Sunday, August 15, 2010

Tips terpulang nak guna @ tak.

Salam kawan2..mari saya kongsikan beberapa tips yang agak berguna pada hari ini.Tips yang mungkin berguna apabila kita ditugaskan menjaga ujian para pelajar yang bukan pelajar sekolah.Tapi mungkin boleh juga diaplikasikan di sekolah.Tengoklah kesesuaian.


Tips pertama: Sejak mula2 melangkah masuk ke dalam bilik peperiksaan, muka hendaklah garang.

Faedah: Para pelajar akan fikir banyak kali apabila hendak menggunakan 'toyol' masing2.



Tips kedua: Jika anda syak pelajar tertentu ada tanda2 sedang guna 'toyol' atau sedang jeling2 tak manja dengan member sebelah, pergi ke tempat mereka dan berdiri kat situ lama2.

Faedah: Kasi kecut sikit perut diorang bila rasa diperhatikan.


Tips ketiga: Jangan layan jika ada soalan dari mereka yang mengharapkan jawapan anda.Jawab je 'no comment' ala2 artis gitu.Padankan muka sape suruh tak belajar [mak aih garangnye]

Faedah: Mereka akan malu sendiri dan terkulat2.Hua3. Ini aku tak buat.Aku tengok colleague yang buat. Sila kuatkan suara bila sebut 'ni comment'.Fullamakk..aku rasa nak contohi untuk final exam nanti.Lalala!




Tips keempat: Buat2 keluar bilik tapi sebenarnya duduk kat belakang.Anda akan nampak kepala2 yang mula tertoleh2 kawan masing dan suara mula berbunyi.Haishh pantang berpaling sikit.Too much!


Faedah: Lagi senang nak aim budak yang berpotensi meniru.




Tips kelima: Jangan benarkan kalau mereka minta ke toilet beramai2.


Faedah: Tapi yang ini kurang praktikal, kalau mereka keluar seorang pun mana ada orang nak check kt dlama toilet kalau mereka guna 'toyol' di sana.Huhh. Tak suka!


Tips keenam: Kasi reverse psychology sikit kat diorang nih.Ape da, student u tapi nak meniru.Pigidah baik tak payah masuk u.

Faedah: Yang ni tips emo,tak wajar dijadikan tips.Hahaha.




Tips ketujuh: Lempang je sesape yang meniru atau jeling2 tu.Eeee geramnya aku.


Faedah: Sabar..ini bulan mulia..bulan Ramadhan..heheh.




Sekian.

2 comments: