Amar is here already..im sooo happy!:) upon seeing him, i grinned to ears..kihkih.Soo happy..
But on top of that, many not good things happen today.Semuanya memarahkan..T _ T
Dari pagi aku nak prepare untuk kelas tapi ada banyak halangan.Sebab tu aku nak marah,malam tadi tak sempat nk prepare habis sebab mata berat sangat.Last2 tertido macam tu je.
Lepas tu tengahari nak ambik wuduk kat toilet,ada hamba Allah ni lama sangat kat dalam tu macam mandi dah bunyinya.Lagi satu cabaran yg menimbulkan marah..T _ T padahal aku nak cepat..nak pergi kelas lagi kol 2.
Lepas tu, terima parcel kain untuk buat baju nikah.Mula excited tapi bila buka,terus hiba sehibanya.Eceh. Sebab warna bunga yang diterima tak sama dengan yang ditempah.Terus rasa panass.Banyaknya dugaan hari ni..Sabar je lah.
Lepas tu petang2 tu ada lagi sesorang bagi mesej yang menimbulkan tanda tanya.Aku sangat tak faham.Aku tak marah tapi aku sedih.Dahla malam tadi mimpi jumpa arwah mak..rindu sangat.
Kenapa mengharap aku jadi sempurna.Aku hanya insan biasa.Aku hanya laksanakan apa yang termampu.Masa aku buat salah semua sibuk nak tegur dan marah2 aku..tapi mana semua bila aku susah2 sendirian.Ini bukan mengungkit.Tapi bila fikir guna akal, siapa yang beri mereka hak untuk marah2 atau being synical with me no matter what is the reasons.Apa tak cukup lagi segala yang ku tanggung selama ini.Mungkin aku nampak bahagia @ senang barangkali.Memanglah sebab aku tak pernah uar2kan kesusahan aku ke serata alam.Hanya kawan2 rapat yang tahu.Hanya yang betul2 rapat tahu macamana aku habiskan master aku dan bertahan sehingga aku dapat lantikan tetap.
Aku tak pernah mahu minta simpati dari siapa2, aku tak suka mengadu kepada semua tentang segala kesusahan aku.Aku lebih selesa berkongsi dengan teman2 rapat dan org tersayang sahaja[biarpun smpai dia muak,hikhik] Dan bila aku buat salah atau tergelincir sedikit dari landasan..orang senang2 tuduh aku jadi begini mentang2 dah berjaya.Tolonglah jangan cetek sangat ok.Aku sedar semua ini bukan terjadi kerana aku.Semua ni datangnya dari Dia.T _ T Siapa aku dalam dunia yang luas ni?aku sangat kerdil.Aku tak pernah rasa aku cukup berjaya.Aku berterima kasih kepada yang menyokong aku tanpa jemu saat jatuh dan berdiri semula.
Mana semua waktu aku jatuh saat kehilangan arwah ibu? Mana semua saat aku tak tidur bermalam2 menemani arwah ayah di hospital?Semua kata sibuk tak dapat datang melawat.Baiklah..kamu semua sibuk kejar dunia masing2.Tak mengapa itu tanggungjawab aku kan.Aku lakukan dengan rela demi kasih sayang aku pada mereka.Mereka memang berhak untuk itu.Walaupun jasad mereka sudah tiada di sisi aku, salahkah kerana aku masih sangat menyayangi mereka? Sesungguhnya satu perkara yang paling susah untuk berlaku adil dalam dunia ini adlah kasih sayang..dan tiada timbangan untuk itu.Pandai2 lah nilai guna akal dan hati masing2. Aku boleh kata aku sayang semua tapi hakikatnya hanya mereka di hati aku.Hingga kini.Hingga esok atau sampai bila2.Hanya mereka yang menerima aku seadanya aku.Aku yang tidak sempurna.Aku yang sekejap garang sekejap bejurus..kihkih.Aku yang tak ada taste.Aku yang asal boleh aje..
Aku penat kalau nak senaraikan semua.Aku penat jika asyik dipersalahkan.Aku letih jika sering dipersoalkan apa yang aku buat.Aku buat baik salah,buat tak peduli apatalah lagi.Tentulah berganda2 salahku.Mengajak salah, dikata mengada2 macam best sangat nak semua orang datang.Bila aku tak ajak dan buat tak tahu sebab aku menyampah diperli2 menyakitkan hati jadi aku malaslah nak ajak dah, ditanya pula kenapa sanggup tak ajak.Habis aku ni tunggul kayu?ke keyboard komputer?yang boleh diketuk2 bila nak sampaikan arahan. Aku ni insan.Yang ada hati.
Sudah2lah.Panjangnya aku meluahkan rasa.Esok aku nak lupakan semua ni.Maaflah aku dah tak mampu nak puaskan hati semua.Aku dah terima kekurangan aku..keburukan aku.Kerana aku tak sempurna.Aku hanya manusia biasa.Yang sangat jauh dari sempurna.
Tapi aku tinggal di Indera Sempurna...;p jadi lah tu kan...kihkih.
Sia
.::FaceBook::.
9 years ago

No comments:
Post a Comment