Ni adalah gambar bunga SSF yang diperkatakan semalam tapi tidak berjaya dimuat naik.Oh, susunan bunga pink merah tu adalah hasil kreativiti kawan hamba, Puan Court (^ ^) Masa tu pegi teman dia lah sebenarnya.Seronok plak main2 hias bunga kan Court.Hihih.
Kamu buat apa hujung minggu begini?eceh...ayat skema lah konon.Hikhik.
Hari ni terasa nak cuba buat bunga hiasan hantaran yang diuar2kan semalam.Disebabkan tangan sangat tidak berseni dan memang tak ada bakat untuk mencantik2 atau bercantik2,ini sahaja yang termampu saya buat..T _ T
Manis tak bunga hantaran saya ni kawan2? Silalah berkata manis..kerana dekat sejam juga nak buat yang simple2 macam ni.Hasil daripada merujuk contoh2 hantaran pada website wedding planner.Namun begitu,amatlah malu untuk mempamerkan rujukan tersebut kerana hasil yang aku dapat adalah jauh tersesar daripada rujukan..T _ T Ni pun dah melecet tangan tau..
Ini dikira lulus atau tidak ya? Macam kosong bukan? Baru perasan kurang kehijauan,iaitu daun sangat kurang.Tak mengapa,ini adalah cubaan pertama.Lepas ni saya cuba perbaiki lagi.Never say no before u try okay? [memberi semangat kepada diri sendiri] Sounds like u got so much free time lah..hahaa.Ni kira dah siap satu...ade lapan lagi nak siapkan.Nak sangat buat sendiri kan untuk merasa kemeriahan persediaan berkahwin lah kononnya.Sekarang, rasakanlah..T _ T Tapi ok ape..kalau tempah, kurang2 satu dulang 60 ringgit malaysia.*gulp. Ini buat sendiri tak sampai pun 10 ringgit satu dulang untuk bunga..jika campur bakul pun masih di bawah 30 ringgit.Sungguh menjimatkan bukan.(^ ^)
Esok kena buat proposal RD*U dah..jangan tangguh2 lagi.
Esok dah isnin..cepatnya masa berlalu!

No comments:
Post a Comment