Monday, January 17, 2011

How we found out..



Isnin lagi.Luckily i dont have classes today. Jadual memang tak pack pun sem nih..tak macam sem lepas...macam nak pengsan setiap kali lepas lab Programming. Letih tahap gaban tapi seronok. Mereka kata sebab aku pregnant, jadi dapat jadual yang tak pack..yang light2 je. Kalau benarlah, terima kasih kerana mempunyai rasa belas terhadap bakal ibu yang lembik ini.Hihi.


Sedar tak sedar dah lebih 3 bulan pun aku bergelar isteri kepada si dia. Isteri? Macam janggal je. Hoho. Gelak sikit. Sebab rasa macam masih belum mampu jadi isteri yang benar2 sempurna di mata suami.Tapi alhamdulillah..aku mampu menerima dia seadanya..begitu juga dia. Masa sebelum kahwin, jika ada perselisihan pendapat, aku akan suarakan apa yang aku tak puas hati...sampai aku rasa lega. Merajuk bila aku rasa perlu.Kecewa bila rasa dia tak faham aku.Emo je bila dia buat tak tahu.

Sekarang bila dah kawen, jika ada yang aku rasa tak puas hati, aku juga akan suarakan.Cuma mungkin tidak lagi selantang dahulu.Weh mana boleh tinggikan suara dengan suami..kecik hati dia...siapa yang berdosa?nauzubillah..aku ingin menjadi isteri yang baik kepada suamiku. Tapi suami kata aku ni degil...kalau dia suh makan nasi, ada2 je alasan aku..tak selera la makan sorang, itu la ini la.Walhal dia risaukn aku dan baby..tapi tu maksudnya aku degil ke? Memang tak ada selera nak makan sorang pun...huuuu.Kalo gini, kurusla aku kan..heee.Ok, macam takde kesinambungan je cerita di atas.Hoho..see?i have lost my passion in writing. Im no more a good writer.Or i might be not good in writing real life.Heee.


Satu yang belum aku kongsi lagi...how we found out about the pregnancy...jeng3. Actually i didnt realise it at first...Aku cuti kawen seminggu je..dua hari lepas kenduri terus pegi honeymoon ke Cameron. Minggu seterusnya masuk kerja..tapi suami cuti lagi sebab dia dapat cuti 2 minggu.Minggu pertama lepas kawen tu dia la jadi driver tiap2 hari hantar aku pegi kerja..hehe.


Lepas cuti tu memang rasa macam letih je..aku ingatkn letih sebab kenduri kawen tu tak habis2 lagi.Suami pun perasan bila dia pegang tangan aku dia kata panas macam demam.Tapi aku kata sebab tak cukup tido, tu yang badan panas..pandai2 je.Mana la tahu.Lepas tu tengah mengajar subjek Programming...tengah handle presentation student, aku rasa mulut aku macam kelat semacam je..rasa kering tekak pun ada.Lepas tu tetiba je..zuppp..datang instinct yang kata..'aku pregnant ke?'hohoho. Lepas tu balik bilik aku ym la dgn kwn2...bila diorg tny dah 'ada' ke belum..aku cakap takkanla br 2 minggu kawen dah ada kot..Pastu diorang tanya ada simptom2 ke?aku cakap aku cuma rasa letih je...lepas tu backpain mcm nak period..masa tu memang time period pun sepatutnya. Kawan aku kata itu mungkin tanda2 pregnant juga. Dalam hati ada rasa excited juga tapi tak nak berharap lah..takut kecewa.Hoho, gitu sekali. Lepas tu aku biar je sampai minggu seterusnya..


Satu malam tu rasa penat sangat..kepala pun pening.Bagitahu suami kt Kerteh, aku pening..nak tido awal.Dia dh risau takut aku sakit atau demam.Dia ada jugak gurau..'awak ni pening kepala ke..mengandung?' hohoho boleh tak aku rasa malu bila dia kata camtu.Aku pun menafikan dengan sekeras2nya..aku cakap tak cukup rehat kot..heee..padahal dalam hati ada rasa excited juga kalau2 pregnant..Hish, bahasa apa aku tulis nih.


Akhirnya aku tanya doctor Hamidah, kawan baikku nun di Sabah bah..memang tanda2 yang dia bagi tu sume ade kat aku.Tapi aku tak bagitau beliau lagi..senyap2 je dulu takut tak betul plak.Weekend tu suami balik, aku pun decide nak bagitahu suami..Reaksi suami plak?Mestilah excited..tersenyum2..hihihi. To cut the story short, kami gi beli UPT test kit kat Watsons.Siap beli dua ketul nak kasi confirm betul2, lepas tu aku paksa suami ikut aku sebab aku segan nak pilih sorang2.Hohoho.SEgan tak bertempat pula.;)



Balik tu ingat nak terus buat tapi bila baca arahan kat situ dia kata elok buat waktu pagi sebab hormon HCG tinggi.Jadi aku tangguhla dulu.Esoknya suami gi kerja..aku terfikir nak buat test tu, terus la buat..Mula2 keluar satu line merah..lepas tu dalam hati aku kata..hmm macam tak je..lepas tu dalam beberapa saat keluar lagi satu line merah yang samar2...MasyaAllah! Terkejut sangat dan tak percaya..positif! Terus sms suami..mms sekali gambar tu..SUami plak tak faham ape maksud double line tu.Haoiyoh kena terangkan pula.Bila tau positif suka la kan..lepas tu siap pakat plak tak nak heboh2 lagi..tunggu confirm denan doc dulu.Heee.



Lepas 3 hari aku buat lagi sekali test tu guna yang canggih sikit,takde line2 dah..kuar terus tanda + atau -. Dan alhamdulillah..semestinya +...:) Masa tu badan aku panas sangat...macam demam..tapi kepala tak pening macam waktu demam biasa tu.Bangun pagi rasa tak selesa sangat...sebab badan panas.Tidur pun tak selesa masa tu..belakang sakit.Nak tidur mesti aku gelisah..Sebelum hujung minggu ke 4 kami gi klinik..tapi doc tak best.Macam malas je bila aku kata dah buat upt tu dia kata confirm la tuh.Yela silap aku jugak sebab pegi poliklinik...bukan klinik khas untuk checkup pregnancy. Tu last kot aku gi klinik tu..sekarang pegi klinik lain plak.


Lepas tu barulah khabarkan kepada ahli keluarga..huhuu...maluuu..boleh? Morning sickness bermula masa minggu ke 5...rasa loya...masuk bilik air loya..masuk bilik pejabat loya..pendek kata loya sokmo.Huuu.Tapi alhamdulillah...at week 14, it's almost gone.No more nausea..tapi kalau lambat makan, pening2 lalat juga.


Dahla tu..rasa tak best lah menulis panjang2..boring tak?

Esok ade lab..hmm..nak repare sikit.Konon.





NI gambar2 kat cameron..view kat sini memang best..rasa tak puas gi kejap..udara segar sangat..nyaman tau! heee

No comments:

Post a Comment