Let's ramble while we can..hahaha. There's this one thing that i keep for a while now. Hmm, i have to get over with this.
How to act if u have somebody who keep busy body ing around with your life? I know it's normal..lebih2 lagi kalau orang memang tak suka tengok kita lebih sikit dari mereka. Tapi kalau kita memang tak boleh lari dan kena hadapi..macamana cara terbaik untuk hadapinya?
Soalan2 seperti..sewa rumah awk berapa? perabot awk dah lengkap ke? awak dah pandai masak ke skrg? dah beli rumah ke belum? Carpet lembut camane?sofa jenama ape? peti ais? mesin basuh?ade air cond ke tak? kereta tak nak tukar ke>>>Yes i know, typical questions. There's two types who will ask this kind of questions.. whether they are caring or else, just being kepochi! Huhuh
Soalan tu bagi aku agak menserabutkan juga lah..because my good friends pun jarang akan tanya soalan sebegitu. Dan kalau ada pun intonasi atau gaya pertanyaan jauhla berbeza. Alah, semua orang pun boleh bezakan antara dua tujuan soalan2 ni ditanya kan.Come on, it's common sense!
Aku pun tak paham kenapa nak tahu orang lain pakai perabot harga berapa? mesin basuh jenama apa? pandai masak ke tak? Adoii..penting ke? kalau pakai yg jenama mahal, tak payah sidai baju ke? terus lipat eh.. Atoi2..memang memeningkan kepala.
But im the type who can live in the worst condition. Bukan cakap besar, ni cuma nak define aku ni jenis yang tak kisah. Asalkan hidup rasa selesa sudah cukup..Rumah aku tak guna carpet paras betis pun..tapi aku tak de rasa hidup ada kekurangan pun. Kereta aku memang tak canggih pun tapi comel tu ade gak.Eceh sempat lg.Yang penting aku tak yah pening2 time nak parking sebab aku nih jenis clumsy tahap ke 3 jugak kadang2.Kalau pakai kereta mahal, kemek sket dah tak leh nak tido malam.Tak gitu? Memang aku rasa apa yang aku ada sekarang dah cukup untuk kami..walaupun tidak mewah.Huhuuu...tolong jangan nak banding2 kan dengan korang boleh?
Aku tak penah pulak tak leh tido malam semata2 memikirkan peti ais jenama apa yang nak dibeli. Perlu ke mengkusutkan hidup hanya kerana sebuah peti ais yang sah2 tak boleh bercakap...hanya boleh menyejukkan makanan aje pun.Kui3. Dan walaupun hidup kami sederhana amat, taraf biasa2 sahaja seperti rakyat2 biasa yang lain, tapi alhamdulillah...aku bahagia dengan semua ni.Syukran ya Allah..
Perlu ke menyusahkan hidup hanya semata2 mahu dipandang ade kelas..ade taste.Hmm..taste lah sangat.Tak de maknanya kalau dah kusut tu benda mudah pun jadi sukar.Hidup ini kan mudah...kenapa perlu susah2?
Aku tak tahu lah kalau suatu masa nanti aku pun nak pakai perabot yang mahal2 dan ade kelass gitu tapi buat masa ni, itu tidak menjadi keutamaan lagi.
Aku bukan perfectionist..dan tak teringin nak cuba jadi sikit pun.Kusut lah semua nak sempurna.Bagi aku lah. Aku tak suka nak susah2 kan diri kerana perkara remeh.Yang penting bukan kulitnya..tapi isinya. Susah2 aje nak sibuk2 ambik tahu aku nak beli kereta apa lepas ni? sebab aku sendiri pun tak ada fikir lagi..hua3...dah sampai masa nanti baru aku fikir. Susah2 aje awak nak tau saya ni pandai masak ke tak? sebab yang tahu hanya suami saya je..dia je yang dapat rasa masakan saya ni.Hua3.Susah2 aje nak tahu bila saya nak beli rumah? hohoho..takpe2..awak beli lah rumah dulu, jangan lupa beli banglo ye? jadi awak tak perlu risau saya akan lawan awak pulak nanti sebab saya sekarang tinggal umah teres aje.
Lepas tu aku ni dah biasa dengan kawan2 pun jenis yang sempoi je..walaupun anak orang kaya, walaupun berkerjaya profesional tapi tak pernah pulak ada yang kusut2 macam tu. Kesimpulannya, kalau betul2 bijak dan matang, tak lah kusut kan. Mudah je.
Yang paling aku tak suka kat depan aku cakap lain kat depan bukan main lagi jadi mak joyah kepochi.Hadoi..bilalah nak matang?
Buat masa ni aku buat tak tahu je lah..tapi memang malas sangat kalau nak jumpa. Mulala dapat macam2 soalan cepu mas yang aku tak pernah ter pk pun. Tak ke kusut?Sabar je lah. Jangan lebih2 sudah la ye?
Saya ni bahagia je dengan hidup saya, dengan penampilan saya yg awk kata kena ubah dgn make up 2 ni, dengan barang2 bukan jenama antarabangsa macam awak punya. Kenapa awak yang rasa cantik dengan tampal make up tebal2, memakai mesin basuh berjenama dan kereta yang lebih mahal dari saya nak sibuk2 pula? apa tak bersyukur ke dengan semua yang awak ada? tak bahagia ke awak? dengan keluarga yg bukan calang2 pula tu...kerabat diraja kan..tertanya2 juga saya. Sebab saya rasa bahagia dan bersyukur dengan hidup saya jadi saya tak ada masa nak ambil tahu hal orang lain atau merasakan hidup orang lain ada kena mengena dengan saya.
Maybe that is one thing that u shud realise and learn..just be a grown up!;)
.::FaceBook::.
9 years ago

No comments:
Post a Comment