuuu.Bunga2 ni lepas selesai majlis nanti mungkin jadi milik dia...lagipun aku tak minat pun nak letak bunga banyak2 kat rumah.Hihih.Kalau bunga hidup tak apa kerana ia menyumbang oksigen untuk kita sedut.Dah cerita pasal sains pulak.T _ T
Tapi kadang2 seronok juga shopping sorang, sebab boleh belek satu2 sampai puas hati, sampai rasa tak ada cacat celanya dah barang yang kita pilih tu.Kan?kan? Tak perlu berkejar2 nak capai je apa yang dapat.Aku siap pusing 3 atau 4 kali.Ambik yang itu,nampak yang lain plak cantik.Ambik yang lain plak,nampak yang lain2 lagi cantik..T _ T Sampai rasa nak borong semua..too much lah u! :p
Perkara begini sungguhpun nampak remeh tetapi yang remeh2 ni lah yang makan banyak ruang dalam otak kan.Jadi sementara aku masih agak lapang,lebih baik lah selesaikan apa yang boleh dahulu.Kalau asik fikir dan fikir, satu apa pun tak jadi.Betul kata Reck sebelum ni, tak payah pk lah, ko beli je terus.Hikhik.Kalau tidak,mahu tidur..bayang2 segala macam perkara datang-kad kahwin, hantaran, pelamin [sebenarnya yang ni tak sangat] dan entah apa2 lagi lah yang orang lain tak akan terfikir punya untuk fikir.Bangun tidur pun begitu juga tau.T _ T
Aku berdoa..cepatlah tiba bulan oktober [eh bulan oktober je nak buat apa, cepatlah nikah..heheee] Aku tak harap pun semuanya perfect 100%, tapi tu lah sebab aku ni jenis yang susah sangat nak harap kat orang, aku nak selesaikan semua sendiri.Ni aku bukan saja2, aku sudah terdidik begini.Baguslah sekurang2nya aku tak susahkan orang lain kan..Terima kasih arwah ibu dan ayah kerana telah mendidikku sehingga aku mampu berdiri di atas kaki sendiri.Rindu ayah dan mak...
Ok,topik dah terlari.Mari kita jamu mata lagi dengan gambar bunga.Kali ni bunga mahal pula.Yang aku beli tadi cuma 3.95 setangkai ada banyak2 kelopak tu,kalo yang kecik cuma 1.95.Tapi ini version SSF pula..jangan harap nak dapat bawah 5 ringgit ye kawan2...T _ T
bukankah manis sekali?[@ sweet] 5 kuntum hampir 7 ringgit kalau tak silap.Oklah masih mampu milik tapi mungkin ketika wang saya dalam bank sudah berlebih2 barulah saya akan beli secara pukal.Hikhik.Buat masa ini,keutamaan bukanlah pada bunga,akan tetapi pada?pada apa ya kawan2? pada kelancaran majlis lah barangkali.(^ ^ ) Im looking forward on life after marriage more than my big day itself..[i think so for the time being].Isnt that the priorities anyway?[tahu pun]
Untung juga kawan2 rapat sudah berumahtangga.Macam2 pesan azimat yang diperturunkan..hihih.Syukurlah ramai yang sudi mengingatkan..terima kasih teman2ku.Jangan berhabis2an untuk majlis,hidup selepas kahwin lagi banyak cabaran dan keperluannya...Aku pun sering juga lah mengingatkan diri bila dah timbul keinginan yang macam2.Perkara ini bagi aku bukan soal mampu atau tidak,tetapi sudah terang2 dalam Islam pun tak benarkan pembaziran.Berjimat bukan semestinya kerana tidak mampu,tetapi kerana sikap beringat2 di samping membazir tu kan sifatnya syaitanirrajim.[insaf...T _ T] Selebihnya,ukurlah baju di badan sendiri,kata pepatah lah...bukan kata2 saya.
Nak upload lagi gambar di SSf nih,tapi maaflah kawan2..broadband ni macam siput.Biasalah malam2 ni,servis kurang memberansangkan.Lainkali lah saya upload ye..
See u then.

tau takpe mimi..beli jer..janji ade duit..hahaha
ReplyDeletebaiklah puan..*dengan gaya guard kt kem ko..hikhik
ReplyDelete