Hari ni rasa nak cerita pasal 'kawan2,kenapa mahu lawan?' hahahaa.This is just gonna be my personal opinion, no offense k! Tak tahu lah kenapa tiba2 boleh terfikir nak tulis pasal nih.
Talking about friends, im sure everybody has their own story.Perkara yang buat aku selalu tertanya2 ialah kenapa ada orang yang sanggup tikam belakang kawan.Sounds harsh to the ears but that's the fact in a real life.
A friend from high school always come and go [ni contoh je la] whenever she likes to do so.Tetiba muncul kat ym, bertanya khabar dan soalan wajib mestilah 'bila nak kahwin?' Selalunya aku jawab je belum ready, sampai-masa-nanti-kahwinlah aku.Soalan seterusnya..'ko dgn bf ko ok?' Erk,ni dah kira soalan berunsur peribadi.Tapi mengenangkan yang bertanya tu seorang 'kawan', aku jawabla dengan penuh jujur..'ok' dengan harapan soalan seterusnya lebih kepada perkara lain[banyak lagi soalan boleh tanya kan] Bila semua soalan dia dah aku jawab..ting! hilang dah..msg aku dia dh tak reply.Mula2 aku buat tak tahu je,mesti berfikiran positif lah..dia ada hal agaknya,atau dia kena panggil dengan bos dia kot.
Tapi bila dah berulangkali perkara yang sama berlaku,aku dah jadi bosan dengan sikap kawan yang begitu.Satu hari dia muncul dan tanya kenapa aku tak wish masa dia bertunang?Erk..perlu ke? Dan soalan cepu mas dia mesti tak tinggal..'bf ko bila nak masuk meminang?' Aku jawab..'famili dia dh datang dh bulan lepas' Dia terus buat2 terkejut pula..dan kata dia tak tahu pun?[aku pun tak minat nak heboh satu dunia..lainlah kalo aku kahwin..insyaAllah aku uar2kan] Macam biasa lepas tu dia lesap entah ke mana.
Baru2 ni dia muncul lagi..buzz aku kt ym dan bgtahu dia nak kahwin.Ok,tahniah..ucap aku[eceh ayat aktif pula].Nak tahu dia kata apa lepas tu? 'ko bila lagi nak kahwin?kan dah lama bertunang?' Erk.Ayat lama bertunang tu macam lain macam sket kan?Untuk pengetahuan semua, kawan2 aku yang rapat [best friends] tak pernah sekali pun bagi ayat camtu kat aku.Ni bukan soal sensitif ke cepat terasa ke.Ni common sense la.Lainla kalau dia tu best friend aku,bolehla nak kata camtu.Aku terus malas nk layan.Aku cuma jawab..'takpelah,ko kahwin la dulu, aku ada banyak benda nak settle kan sebelum aku kahwin'
Kawan yang baik bagi aku takkan tanya soalan2 macamtu..[tak salah nak tanya tapi betulkan niat sebelum bertanya ye].U are the winner.Apehal nak lawan2 soal kahwin, jodoh bukan di tangan kita.Baik lawan soal lain itu pun kalau nak lawan sangatlah kan.Hahahaa lawak pun ada.Macam aku sendiri, fikir banyak kali kalau nak tanya kawan2 aku yang dah kahwin soal anak.Serius tak sampai hati.Aku betul2 tak faham dengan orang yang sibuk2 tanya soalan macam..'ko bila lagi nak dapat anak?' atau 'cepat2lah dapat anak'.Macamlah anak tu boleh beli kat Giant atau Tesco [kalau ada aku pun nak beli sekarang walaupun blum kahwin lagi...hehee]
Kepada orang yang suka bertanya pun..tanyalah dengan hati.Jangan main ikut sedap mulut je nak buat ayat.Fikir2kan apa yang orang tu nak jawab,mungkin ada orang yang tak kisah tapi satu dalam seribu kot?Kalau tanya sekali tak apa.Ni dah tiap2 kali nampak muka dia mesti nak tanya.Apehal.Mind your own business lah.Hahahaa.
Secara ringkasnya gitu lah kan.I wonder why certain human beings are just lack in sensing others feeling.Aku ada terbaca kat satu blog ni, people become mean because they are hurt.Kasihan.So why keep asking questions to other people while u can find something better to heal you?Or may be it is one of your way to make you feel better?Too bad for you, i think.
Rezeki masing2 dah Dia tentukan,tak payah nak lawan2,semua pun akan dapat bahagian masing2.Lagipun the more u give, the more lah u get.Isnt it?
Cukuplah kalau kita pandai bersyukur dan gunakan anugerah itu dengan sebaik2nya.Nak petik sikit kata2 Dr. Z*aki..'banyak atau sedikitnya rezeki tu tak penting, yang penting bagaimana kita bersyukur dengan rezeki tersebut [cara kita menggunakan nikmat yang diberiNya]'.Betul kan?Kadang2 kita ada banyak duit tapi rasa tak cukup..mungkinkah masa tu kita lupa nak bersyukur? a note to myself..
Okla,have to stop here.Petang ni ada training alat vibration baru.Saja join sebab dah naik bosan dan nak muntah tengok game FB [padahal tipu...Tiki Farm dah penuh dengan macam2 buah..:p] En. Rash*dan just joined us here..[hehee suka sbb dari ukm, at least we have something in common].Beliau pernah mengajar kami dulu masa tahun 1.Tadi dia nampak aku terus tanya 'ni macam kenal,student Dr. Za*ki kan?'Ingat lagi pada hamba student yang kelam kabut nih.:p Tapi yang dia ingat tu masa aku buat projek final year under Dr. Za*ki je.Masa master memang jarang dah jumpa beliau.
Till then,enjoy your Tuesday! [ni macamla ada orang nak baca..hua3]
.::FaceBook::.
9 years ago

sape budak tu mimi..meh aku cepuks mulut dia sampai berbirat..hahaahaha
ReplyDeletewakakaka..ade lah..and old friend from the past.Tak yah ah reck,buang masa ko je nk cepuks dia. Dari cepuks dia baik kita jumpa berdua..hihihih.
ReplyDelete